Macam mana nak tahu samada permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 kita sudah diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atau tidak? Ikuti perkongsian di bawah berkenaan cara semak permohonan BPN 2.0.
#1 Cara semak permohonan BPN 2.0 secara online
Perlu diingatkan, status Permohonan Diterima tidak bermakna Lulus. Anda perlu tunggu status Dalam Proses dan seterusnya status Lulus.
Apa-apa pun, berikut ialah cara untuk buat semak status penerimaan permohonan BPN 2.0 secara online:
- Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Lihat pada bahagian Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Jangan tekan Enter
- Jika anda tekan Enter, akan keluar ralat
-
Enter key is not allowed
-
- Sila klik ikon Carian
- Ruangan Captcha akan dipaparkan
- Jika tidak jelas, tekan butang refresh yang berbentuk segi empat tepat berserta dua anak panah ke atas dan ke bawah
- Anda akan mendapat paparan aksara Captcha yang baru
- Jika sudah jelas, masukkan aksara tersebut
- Tekan butang Semak
- Jika dipinta, masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
- Dan klik butang Semak sekali lagi
- Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
- Akan keluar paparan berikut:
- Nama
- No MyKad
- Status Permohonan
- Yang paling utama, sila pastikan di bahagian Status Permohonan, anda mendapat status Permohonan Diterima
- Sila tunggu status bertukar ke Dalam Proses
Sila baca maksud status BPN Permohonan Diterima untuk maklumat lanjut.
Semakan Status Tiada Rekod?
Semasa mengikuti langkah-langkah membuat semakan permohonan BPN 2.0, mungkin ada yang menerima status Tiada Rekod bersekali dengan butang Permohonan Baru.
Jika ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah memohon BPN 2.0. Anda boleh terus klik butang Permohonan Baru.
Sila daftar, login dan buat permohonan baru BPN 2.0.
#2 Boleh check permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 secara offline?
Adakah anda salah seorang orang yang download, isi borang BPN 2.0 dan hantar melalui kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri?
Berdasarkan pemerhatian kami, proses semakan status penerimaan ini perlu dilakukan secara online juga.
Tidak perlu khuatir. Untuk check permohonan BPN 2.0, hanya perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan sahaja. Sila ikut panduan ringkas yang ditunjukkan di atas.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian cara semakan permohonan BPN 2.0 ini dapat menghilangkan kerisauan anda.
Jika sudah mendapat status Lulus nanti, sila check tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dan terus buat semakan pembayaran BPN 2.0 untuk pastikan duit masuk ke dalam akaun bank.
Kalau sudah dapat duit BPN nanti, gunakan untuk kegunaan yang penting-penting sahaja. Jangan membazir pula.
Semoga bermanfaat.
Bujang