Cara Daftar ASB Online, Melalui Portal MyASNB (myasnb.com.my)


Kami andaikan, anda sudah ada akaun ASB yang ada buku. Namun, masih lagi belum ada akaun ASB yang boleh diakses secara online. Maka, izinkan kami berkongsi cara daftar ASB online melalui portal MyASNB.

Maklumat berkaitan:

Cara Login ASB

Cara Semak Baki ASB

Cara Terminate ASB Loan

Cara Keluarkan Duit ASB

Cara daftar ASB online

Kemaskini maklumat peribadi

Sebelum anda membuat pendaftaran ASB online, anda perlu kemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan maklumat yang tidak tepat seperti alamat dan nombor telefon.

Nombor telefon yang aktif adalah sangat penting. Ini kerana proses pendaftaran akan melibatkan penghantaran TAC secara SMS ke nombor telefon.

Apabila selesai mengemaskini maklumat peribadi, anda bolehlah mendaftar di portal MyASNB.

Tambahan lagi, untuk menggunakan mobile app MyASNB, anda perlu juga perlu menyelesaikan proses pendaftaran ASB online terlebih dahulu.

 

Daftar akaun ASB online

Caranya adalah dengan melakukan langkah-langkah mudah seperti berikut:

  • Pergi ke laman portal MyASNB di https://www.myasnb.com.my
  • Klik pada DAFTAR AKAUN.
  • Baca informasi berkaitan ASNB yang tertera dan klik DAFTAR DI SINI.
  • Baca langkah-langkah berkaitan pendaftaran Portal MyASNB yang tertera.
  • Selesai membaca, tekan butang TERUSKAN.
  • Klik pada kotak yang disediakan dan tekan SETUJU.
  • Teruskan cara daftar ASB online dengan klik pada maklumat asas yang diperlukan
  • Masukkan maklumat yang diminta seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani
  • Perlu diingatkan di sini, walaupun anda langgan banyak produk ASNB, anda hanya perlu pilih salah satu sahaja di sini
  • Klik SETERUSNYA.
  • Anda akan diminta untuk buat pengesahan TAC.
  • Klik pada PERMINTAAN TAC.
  • Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan.
  • Isi nombor TAC yang diberi. Klik SETERUSNYA.
  • Masukkan maklumat pendaftaran iaitu ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat e-mel dan frasa rahsia.
  • Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan.
  • Apabila selesai memasukkan semua maklumat, klik TAMAT.
  • Sekarang cara daftar ASB online telah separa selesai.
  • Anda telah berjaya melakukan pendaftaran di portal MyASNB dengan kata laluan (password) sementara
  • Sila salin dan simpan kata laluan sementara yang diberikan.
  • Kemudian, klik LOG MASUK.
  • Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi, klik TERUSKAN.
  • Frasa rahsia yang anda daftarkan tadi akan dipaparkan.
  • Pastikan sama dan masukkan jawapan. Masukkan juga kata laluan sementara yang diberikan.
  • Klik TERUSKAN.
  • Anda diminta untuk menukar kata laluan sementara yang diberi kepada kata laluan pilihan anda sendiri untuk tujuan keselamatan.
  • Klik TUKAR KATA LALUAN dan masukkan kata laluan.
  • Pastikan kata laluan tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakaniaitu kombinasi huruf besar, huruf kecil, simbol, nombor 6 hingga 12 askara.
  • Setelah kemaskini password, kini cara daftar ASB online telah selesai sepenuhnya.

Untuk panduan yang lebih mudah, sila tonton video ini dari pihak PNB sendiri di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=VRMBXyDzozI

 

Akhir kalam

Cara daftar ASB secara online

Berbaloi jika kita daftar ASB online di portal MyASNB. Ini kerana baki boleh disemak tanpa pergi ke mana-mana cawangan ASNB.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menambah pelaburan ASB dengan mudah.

Jimat masa!

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • daftar asb online
  • daftar asnb online
  • id pengguna asb

Leave a Comment