Check ASB Balance (Semak Baki di MyASNB, Maybank2u & CIMB)

Kalau sudah terdesak sangat sehingga perlu keluarkan duit ASB, anda perlu check ASB balance terlebih dahulu. Ini bagi memastikan baki yang ada di dalam ASB masih lagi layak untuk dikeluarkan.

Izinkan kami berkongsi.

1. Check ASB balance melalui portal MyASNB

Seperti yang dimaklukam tadi, sebelum boleh keluarkan duit ASB, anda perlu semak baki ASB samada mencukupi atau tidak.

Boleh guna sistem online myASNB iaitu sebuah platform dalam talian milik penuh Amanah Saham Nasional Berhad yang disediakan kepada semua ahli Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berusia 18 dan ke atas. Yang penting, register ASB dahulu. Percuma sahaja.

Jika anda ada komputer dan akses ke Internet, mudah sahaja untuk melakukan transaksi ASB.

Untuk membuat semakan baki, caranya tidak jauh berbeza dengan cara menambah pelaburan.

  1. Login myASNB online dengan buka laman rasmi myASNB di sini: https://www.myasnb.com.my
  2. Klik Log Masuk di menu sebelah kanan atas
  3. Isi ruangan Log Masuk Pengguna
  4. Kemudian, klik TERUSKAN
  5. Sahkan frasa keselamatan yang tertera
    • Frasa keselamatan ini adalah frasa yang anda pilih semasa proses pendaftaran tempohari
    • Jika betul, klik YA
  6. Masukkan kata laluan dan klik TERUSKAN
  7. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan dapat masuk ke dalam sistem myASNB
  8. Baki dana pelaburan anda akan tertera secara automatik di muka hadapan
  9. Anda juga boleh menyemak  jenis pelaburan dan senarai portfolio pelaburan yang lain
  10. Bukan setakat baki sahaja, anda juga boleh check penyata ASB juga

2. Check balance ASB guna myASNB mobile app

Selain menggunakan portal myASNB, anda juga boleh gunakan mobile app yang boleh dimuat turun secara percuma.

Mobile app myASNB boleh didapati di Google Play Store untuk Android; and Apple AppStore untuk iOS.

Jangan risau, ia selamat dan boleh buat transaksi di mana-mana sahaja.

Cara buat semakan baki ASNB online menggunakan mobile app myASNB:

  1. Download dahulu mobile app samada di Google Play atau Apple App Store
  2. Selepas selesai download, install.
  3. Jika ini adalah login ASNB kali pertama, klik Mulakan untuk mendaftar.
  4. Jika dan sudah ada akaun myASNB, klik Saya mempunyai akaun myASNB
  5. Masukkan ID pengguna dan klik Seterusnya.
  6. Akan keluar Frasa Keselamatan. Jika ia frasa yang betul, klik Ya.
  7. Jika ingin menggunakan Quick Touch cap jari untuk masuk lebih cepat, klik Ya
  8. Jika tidak ada apa-apa masalah login, anda akan boleh masuk ke dalam sistem myASNB
  9. Baki akaun anda mengikut portfolio akan terpapar secara automatik.
  10. Klik portfolio yang anda mahu untuk melihat baki secara terperinci
  11. Bukan setakat baki semata-mata, anda juga boleh check penyata ASB juga

 

3. Check ASB balance melalui Maybank2u

Untuk makluman, anda perlu menggunakan antaramuka Maybank2u yang baru.

Untuk membuat semakan baki melalui Maybank2u, ia juga tidak sesukar mana.

  1. Login Maybank2u di https://maybank2u.com.my
  2. Masukkan username. Klik Next.
  3. Akan keluar paparan “Welcome to Maybank2u. Are these your image and security phrase?”
  4. Klik Yes jika paparan itu betul.
  5. Masukkan password. Klik Login.
  6. Selepas boleh login, klik Wealth di bahagian menu atas
  7. Scroll hingga ke bahagian bawah, klik Other Investments
  8. Klik ASB Amanah Saham Nasional Berhad
  9. Lihat pada Grand Total untuk melihat baki terkini
  10. Scroll hingga ke bahagian bawah, anda boleh melihat senarai beberapa lagi unit saham di bawah nama anda (jika ada)

 

4. Cara check baki ASB online, guna Maybank2u mobile app

Selain menggunakan mobile app myASNB, anda juga boleh gunakan mobile app Maybank.

Mobile app Maybank MY boleh didapati di Google Play Store untuk Android; and Apple AppStore untuk iOS.

Cara buat semakan baki ASNB online menggunakan mobile app Maybank MY:

  1. Download dahulu mobile app samada di Google Play atau Apple App Store
  2. Selepas selesai download, install.
  3. Jika dan sudah ada akaun Maybank2u, anda boleh gunakan username dan password yang sama.
  4. Isikan ruangan login dan password
  5. Sesudah login, klik Accounts di bahagian atas
  6. Pilih “Select Account Type” kepada Wealth
  7. Klik View pada ASNB Account
  8. Baki ASB anda akan terpapar mengikut portfolio yang ada

 

5. Boleh semak baki ASB melalui cimbclicks.com.my?

Mengikut kenyataan dari CIMB, perkhidmatan untuk menyemak baki duit ASB melalui CIMB tidak tersedia pada masa ini. Anda boleh menyemak baki ASB anda di mana-mana cawangan CIMB Bank, pejabat ASNB dan ejen ASNB.

Walau bagaimanapun, anda masuk lagi boleh transfer duit ke ASB melalui CIMB Clicks.

 

Akhir kalam

Bagi yang belum mendaftar akaun Amanah Saham Bumiputera, cepat-cepatlah daftar ASB. Masukkan RM10 dahulu pun tak apa. Janji sudah ada akaun untuk kita menyimpan.

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara check ASB balance ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaaat.

1 thought on “Check ASB Balance (Semak Baki di MyASNB, Maybank2u & CIMB)”

Leave a Comment