Cara Register ASB Online Banking (Dan Transfer Duit Dengan Mudah)

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah salah satu saluran yang boleh kita gunakan untuk melabur dan sekaligus menyimpan untuk kegunaan masa hadapan. Jadi pada hari ini kami akan kongsikan dengan anda tentang cara register ASB online banking buat mereka yang masih belum mempunyai akaun ASB online banking.

Jangan bimbang, cara daftar ASB online ini cukup mudah dan pantas.

Cara register ASB online banking

Pendaftaran MyASNB

Dengan mendaftar secara online di portal MyASNB, anda boleh melakukan perkara berikut dengan akaun ASB anda:

  1. Membuat pelaburan secara online
  2. Menyemak baki pelaburan di dalam akaun
  3. Melakukan transaksi dan urusniaga dengan percuma

 

Bagaimana cara-cara mendaftar MyASNB?

Langkah pertama, anda perlu mendapatkan no akaun online 12 digit.

Anda perlu pergi ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB secara fizikal bagi mendapatkan nombor akaun online ini. Ini adalah untuk sekali sahaja untuk menjamin keselamatan transaksi online dan mengelakkan daripada penipuan cyber.

Setelah pergi ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB, anda akan melakukan perkara-perkara berikut:

  • Dapatkan nombor akaun 12 digit untuk transaksi online. Nombor akaun 12 digit ini boleh digunakan untuk mana-mana akaun yang ada di bawah ASNB.
  • Kemaskini nombor telefon bimbit yang didaftarkan untuk penerimaan nombor TAC, itu kod pengesahan untuk melakukan transaksi online demi keselamatan

Langkah kedua, daftar online di portal MyASNB

Setelah mendapatkan nombor akaun 12 digit itu, anda boleh mula mendaftar di portal MyASNB.

Cara-caranya mudah sahaja.

  1. Klik di website MyASNB – atau boleh klik terus di sini
  2. Klik pautan DAFTAR DI SINI dan anda akan diminta untuk membaca terma dan syarat portal.
  3. Setelah membaca dan setuju dengan terma dan syarat, anda akan diminta mengisi butiran data peribadi dan langkah-langkah mudah untuk pendaftaran.
  4. Apabila lengkap mengisi, anda akan diminta untuk mengisi nombor TAC yang akan anda perolehi dari sistem pesanan ringkas SMS pada telefon yang telah anda daftar dan kemaskinikan sebelum ini.
  5. Sesudah mengisi nombor TAC yang betul, anda bolehlah mula melayari dan menggunakan perkhidmatan MyASNB dan sekaligus boleh melakukan transaksi ASB secara online.

 

Apa yang ada di dalam portal MyASNB?

Banyak maklumat yang boleh diperolehi dari portal MyASNB yang hanya di hujung jari anda sahaja.

Antaranya

  1. Portfolio pelaburan – anda boleh mendapat maklumat terkini berkenaan jumlah keseluruhan pelaburan, jenis pelaburan dan  baki semasa unit pelaburan.
  2. Transaksi pelaburan – anda boleh melihat rekod urusniaga lepas yang dilakukan oleh akaun anda dalam tempoh masa tertentu (sehingga 90 hari terdahulunya)
  3. Penyata akaun – anda boleh memperolehi penyata tahunan dana saham ASB anda di dalam portal ini juga. Mudahlah hendak anda rujuk untuk pengisytiharan cukai tahunan, kan?
  4. Profil peribadi – jika perlu, anda boleh terus dapatkan profil peribadi yang anda daftarkan di dalam akaun ASB melalu portal ini.
  5. Pelaburan tambahan – dengan perkhidmatan ASB online ini, anda tidak perlu pergi ke bank dan beratur menunggu giliran untuk menambah pelaburan di akaun ASB anda. Anda boleh lakukan terus di portal MyASNB.

 

Apa itu ASB?

Kebanyakan kita mungkin tidak dapat membezakan antara ASB dan ASB2 dan sebagainya.

Sebenarnya, ASB adalah pelaburan unit amanah yang dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 1990 untuk membantu bumiputera menyediakan simpanan alternatif.

Duit simpanan dalam ASB itu, diuruskan untuk menjana keuntungan untuk jangka masa yang panjang secara konsisten.

Jadi, dengan menyimpan dalam akaun ASB, duit akan dilaburkan dan keuntungan yang diperolehi itu bolehlah kita rasai bila sudah bersara nanti. Alhamdulillah.

 

Di mana nak membeli dana ASB?

Ada 30 cawangan ASNB di seluruh negara yang boleh kita terjah untuk membeli dan sekaligus membuka akaun ASB.

Alternatif lain adalah pergi ke bank yang sudah menjadi kebiasaan anda.

Tidak semua bank mempunyai kemudahan membeli dana ASB ini. Antara bank yang dilantik ialah:

  • Maybank, Maybank Islamic
  • CIMB, CIMB Islamic
  • RHB, RHB Islamic
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank, AmBank Islamic
  • Bank Muamalat
  • HongLeong Bank, HongLeong Islamic Bank

Pos Malaysia adalah satu-satunya institusi bukan bank yang turut menawarkan dana ASB.

Dengan teknologi masa kini, kemudahan internet dan online banking tentulah menjadi salah satu medium untuk anda menguruskan transaksi dana ASB anda.

 

Perbankan Internet atau Online Banking untuk akaun ASB

Tanpa buku pelaburan, anda juga mempunyai pilihan untuk membuat pelaburan perbankan internet.

Buat masa kini, hanya 4 buah bank yang mempunyai perkhidmatan ASB online banking iaitu

  1. Maybank2u
  2. CIMBClicks
  3. AffinOnLine
  4. RHBNow

Jika anda memiliki akaun dari bank-bank tersebut, boleh lah melabur terus online.

Selain daripada itu, anda boleh terus menggunakan sistem online ASNB di portal MyASNB.

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun ASB dan ingin mengetahui tentang cara log masuk ASB online banking, kami ada sediakan panduan untuk rujukan anda.

 

Cara pindahan wang ke ASB online

Sebelum buat apa-apa, sila baca cara semak baki ASB secara online terlebih dahulu. Bukan apa, bimbang baki tidak mencukupi.

Dengan kemudahan yang tersedia, anda boleh melakukan transaksi online  untuk menambah pelaburan ke dalam akaun ASB anda. Banyak masa yang boleh anda jimat.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

Anda cuma perlu memilih pautan Pelaburan Tambahan dan klik.

  1. Kemudian akan diminta untuk membaca terma dan syarat untuk menambah pelaburan.

Pada terma dan syarat ini, anda akan mendapat maklumat iaitu pelaburan minimum untuk anda lakukan transaksi adalah sebanyak RM100.

Manakala, pelaburan maksima yang boleh anda lakukan dalam satu transaksi ialah RM30,000 setiap transaksi.

  1. Setelah faham dan menerima terma yang ditetapkan, anda akan diminta untuk mengisikan jumlah pelaburan tambahan yang hendak anda lakukan. Anda akan diminta untuk mengisi kod Captcha untuk sistem keselamatan dan mengesahkan anda wujud dan bukan robot.
  2. Akhir sekali, anda akan memilih perkhidmatan bank online yang ingin anda gunakan melalui portal transaksi FPX. Anda akan diminta untuk mengisi nombor TAC atau kod yang diberi oleh pihak bank anda kepada nombor telefon yang telah anda daftarkan bersama pihak bank.

Klik pautan seterusnya untuk mengetahui cara tambah pelaburan ASB yang lebih lengkap melalui Maybank2u.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian hari ini akan memudahkan lagi urusan anda untuk mendaftar bersama ASB. Jadi tunggu apa lagi? Jom melabur di ASB.

Jika anda mahu tukar atau update nombor telefon ASB, jemput baca cara kemaskini no telefon ASB.

Semoga bermanfaat.

5 thoughts on “Cara Register ASB Online Banking (Dan Transfer Duit Dengan Mudah)”

  1. Saya nak buat online melalui talifon memudahkan saya tapi kenapa buat online susah? kenapa tak memudah kan ? saya call banyak kali customer service ,call cantre semua busy memanjang …? nak tanya kan password saya itu saja nak pergi kaunter tak boleh pkp.

    Reply

Leave a Comment