Bantuan Bulanan RM350 Warga Emas 2020 (Orang Tua)

Anak-anak sila ambil perhatian. Anda kini boleh buat permohonan bantuan bulanan warga emas sebanyak RM350. Bantuan bulanan untuk orang tua ini bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam masyarakat.

Untuk makluman semua, bantuan bulanan RM350 warga emas ini sudah lama wujud. Namun, akhir-akhir ini ramai yang baru sedar akan kewujudan Bantuan Orang Tua (BOT) dari kerajaan. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana cara untuk memohon bantuan ini.

Kelayakan Bantuan Bulanan RM350 untuk Warga Emas

Sebelum memohon bantuan orang tua ini, sila baca kriteria di bawah untuk melihat samada layak atau tidak:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara
  2. Pemohon mestilah seorang pemastautin di Malaysi
  3. Pemohon ialah warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  4. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa
  5. Warga emas bukan tinggal di institusi kendalian JKM
  6. Warga emas juga bukan tinggal di pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma

Apa-apa pun, jika tidak menepati kelayakan di atas, masih layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. Namun hanya mana-mana kes yang berkeperluan.

Cara memohon Bantuan Bulanan RM350 Warga Emas

Permohonan dan juga semakan status permohonan Bantuan Orang Tua boleh dibuat dengan menghubungi dan menghadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran. Kami sarankan anda download dan isi borang permohonan bantuan JKM siap-siap.

Sebaik-baiknya, pada pendapat kami, permohonan bantuan RM350 Warga Emas ini dibuat secara online melalui sistem eBantuanJKM.

Berikut ialah cara untuk melihat pertimbangan pemberian bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum memohon bantuan bulanan RM350 Warga Emas secara online:

  1. Layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: https://spbk.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Anda kini berada di dalam Sistem Pengurusan Bantuan Kebajika eBantuanJKM
  3. Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
  4. Sila baca dan fahamkan notis yang dipaparkan
  5. Klik butang Daftar Permohonan
  6. Pilih Negeri
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa tanda sempang
  8. Contohnya: 60010145555 dan bukannnya 600101-14-5555
  9. Klik butang Daftar
  10. Isikan Bahagian A iaitu Maklumat Pendapatan
    • Isi Pendapatan Pemohon / Ketua Keluarga iaitu Pendapatan Kasar Bulanan
    • Isi Pendapatan Isteri / Suami
    • Isi Pendapatan Ahli Isi Rumah Yang Tinggal Bersama
    • Isi Pendapatan Pencen Bulanan (JPA/SOCSO dan lain-lain)
    • Masukkan lain-lain pendapatan
    • Masukkan maklumat pemilikan kereta
    • Tick jika ada menggunakan telefon pintar / Astro / Internet
    • Tick jika ada menggunakan kelengkapan aircond
  11. Lihat Bahagian B iaitu Maklumat Keperluan Bulanan
  12. Tekan butang Keputusan
  13. Jika butang Keputusan tidak menunjukkan apa-apa, sila hubungi JKM untuk maklumat lanjut
    • Nombor telefon: 03 – 8000 8000
    • Email: [email protected]
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
      Aras 6, 9 – 18 , No 55, Persiaran Perdana
      Presint 4, 62100 Putrajaya

 

Sils hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat

  1. Sila ambil maklum bahawa pemohon atau wakil dikehendaki hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam sistem eBantuanJKM.
  2. Masa yang diberikan adalah dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
  3. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

 

Dokumen yang perlu disediakan untuk borang Bantuan Bulanan RM350

  1. Salinan fotostat Kad Pengenalan / MyKad Pemohon
  2. Salinan fotostat Kad Pengenalan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
  3. Sertakan salinan alah satu Bil Utiliti (air / elektik / telefon / Astro) yang menunjukkan alamat rumah
  4. Jika bekerja sendiri, sediakan salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan
  5. Jika sakit atau tidak bekerja, dapatkan salinan laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta

 

Semakan eBantuan JKM Bantuan Orang Tua (BOT)

Berikut pula cara untuk membuat semakan bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum memohon bantuan bulanan RM350 Warga Emas secara online:

  1. Layari laman web rasmi eBantuan JKM di sini: https://spbk.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Anda kini berada di dalam Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan eBantuan JKM
  3. Klik Semakan Status Permohonan Online
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan seperti yang didaftarkan semasa permohonan
  5. Ikut langkah seperti di paparan untuk melihat keputusan

Untuk makluman, senarai yang dipaparkan hanya akan menunjukkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima. Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat.

 

Akhir kalam

Bagi kebannyakan orang, bantuan bulanan RM350 warga emas ini tidaklah banyak mana. Namun, besar nilainya bagi mereka.

Anak-anak yang terbaca perkongsian ini, cubalah mohon bantuan bulanan Warga Emas ini untuk ibu-bapa masing-masing. Warga emas bukannya tahu guna komputer. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk bantu.

Didoakan agar mak ayah kita semua sihat dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

Jika anda seorang ibu tunggal, anda juga boleh dapatkan bantuan ibu tunggal dari JKM.

Semoga bermanfaat.

16 thoughts on “Bantuan Bulanan RM350 Warga Emas 2020 (Orang Tua)”

  1. I am a 70 year old retiree leaving with my wife. I have no income and my bills are paid by my children. I live in my son’s house
    Will I be eligible to claim the Rm350.00 monthly

    Reply
  2. I was 67 years old, I was live my children, but I was no income and all the expenses was paid by my children. Can I apply for it.

    Reply
  3. I am 70 years old have no income, I’m leaving with my wife and my 14 years old Son. Am I eligible to apply rm 350 monthly??

    Reply
  4. Assalamualaikum
    Saya Ibu tunggal yg tiada kerja. Cuma mcari rezeki dgn mjual kuih yg di hangar ke gerai berdekatan rumah. Sy ada sorg ank perempuan yg Sudah berkahwin Dan mempunyai 7orang cucu. Sy myewa sendiri sbb ank Dan menantu tidak ambil berat tentang sy. Sy betul2 mmerlukan bantuan ini. Sy berharap dpt la skiranye kebajikan sy di amik kira. Mohon dr sy. Tlg sy sbb sy dh xdaya untuk mcari rezeki di sbb kan keadaan kesihatan sy yg penah patah tulang Belakang . Tulang Belakang sy L2 & L5 sy retak n patah teruk termasuk tulang kaki sy. Sy x mampu nk buat pembedahan sbb kena bayar lbh dr 20k masa tu..mtk bantuan tp x dpt. Pihak hospital bgtw screw n besi yg patut support tulang Belakang sy pihak hospital kena beli dr syarikat lain sbb yg ada d hospital Tengku Afzan tidak ssuai dgn keadaan yg sy Alami. Tp ni sy mksud kan berlaku 10tahun yg lepas. N sy pernah Cuba mohon kad oku tp dukacita yg tidak layan katanye sbb tiada besi or apa2 yg d msk kan dlm badan sy. Sdngkan kan mana sy mampu nk buat pembedahan bila cost nye mcecah lbh dr 20 k ke ats. N sy lumpuh selama setahun masa tu. Skrg sy dh bole berjln tnpa membuat pembedahan yg spttnye sy perlu buat n sy ingat lg salah sorg doc masa tu bgtw sy klu tnpa pembedahan sy akn lumpuh smpai bila2. N d sbb kan sy d layan sperti anjing kurap dr ank mnantu n jgk kluarga mnantu n termsk bisan sy jgk ( skrg dh arwah Al fatihah ) yg mbuat kan sy kuat kan hati sy tuk berusaha jalan semua dgn berkat semangat sbb sedih layanan yg sy dapat n keizinan dr Allah la yg mbuat kan sy dpt berjln smula walau pun sdikit tempang. Sbb tulang kaki tidak ada screw yg patut d letak kan d keting kaki kiri 4 n kaki kanan 2. Syukur Alhamdulilah pd Allah . tp skrg sy dh berumur 54 n sy dh smakin x mampung tuk mcari rezeki buat diri sy sdri. Sdngkan sy perlu mbayar sewa bilik n keperluan mknan sy. Tlg la sy ..sy mohon

    Reply
  5. salam…dulu mak saya duduk n.sembilan dapat bantuan warga emas nie…sejak duduk dengan saya di selangor tidak lulus sedangkan mak saya tiada sumber pendapatan apa – apa pun…cuma mengharapkan suami saya …mak saya bukan nye ada ramai anak cuma saya n abg saya jea…kata bantuan nie untuk warga emas tapi kenapa tak lulus…

    Reply
  6. i’m 70 years old, I just get informed I have cancer and need to do the operation, I stay with my daughter , do I eligible for this apply?

    Reply
  7. Sedih baca keluhan2 di sini, namun segala keluhan dan pertanyaan di sini tidak berguna kerana admin laman ini hanya berkongsi panduan dan tip. Nak tahu dapat ke tidak kena pergi ke jabatan-jabatan yang disebut. Bukan di sini tempatnya.

    Reply
  8. Ibu saya berumur 63 thn ayah saya berumur 70 thn..mereka tinggal bersama saya.saya dan kakak saya tak mampu menampung perbelanjaan harian ibu dan ayah saya…saya dan kakak saya adalah suri rumah..suami kami aje yang kerja..kami masing masing ada banyak komitment…sedangkan suami kami kerja itu pun dah ada masalah..suami saya sudah diberitahu akan hilang kerja hujung bulan februari 2021.suami kakak pula dah hilang kerja akibat covid 19…suami saya sedang berusaha mencri kerja lain…untuk menampung keluarga kami.kakak dan suaminya tak mampu membantu ibu dan ayah ayah…mereka tidak mampu belanja duit untuk ibu dan ayah saya.ibu saya seorang pesakit penyakit kencing manis dan penyakit serangan jantung.disebabkan itu saya dusuk rumah dan jaga ibu dan ayah saya kat rumah.cuma kami tak mampu belanja duit untuk perbelanjaan makanan, serta perbelanjaan bawa pergi hospital.jika mereka dapat bantuan kewangan jkm warga emas..saya berterima kasih kepada pihak jkm..tolong membantu kami..

    Reply

Leave a Comment