Cara Langgan NJOI (Dan Beli Channel Secara Online)

Kisahnya, anda minat sesuatu cerita dan channel di Astro. Namun, memang tidak mahu komitmen bulanan. Dan lagi, memang tak tahu macam mana nak tukar dari Astro ke NJOI. Jadi, izinkan kami kongsi macam mana cara langgan NJOI dengan mudah.

Jika mahu tambah nilai prepaid NJOI, boleh terus baca cara topup NJOI. Langkau artikel ini jika anda memang ada Astro, dan mahu langgan Astro Best dan Astro First.

Sedikit mengenai TV satelit

Pada zaman kini yang serba berteknologi tinggi, banyak kemudahan teknologi yang diperkenalkan, demi memenuhi kemahuan dan kehendak pengguna. Daripada kemudahan teknologi  untuk kegunaan di dalam rumah, sehinggalah kepada kemudahan teknologi yang ada di luar rumah.

Jika kemudahan teknologi di luar rumah tidak terkira banyaknya, kemudahan yang ada di dalam rumah juga sangat banyak dan dapat juga diklasifikasi.

Daripada mesin basuh berteknologi terkini sehinggalah inovasi yang berlaku kepada televisyen, di mana fungsinya adalah untuk menonton pelbagai saluran yang disiarkan oleh stesen televisyen di Malaysia seperti TV3 dan NTV7 yang dimiliki oleh syarikat Media Prima, dan juga TV2 serta TV1, di mana TV2 dan TV1 merupakan siaran milik Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Astro juga telah diperkenalkan, di mana Astro merupakan pembekal televisyen satelit milik Malaysia, yang dilancarkan oleh satu-satunya pengendali operasi televisyen satelit, iaitu MEASAT Broadcast Network Systems.

Sehingga kini, Astro mengandungi lebih daripada 100 saluran, meliputi saluran yang dimiliki oleh Malaysia, dan juga saluran daripada luar negara, ditambah lagi dengan saluran radio.

Sedikit mengenai servis Astro

Selain itu, Astro juga mengembangkan servisnya dengan memperkenalkan pelbagai perkhidmatan menarik, seperti Astro B.yond, Astro IPTV dan juga Astro NJOI. Astro B.yond merupakan perkhidmatan High Definition Television (HDTV) pertama di Malaysia, dengan kerjasama bersama Samsung.

Servis ini bukan sahaja menyediakan saluran berdefinisi tinggi, malah menyediakan perkhidmatan Digital Video Recording (DVR) untuk merakam mana-mana sahaja rancangan yang mungkin tidak dapat ditonton, tetapi ingin ditonton kemudian, dari mana-mana saluran yang terkandung di dalam Astro.

Daripada ketiga-tiga perkhidmatan ini, Astro NJOI merupakan servis yang terkini yang diperkenalkan. Dilancarkan pada 2012, Astro NJOI merupakan servis televisyen satelit yang percuma untuk ditonton.

Beza Astro dan NJOI

Berbeza dengan servis biasa daripada Astro, di mana pakej salurannya dilanggan dengan bayaran secara bulanan, Astro NJOI membekalkan 28 saluran televisyen dan 20 saluran radio yang juga ada terkandung di dalam Astro.

Berbeza dengan servis Astro yang biasa yang mampu membekalkan ratusan saluran televisyen dan radio melalui langganan secara bulanan, pelanggan mampu untuk melanggan Astro dengan harga berpatutan dan tiada bayaran secara bulanan melalui Astro NJOI. Servis ini berterusan selama mana pelanggan menggunakan servis ini, dan ianya sangat berbaloi. Akan tetapi, bagaimana pelanggan ingin melanggan servis Astro NJOI ini?

Astro menyediakan langkah-langkah yang cukup mudah untuk pelanggan menggunakan servis ini. Langkah-langkahnya dibahagi kepada beberapa kategori tetapi mudah untuk difahami.

Cara langgan NJOI

Bagaimana cara langgan NJOI untuk yang belum ada lagi?

Sila ambil maklum ini ialah panduan untuk melanggan NJOI, dan bukan untuk beli channel.

Untuk anda yang ingin melanggan buat pertama kali, ikut cara di bawah:

  1. Anda juga boleh hubungi pusat pelanggan Astro atau pengedar sah di seluruh negara, juga secara dalam talian, melalui link ini https://www.astro.com.my/contactus/locatebranches
  2. Isi borang yang boleh didapati semasa ingin melanggan, dan mana-mana wakil jualan Astro akan menghubungi anda dalam masa lima hari bekerja, untuk mengesahkan segala maklumat yang diiisi dalam borang langganan tersebut.
  3. Anda akan dapat menikmati perkhidmatan Astro NJOI setelah pihak jualan datang ke rumah anda untuk memasang servis ini. Tetapkan temujanji dengan wakil pemasang untuk servis memasang Astro NJOI anda
  4. Pada hari pemasangan yang ditetapkan dengan pihak pemasang, anda akan menerima panggilan daripada pemasang untuk mengesahkan jadual temujanji. SMS peringatan akan dihantar sehari sebelum tarikh pemasangan untuk memudahkan anda.
  5. Pada hari pemasangan, pemasang daripada pihak Astro NJOI akan:
  6. Memasang Piring Satelit NJOI dan Dekoder
  7. Membantu anda dalam menggunakan peralatan baru seperti dekoder , alat kawalan jauh dan lain-lain
  8. Memberikan maklumat tentang produk/perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Astro
  9. Mengaktifkan akaun NJOI anda
  10. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam masa lima hari bekerja, anda perlu hubungi pihak Astro di talian 03-95438100 ataupun emelkan aduan anda ke [email protected]. Sertakan maklumat penuh peribadi anda seperti nama penuh dan nombor telefon di dalam emel tersebut.
  11. Sekiranya anda ingin mengubah suai maklumat di dalam borang permohonan anda ATAU anda ingin membatalkan serta-merta permohonan anda, anda boleh melakukannya apabila pihak perkhidmatan NJOI menghubungi anda dalam tempoh lima hari bekerja

Untuk makluman, adan juga boleh pesanan secara dalam talian (online) di astro.com.my/njoi

 

Cara beli channel NJOI

Buat anda yang mungkin berasa bosan kerana jumlah saluran yang agak terhad, anda mungkin terfikir untuk menambah saluran yang anda gemari di Astro NJOI.

Ya, anda boleh menambahnya sendiri dan anda boleh pilih saluran yang anda mahu dan gemari, ataupun saluran tersebut sesuai untuk seisi keluarga anda tonton. Bagaimana?

Di bawah merupakan cara beli channel NJOI yang mudah:

  1. Beli Prepaid NJOI/Top-up NJOI di outlet yang terpilih iaitu e-Pay, 7-Eleven, Cosway dan pusat perbankan Internet yang terpilih seperti CIMB Clicks, i-Rakyat dan RHBNow. Terdapat tiga jenis kad prabayar NJOI disediakan iaitu RM10, RM20 dan RM30.
  2. Goreskan dan dapatkan kod pin 16 digit. Sekiranya anda membeli prabayar menggunakan online banking, anda perlu memasukkan nombor telefon supaya pihak mereka akan memasukkan kod pin 16 digit, kemudian anda boeh teruskan ke langkah yang seterusnya.
  3. SMS 111 <jarak> nombor kad pengenalan anda <jarak> kod pin 16 digit, ke 33310. Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Astro NJOI, masukkan nombor smartcard untuk akaun yang anda ingin langgan, menggantikan nombor kad pengenalan anda untuk SMS tersebut.
  4. Tunggu respon SMS daripada nombor ini. Anda akan mendapat jawapan memaklumkan tentang baucer anda berjaya diaktifkan dan baki semasa baucer anda.
  5. Pergi ke channel Pilih Purchase.
  6. Pilih menu yang anda inginkan, sama ada ingin tonton by Channels atau by Package.
  7. Setelah pilih, ikut arahan seterusnya yang terpapar di skrin. Akan ada arahan untuk memasukkan kod tertentu ke nombor yang tertentu, iaitu 33888. Ikut arahan dan tunggu respon secara SMS.
  8. Anda akan mendapat saluran (channel) NJOI yang anda inginkan.

 

Harga pakej NJOI terkini

Terdapat dua jenis pakej harga yang disediakan untuk pemasangan Astro NJOI:

  • RM450 beserta dengan dekoder baru (termasuk GST)
  • RM385, tetapi dekoder hanya diperbaharui (termasuk GST)

Dua pakej harga ini adalah termasuk dengan GST beserta dengan yuran pemasangan sebanyak RM100.

 

Pakej NJOI Pre-Pack

  • Anda juga boleh menjadualkan sendiri pemasangan NJOI di rumah secara atas talian dengan melanggan servis NJOI Pre-Pack.
  • Berbeza dengan pemasangan servis NJOI, pakej harga servis ini adalah sebanyak RM40 untuk pendahuluan, manakala baki RM410 dibayar semasa hari pemasangan. (bersama dekoder baru)
  • Untuk mendapatkan NJOI Pre-Pack, anda perlu:
  1. Membeli di AEON BIG atau mana-mana cawangan E-PAY terpilih di seluruh negara
  2. Mendapatkan nombor PIN semasa membeli NJOI Pre-Pack
  3. Menghantar maklumat peribadi yang lengkap, termasuk nombor telefon dan emel secara atas talian ke https://www.astro.com.my/njoi/subscription untuk memudahkan proses pemasangan

 

Pakej NJOI Prepaid

Anda juga boleh menikmati saluran tambahan yang dibekalkan Astro selain daripada yang terdapat dalam Astro NJOI. Bagaimana? Langganlah NJOI Prepaid.

Merupakan servis televisyen satelit prabayar yang pertama di Malaysia, NJOI Prepaid membolehkan anda untuk mendapat akses kepada saluran tambahan selain daripada 48 saluran televisyen dan radio yang dibekalkan, dan anda boleh melakukan penambahan ini mengikut kesesuaian bajet dan keperluan anda.

Bagaimana?

Caranya mudah sekali:

  1. Anda boleh mendapatkan baucer prabayar bernilai RM10, RM20 dan RM30
  2. Baucer ini anda boleh dapati di:
    • Portal layan diri NJOI
    • CH200
    • Peniaga online banking yang terpilih
    • Kiosk pembayaran secara elektronik (E-Pay)
    • Pengedar NJOI prabayar yang diberi kuasa

Akhir kalam

Mudah bukan bila ada Astro NJOI?

Anda tidak perlu terbeban dengan bayaran untuk langganan Astro secara bulanan.

Bukan sahaja bayaran sekali seumur hidup, anda juga boleh mendapatkan saluran yang terdapat dalam Astro, juga atas pilihan anda. Sambil menyelam minum air bukan?

Apa lagi? Dapatkan Astro NJOI anda sekarang. Semoga tulisan berkenaan cara langgan NJOI dan NJOI channel ini dapat membantu anda.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Cara Langgan NJOI (Dan Beli Channel Secara Online)”

Leave a Comment