Cara Melanggan Astro First Channel (Beli & Tonton Movie Baru)


Adakah anda berminat dengan satu tayangan filem tempatan terbaru yang anda nampak trailer di channel Astro yang lain? Tidak lain dan tidak bukan, channel itu ialah Astro First. Kami akan kongsikan cara langgan Astro First seperti di bawah, supaya anda boleh menikmati cerita tempatan dan Korea.

Langkau artikel ini jika anda mahu cari maklumat dan cara sambung Astro semula, iaitu selepas kena potong.

Serba sedikit mengenai Astro

Astro juga telah diperkenalkan, di mana Astro merupakan pembekal televisyen satelit milik Malaysia, yang dilancarkan oleh satu-satunya pengendali operasi televisyen satelit, iaitu MEASAT Broadcast Network Systems.

Sehingga kini, Astro mengandungi lebih daripada 100 saluran, meliputi saluran yang dimiliki oleh Malaysia, dan juga saluran daripada luar negara. Ini termasuk dengan saluran radio.

Channel Astro First

Pada tahun 2012, Astro telah memperkenalkan salah satu servis Video-On-Demand yang dinamakan sebagai Astro First. Servis ini membolehkan  pengguna untuk mendapat akses kepada filem Hollywood ataupun filem-filem dari Asia yang terbaru melalui satelit Direct-To-Home (DTH) dan juga platform Internet Protocol Television (IPTV).

Dengan servis ini, pengguna boleh menonton filem, paling awal 3 bulan selepas filem tersebut ditayangkan di pawagam.

Senarai penuh rancangan yang bakal ditayangkan boleh dilihat secara online di laman rasmi Astro.

Beza Astro Best dan Astro First channel

Cara langgan Astro First

Astro First adalah untuk filem tempatan seperti Paskal, Polis Evo, Polis Evo 2, Boboiboy The Movie, 16 Puasa, Munafik, Munafik 2, Abang Long Fadil, Bikers Kental, Sangkar, Misteri Dilaila, Ejen Ali The Movie, Tombiruo, Kami Histeri, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Kimchi Untuk Awak, Manisnya Cinta di Cappadoccia, Upin Ipin Keris Siamang Tunggal, Bisik Pada Langit, Ola Bola, Rock Oo dan macam-macam lagi.

Tidak dilupa, ada juga cerita dari Asia seperti Korea.

Jadi, para peminat movie tanahair yang tidak berkesempatan ke pawagam, boleh sahaja beli dari Astro First.

 

Cara langgan Astro First movie

Astro Best pula khas untuk filem dari Hollywood, yang selalunya box-office. Jadi, para peminat movie seperti Avengers, Aquaman, Venom, Lion King dan macam-macam lagi judul, yang juga tidak berkesempatan ke pawagam, boleh sahaja beli dari Astro First.

Untuk menonton pelbagai movie baru yang menarik, boleh baca tentang cara langgan Astro Best.

 

Senarai channel Astro First

Berikut ialah senarai penuh channel Astro First yang ada.

Senarai Astro First channel

Channel yang lengkap adalah seperti di bawah:

  • 478
  • 483
  • 485
  • 488
  • 489
  • 491
  • 492
  • 493

 

Cara melanggan Astro First

Bagi anda sebagai pengguna Astro, melanggan Astro First channel adalah sangat mudah. Pastikan pilih channel yang betul seperti yang disenaraikan di atas.

  1. Pada decoder Astro anda, tune ke saluran 480.
  2. Anda akan dibawa ke saluran 480. Tunggu sehingga menu keluar.
  3. Akan tertera menu yang mengandungi filem-filem yang terbaru. Pilih filem yang anda ingin tonton.
  4. Gunakan butang arah yang terdapat pada alat kawalan untuk memilih. Anda boleh tekan butang bahasa yang terdapat pada alat kawalan jauh anda untuk menukar bahasa pada laman.
  5. Tekan butang OK pada alat kawalan anda untuk memilih filem yang anda ingin. Kemudian, sekiranya anda inginkan maklumat tentang filem tersebut, tekan butang Info.
  6. Anda akan dibawa ke laman untuk penerangan tentang filem yang anda pilih. Penerangan tentang filem ini adalah lengkap merangkumi genre, pelakon, pengarah, audio (bahasa untuk filem ini), sari kata yang ada, rating umur untuk filem tersebut, penerangan ringkas tentang filem, waktu tayangan yang ada di Astro First untuk filem tersebut serta harga untuk melanggan filem ini. Untuk satu langganan, sesebuah filem akan diulang di saluran Astro First channel selama 48 jam.
  7. Anda boleh tekan butang berwarna hijau pada alat kawalan anda untuk ke menu utama.
  8. Untuk melanggan filem yang anda mahukan, tekan butang berwarna biru untuk Beli.
  9. Akan tertera arahan di televisyen yang anda harus ikuti. Ikuti semua arahan dan hantar ke 32999 di telefon anda.
  10. Anda akan menerima SMS daripada Astro, menandakan pengesahan pembelian anda.
  11. Langganan Astro First anda selesai

 

Caj dan harga langganan Astro First

Cara melanggan Astro First sudah jelas seperti di atas.

Harganya tidak mahal. Cuma RM15 untuk satu movie.

Namun, berapa lama kita boleh tonton movie yang dibeli?

Untuk makluman, bagi setiap filem, pembelian hanya untuk sekali caj sahaja. Untuk setiap pembelian, filem tersebut akan terus ditayangkan di Astro First selama 48 jam tanpa henti, berdasarkan pada waktu tayangan yang telah ditetapkan.

 

Masalah langganan Astro First

Sekiranya anda sudah cuba cara melanggan Astro First dan mengikuti arahan yang diberi, tetapi masih tiada filem yang ditayangkan di Astro First, anda disarankan mencuba sekali lagi.

Namun, jika masalah tidak dapat diselesaikan, anda boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan Astro di talian 03-95433838.

Selain itu, bagi Astro NJOI, anda boleh menghubungi di talian 03-95438100, manakala untuk IPTV, hubungi 03-95431543.

 

Akhir kalam

Dengan adanya perkongsian tentang cara melanggan Astro First ini, kami harap anda dapat menonton filem kegemaran anda dengan lebih mudah.

Tayangan tanpa henti selama 48 jam berturut-turut dengan harga yang berpatutan sememangnya memberi kepuasan kepada anda sebagai pelanggan Astro.  Apa tunggu lagi? Langgan Astro First anda sekarang.

Semoga bermanfaat.

Sebarkan kebaikan

Leave a Comment