BSH Gagal Kredit: Apa Maksud Status Ini?


Jika anda salah seorang penerima Bantuan Sara Hidup 2020, semasa buat semakan BSH online, jangan terkejut jika anda nampak  paparan yang menunjukkan status BSH Gagal Kredit. Ia sedikit berbeza dengan status BPN Gagal Kredit.

Apa pun, apakah maksud status ini? Kenapa keluar status Gagal Kredit sedangkan sebelum ini tidak ada apa-apa masalah?

Sebagai penerima BSH 2020 Fasa 3, anda tentu sekali risau bukan?

Pertama sekali, bawa bertenang. Sabar. Izinkan kami berkongsi.

Maksud BSH Gagal Kredit

Masalah Gagal Kredit ini akan berlaku apabila pembayaran tidak dapat dilakukan ke dalam akaun bank yang anda daftarkan semasa permohonan BSH. Pengkreditan tidak dapat dilakukan.

Status ini boleh didapati hanya selepas anda login ke bsh.hasil.gov.my untuk buat semakan.

Antara beberapa masalah berkenaan akaun bank tersebut ialah:

  • Nombor akaun bank tidak lengkap. Contohnya, ada 12 digit, tetapi anda masukkan 11 digit sahaja
  • Nombor akaun bank salah. Anda tidak semak beberapa kali sebelum hantar.
  • Ada kesilapan ejaan nama penuh semasa permohonan BSH. Apabila nama tidak sama seperti dalam Kad Pengenalan dan nombor akaun, ada kemungkinan anda akan terima status BSH Gagal Kredit.
  • Akaun bank tidak lagi aktif. Ini berlaku apabila akaun bank anda tidak mempunyai apa-apa transaksi selama 12 bulan. Apabila ini berlaku, kebiasaannya bank akan nyah-aktif akaun tersebut secara automatik.
  • Akaun bank tidak sudah ditutup. Contohnya, semasa buat permohonan, akaun bank anda masih lagi aktif dan boleh digunakan. Mungkin secara tidak sengaja, anda telah tutup akaun tersebut tanpa menyedari akaun bank tersebut digunakan untuk menerima bayaran BSH.

 

Apa beza dengan status Berjaya Kredit?

Status Berjaya Kredit menunjukkan bahawa ada kemasukan duit BSH ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

 

Apa yang akan berlaku jika status BSH Gagal Kredit?

Surat maklum lulus Gagal Kredit akan diposkan kepada pemohon. Ini adalah makluman rasmi dari LHDNM.

 

Seterusnya, apa perlu buat?

Anda membawa surat tersebut/ Maklumat No Baucar bersama Kad Pengenalan Asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

 

Akhir kalam

Maksud BSH Gagal Kredit

Jika anda salah seorang yang menerima status BSH Gagal Kredit, harap dapat bertenang. Jangan terlalu risau kerana duit BSH itu tetap ada.

Jika anda mempunyai No Siri, anda boleh tunaikan selepas di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Bagi anda yang Gagal atau Tidak Lulus permohonan BSH, jemput baca cara buat rayuan BSH. Mudah-mudahan, dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment