Cara Mohon Bakul Makanan JKM 2021 (Bantuan PERMAI)

Cara Mohon Bakul Makanan JKM 2021 (Bantuan PERMAI)

Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan dan diberikan kepada rakyat seperti BPR 2021 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ini dijalankan. Tidak ketinggalan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jadi, matlamat JKM adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan juga membantu mereka yang terkesan teruk daripada pandemik ini. Oleh itu, pada hari ini kami akan membahaskan kepada anda tentang cara mohon bakul makanan JKM.

NOTA:

Untuk bantuan dari Wanita Perikatan Nasional, sila rujuk Bakul Prihatin 2021.

1. Kenapa wujudnya bakul makanan JKM?

Jabatan Kebajikan Malaysia akan segera melaksanakan Program Bakul Makanan yang merangkumi semua barang keperluan harian yang bernilai RM100 kepada setiap isi rumah yang layak. Program ini membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50 juta ringgit seperti yang dibahaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan Bantuan PERMAI 2021.


  1. Memenuhi keperluan asas untuk meringankan beban penerima bantuan.
  2. Sebagai salah satu metod sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia.
  3. Sebagai bantuan sementara bagi membantu kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat.

 

2. Cara memohon Progam Bakul Makanan JKM (jkm.gov.my)

Ketua keluarga atau wakil daripada keluarga perlu memohon sendiri kepada JKM dengan mengisi borang secara online atau boleh terus menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sekiranya anda memilih untuk memohon secara online ikuti langkah di bawah.

  1. Layari laman web rasmi JKM di sini: https://www.jkm.gov.my
  2. Setelah itu anda harus mencari borang permohonan Program Bakul Makanan atau anda boleh klik pautan ini untuk terus mendapatkan borang permohonan tersebut.
  3. Setelah anda mendapatkan borang tersebut, anda perlulah mengisi borang tersebut dengan memasukkan semua maklumat peribadi anda yang diperlukan.
  4. Kemudian, apabila sudah selesai anda boleh menghantar borang tersebut kepada e-mel ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  5. Permohonan anda akan mengambil masa lebih kurang 30 hari untuk diproses oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  6. Setelah itu selesai sudah permohonan Program Bakul Makanan JKM anda.

 

3. Permohonan bantuan Program Bakul Makanan di cawangan JKM

  1. Ketua keluarga ataupun wakil daripada keluarga anda perlu menghubungi secara terus pihak JKM.
  2. Nombor yang perlu dihubungi adalah berbeza mengikut negeri dan daerah tempat tinggal anda.
  3. Nombor yang anda hubungi adalah nombor Bilik Gerakan JKM negeri anda.
  4. Waktu operasi mereka adalah daripada jam 830 pagi sehingga 530 petang.
    • Nama penuh anda
    • Nombor kad pengenalan anda
    • Alamat rumah
    • Bilangan ahli keluarga (Jumlah tanggungan)Maklumat dan dokumen yang diperlukan adalah:

4. Senarai cawangan JKM seluruh Malaysia

Cara mohon bakul makanan JKM sudah dikongsikan seperti di atas. Namun, jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan lain, berikut kami senaraikan nombor telefon JKM negeri masing-masing:


Wilayah Tengah

SELANGOR – 03-5545-8570

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR – 03-2612-4060

 

Wilayah Selatan


NEGERI SEMBILAN – 06-765-9332

MELAKA – 06-232-4670

JOHOR – 07-228-1450

 

Wilayah Utara

PERLIS – 04-973-1926

KEDAH – 04-700-1700

PULAU PINANG – 04-650-5257

PERAK – 05-254-5505

 

Wilayah Pantai Timur

KELANTAN – 09-741-6925

TERENGGANU – 09-630-1193

PAHANG – 09-565-0226

 

Wilayah Malaysia Timur (Borneo)

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN – 087 424 961

SABAH – 099 234 202

SARAWAK – 092 443 194

 

5. Jangan keliru dengan Bakul Prihatin 2021 (Wanita Perikatan Nasional)

Ya, nama kedua-dua program ini lebih kurang sama.

  1. Progam Bakul Makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  2. Progam Bakul Prihatin Perikatan Nasional (PN)

Untuk mengelakkan kekecewaan, sila baca betul-betul dan buat permohonan yang sepatutnya.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara mohon bakul makanan JKM pada hari ini akan memanfaatkan dan memudahkan urusan anda.

Jika anda single mother, silalah mendaftar dengan JKM. Ikuti cara daftar ibu tunggal untuk mendapatkan bantuan jika ada. Selain itu, ada juga bantuan bulanan warga emas dan juga bantuan OKU.

Ramai yang tak tahu. Apa-apa pun, semoga kami dapat membantu.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Cara Mohon Bakul Makanan JKM 2021 (Bantuan PERMAI)

11 thoughts on “Cara Mohon Bakul Makanan JKM 2021 (Bantuan PERMAI)”

  1. Jagan pandang mata dan jagan pilih muka,dan jagan perting kan dri kmu
    Hati ornag kita siak tahu tuna dan puna
    Permohonan BPR 2021

    Reply
  2. C-13-4 ppr kerinchi lembah pantai pantai dalam 59200
    SY ADA 4ORANG 2 SEKOLAH . 2ANAK KERJA INI COVID PASAL SY TAK DAPAT KERJA SECURTY PUN TAK DAPAT SY SAKIT JANTONG PASAL
    ADA 1 ORANG TUA 64 YAHUN
    01133367552 phon no

    Reply
  3. Memohon sedikit eshan bantuan bakul makanan,sejak PKP 0.1 dari awal dan ini pkp jun 2021 saya amat perlukan eshan dari pihak berkaitan dapat beri sedikit bantuan pada keluarga saya,Kajang,sg jelok,seri pengaman,isi rumah 3org,suami gaji di gantung sejak pkp gelombang ke 2,ketika dalam arahan pkp,kami redha wlu berkerja dgn gov,dan tiada apa2 bantuan dari pihak majikan suami selama ini,anak baru dapat pekerjaan dan mula kerja 3hari tapi dah di tutup atas arahan pkp,gaji tiada,dan saya hanyalah surirumah,saya penghidap asthma,dan tidak boleh bergerak atau berdiri lama kerana menghidap sakit pinggang (jangitan kuman sejak 2020 2kali mendapat rawatan hospital,menginap 8hari dan 4hari kali ke2)kerana saya menghidap asthma dan sangat tinggi risiko pada situasi pademik ini doktor melarang saya keluar rumah,hingga tuk urusan daftar i akaun kwsp pun tiada,memohon i sinar tapi sejak buat pindahan hingga ke saat ini tiada apa pun pwngeluaran,kecuali yg pertama pengeluaran melalui online dan hanya sekali saja berlaku pengkreditan,kerana itu saya lakukan pindahan,sangat kecewa,kwap tak prihatin dan tak menilai keadaan kesihatan saya,BPR fasa 1 saya terima tapi fasa 2 tak lulus(aneh)Mohon sangat pada pihak selangor tuk saya dapatkan bantuan Bakul makanan,kami tak mampu tuk mkn 3kali sehari wlu berlaku telur sejak pkp di malaysia ini,tuk ubat dan inhiler asthma saya dpt dari eshan kwn2 yg belikan tuk saya,,keperhatian pihak selangor amat tinggi harapan saya,moga anda semua di lindungi Allah swt..

    Reply
  4. Saya latha dari rawang tidak kerja duduk rumah 1/6/2021 sampai 28/6/2021 tiada gaji bulan jun minta bantuan lain2 jika ada 01136508553

    Reply

Leave a Comment