Speedtest TM: Check Speed Internet Unifi Online (speedtest.tm.com.my)

Zaman berteknologi tinggi serta serba canggih pada hari ini telah menjadikan banyak urusan seharian manusia menjadi mudah, semuanya cuma di hujung jari. Namun, semuanya perlukan Internet yang laju. Rasa marah dan geram jika terlalu perlahan. Jadi, izinkan kami berkongsi cara buat speedtest TM iaitu pada Unifi dan Streamyx, sebagai satu cara mengukur tahap dan check kelajuan Internet wifi anda.

Kuasa Internet

Kuasa Internet sangat luas.

Untuk menjamu selera sekali pun, hanya dengan beberapa sentuhan di skrin telefon pintar, makanan yang dipesan kemudiannya sudah berada di hadapan pintu rumah.

Tambahana lagi, ada trend terbaru dengan kemunculan TnG eWallet yang semakin meluas digunakan di Malaysia.

Itulah kuasa internet yang benar-benar telah mengubah cara dan gaya hidup manusia.

Kebergantungan terhadap capaian internet menjadikan teknologi berkenaan berkembang cukup pantas dan penyedia-penyedia perkhidmatan tersebut sentiasa menawarkan pakej-pakej terbaharu demi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Semua orang mahu Wifi yang laju

Di pihak pengguna pula, sudah tentulah mereka mahu menggunakan perkhidmatan yang mampu memberi dan menawarkan capaian internet terbaik terutamanya daripada segi tahap kelajuan.

Salah satu syarikat penyedia rangkaian internet termasuk di negara ini adalah Telekom Malaysia (TM) menerusi produk jalur lebar terkenal mereka iaitu Unifi dan Streamyx.

Cara buat speedtest Unifi

Namun begitu, adakah anda rasa tidak puas hati kerana Unifi terasa sangat perlahan? Mungkin senarai di bawah boleh membantu anda untuk membuat speed test Unifi.

Tidak perlu bayar apa-apa. Percuma sahaja.

Speedtest Unifi, guna speedtest.tm.com.my

Ini ialah servis rasmi dari Telekom Malaysia.

Sila rujuk panduan di bawah untuk membuat ujian kelajuan.

  1. Sila pergi ke speedtest.tm.com.my
  2. Klik butang GO
  3. Ujian kelajuan Download akan berjalan
  4. Selesai ujian Download, tunggu ujian Upload
  5. Anda akan melihat keputusan PING, JITTER, DOWNLOAD dan UPLOAD

Apa maksud PING?

Ping atau latency ialah tempoh masa yang diambil untuk peranti anda berhubung dengan cell tower yang terdekat, ini bermakna lagi sedikit masa yang diambil adalah lebih bagus.

Ping dikira menggunakan ukuran milisaat (ms), jadi semakin rendah nilai ping, semakin cepat data dapat dihantar.

Apa maksud JITTER?

Secara teknikalnya, ia merupakan variasi terhadap kelewatan paket dan atency isyarat yang dipindahkan dari satu peranti kepada peranti yang lain.

Jitter boleh memberi impak negatif terhadap pengalaman pengguna jika ia terlalu tinggi.

Jitter yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan paket sedangkan untuk mengekalkan kehilangan paket yang rendah adalah penting untuk beberapa jenis perkhidmatan internet seperti untuk panggilan suara ataupun permainan online.

Apa maksud DOWNLOAD?

Kelajuan download pula ialah tempoh masa untuk menarik data dari server kepada pengguna, kebanyakan sambungan direka untuk download lebih laju dari upload kerana kebiasannya aktiviti online adalah seperti memuat laman web dan video streaming. Kelajuan download diukur dalam megabit sesaat (mbps). 

Apa maksud UPLOAD?

Kelajuan upload pula bermaksud kepantasan menghantar data kepada pihak lain, Upload perlu untuk menghantar fail besar seperti menerusi e-mel. Kelajuan upload diukur dalam mbps.

 

Speedtest Unifi, guna fast.com

Fast.com ialah satu servis yang disediakan oleh Netflix.

  1. Pergi ke fast.com
  2. Anda tidak perlu buat apa-apa
  3. Tunggu sehingga ujian selesai dijalankan
  4. Ujian selesai jika anda melihat “Your Internet speed is”
  5. Jika anda tercari-cari di manakah Download speed, ia betul-betul berada di bawah “Your Internet speed is”
  6. Klik Show more info untuk maklumat lanjut

 

Guna speedtest.net

Penyedia speedtest.net ialah Ookla.

Ia merupakan laman web paling popular di dunia untuk menguji kelajuan internet anda.

Tidak hanya untuk Unifi dan Streamyx, ia juga boleh menguji kelajuan rangkaian internet telefon pintar anda, ia boleh didapati dalam versi iOS dan Android. Lebih mudah untuk melakukan speed test Unifi.

Antaramukanya lebih kurang sama dengan laman rasmi speedtest.tm.com.my.

Apa yang menariknya jika menggunakan speedtest.net ini, kita boleh memilih mana-mana lokasi server yang bukan dari TM.

Ini bermakna, kita boleh mengukur kelajuan jika berdasarkan lokasi yang berlainan dan menggunakan penyedia lain seperti:

  • Kuala Lumpur – IN NET
  • Kuala Lumpur – U Mobile
  • Puchong – REDTone Telecommunications Sdn Bhd
  • Petaling Jaya – webe Digital Sdn Bhd
  • Petaling Jaya – Digi Malaysia
  • Cyberjaya – IP Core Sdn Bhd
  • Petaling Jaya – Celcom Axiata
  • Cyberjaya – Global Forway Sdn Bhd
  • Kuala Lumpur – Yes 4G
  • Cyberjaya – IX Telecom
  • Kuala Lumpur – YTL Broadband
  • Kuala Lumpur – Macro Lynx Sdn Bhd
  • Kuala Lumpur – Celcom Axiata
  • Kuala Lumpur – Exabytes Cloud Sdn Bhd
  • Brickfields – webe Digital Sdn Bhd
  • Kuala Lumpur – Extreme Broadband Sdn Bhd
  • Kuala Lumpur – MyKRIS Asia Sdn Bhd
  • Putrajaya – UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
  • Dumai – PT. Mayatama Solusindo
  • Pekanbaru – PT. Telekomunikasi Indonesia

Dengan adanya pilihan lokasi seperti di atas, anda boleh buat Unifi speed test untuk mengukur kelajuan dari lokasi yang berhampiran, dan juga lokasi yang berjauhan.

Jika kelajuan di lokasi berdekatan juga sangat perlahan, ada kemungkinan ada masalah dengan penyedia tersebut.

 

Punca Wifi Internet perlahan

Semua laman untuk ujian kelajuan di atas boleh digunakan bila-bila masa sahaja, namun apa yang dipaparkan mungkin bukan jawapan kepada kelembapan Internet anda

Untuk makluman, berikut ialah antara sebab Internet di rumah anda perlahan.

  • Kedudukan router yang agak jauh daripada peranti boleh menyebabkan isyarat Wifi kebiasannya akan menjadi tidak kuat dan tidak stabil.
  • Router yang terlalu panas juga menjadi punca, jangan biarkan ia terdedah dengan cahaya matahari, pastikan ia sentiasa di tempat yang terlindung.
  • Turut menjadi punca kepada gangguan isyarat Wifi ialah terdapatnya beberapa barangan elektrik seperti peti sejuk, pembesar suara dan telefon tanpa wayar berhampiran. Jadi letaklah router anda jauh daripada peralatan elektronik berkenaan.
  • Sekiranya, tahap kelajuan internet masih tidak berada pada tahap sepatutnya, anda juga disaran untuk menutup (off) modem atau router anda selama lima mini, kemudian membukanya semula dan menguji kelajuan internet anda semula. Selepas itu, baru boleh buat Unifi speed test semula.
  • Sebab lain yang mungkin turut menyumbang kepada talian internet menjadi perlahan adalah kerana perisian hasad yang terdapat di dalam komputer.
  • Sehubungan itu, anda juga di saran untuk memasang antivirus yang berkualiti juga sentiasa mengemas kini antivirus berkenaan.
  • Faktor ruang kosong cakera keras di komputer riba yang semakin terhad selain komputer riba yang uzur juga penyumbang kepada permasalahan ini.
  • Tiada jalan lain, jadi anda mestilah pindahkan data-data yang jarang digunakan ke tempat lain seperti di cakera keras mudah alih dan menaik taraf ram komputer riba anda . Anda pasti nanti dapat berasakan perbezaan kelajuan internet anda.

 

Akhir kalam

Akhir kalam, selepas anda berjaya menguji kelajuan internet menerusi beberapa kaedah tersebut, namun masih mendapati tahap kepantasan berbeza dengan apa yang sepatutnya anda terima, laporan dan aduan daripada anda kepada pengendali perkhidmatan adalah amat penting.

Benar, speedtest Unifi itu penting. Walau bagaimanapun, pihak TM tidak boleh berbuat apa-apa jika anda tidak buat laporan.

Dengan membuat laporan, ia membolehkan tindakan segera diambil bagi memperbaikinya selain pihak penyedia akses internet berkenaan dapat menyedari kelemahan-kelemahan mereka supaya ia boleh ditambah baik pada masa hadapan.

Semoga bermanfaat.

14 thoughts on “Speedtest TM: Check Speed Internet Unifi Online (speedtest.tm.com.my)”

  1. my unifi account no. 1037449426. I pay for 100 Mbs but only getting 50+ Mbs for the last one month. It is slow to download and connection always broke.
    Please check and restore to 100 Mbs. thank you.

    My telephone 019 2818177

    Reply
  2. Good evening,i am subscribe for the plan 100 Mbs but i only getting 8 Mbs and 9 Mbs from the begining of installation.it is slow to download and upload ,please check and restore to 100 Mbs. below is my registration record.thank you.

    TM RESIDENTIAL CONFIRMATION ORDER
    SECTION O-1: ORDER DETAILS
    Order ID: 1-31755945870 Order Type: New Install Package: unifi 100Mbps – YEP 2019 Previous Package: Login ID: cyhum53@unifi

    Customer Name: CHEW YOKE HUM Identification Number: 530402-02-5883 Identification Type: New NRIC Installation Address: NO. 432 TKT. – -, JALAN CENDERAWASIH 5 , TAMAN NURI Postcode: 05460 City: ALOR SETAR State: KEDAH

    SECTION O-2: ORDER CONTACT DETAILS
    Contact Person: CHEW YOKE HUM Email Address: [email protected] Mobile Number: 0124079778 Home Number: Office Number:

    Reply
  3. Saya pengguna umobile pakai oppo f5 6gb ram masalahnya handphone saya macam internet tak berapa kuat data unlimited rm38 sebulan

    Reply
  4. dah buat kompalain banyak kali pada tm .saya pengguna unifi mobile….line tetap slow…tm je betul.yang salah pengguna….emmm.sila upgrade sistem tm…tm yg bermasalah.walaupun unlimited..tetap sekat kelajuannya…semua operator yang saya brhubung..skrip sama je..nak nama.lokasi reboot phone or device……tm yg main tarik tali…..

    Reply
  5. Internet saya rendah. Tidak seperti apayg saya langgan sebanyak 300Mbps . Adakah apa yg saya bayar sebanyak RM210.95 sebulan itu berbaloi dgn apa yg didapati. Harap dapat penjelasan dari TM Unifi

    Reply
  6. Saya melanggan dengan telekom 300mbps tetapi dukacitanya hanya mencapai 10mbps hingga 23mbps sahaja purata harian. Harap pihak telekom dapat mengambil tindakan dengan segera. Terima kasih. Selamst hariraya aidilfitri.

    Reply
  7. Saya pengguna Tm Unifi advance plus 500mbps +Turbo upgrade . Tak pernah guna /dapat seperti yang di bayar. 100mbps pun susah nak dapat ……average speed selalunya tidak melebihi 80mbps . Semasa comment ini ditulis pun speed nya hanya 24.1mbps upload & 34.1 download.(jam 01.48 pagi). Adakah ini satu penipuan?
    Menggunakan Unifi dari 2018 hingga sekarang.

    Reply
  8. Saya pengguna TM Unifi 300Mbps-Turbo Super Value. Average speed lebih kurang 90 Mbps (download) dan 50 Mbps (upload). Adakah ini merupakan kadar yg sepatutnya?

    Reply
  9. Mcmna nak tamatkan langganan unifi. (Akaun atas nama isteri). Kontrak dah tamat.(lebih 2 tahun). Premis kosong, dulu buat homestay.
    Tidak bolih pergi Kedai Telekom sebab PKPP
    Terima kasih.

    Reply
  10. susahnya nak call customer service TM atas masalah line internet yang asyik unconnected
    bila call asyik kena tungguuuuuuu jer…. busy sangatkah customer service tusampai tak dapat angkat call customer?

    Reply

Leave a Comment