Bantuan ·

Permohonan Bantuan PENJANA (OKU & Ibu Tunggal)

Antara golongan yang bakal menerima bantuan dan manfaat dari Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA 2020 ialah Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal. Persoalannya, adakah perlu buat permohonan untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM300 ini?

Kemaskini 19 Jun 2020

Berikut ialah cara mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal yang terkini.

Sedikit mengenai PENJANA 2020

Selepas PRIHATIN, kini kerajaan memperkenalkan PENJANA.

PENJANA 2020 adalah satu lagi inisiatif kerajaan untuk memuliahkan ekonomi Malaysia secara berperingkat yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Tidak seperti PRIHATIN yang lebih menjurus kepada bantuan, PENJANA adalah satu inisiatif yang mempunyai pelan yang cukup lengkap.

Lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan ini.

Bantuan PENJANA OKU

 

Bantuan PENJANA Ibu Tunggal

 

Permohonan bantuan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

Bantuan ini adalah satu berita baik untuk OKU yang berdaftar. Bagaimana pula jika tidak berdaftar dengan JKM?

 

Register OKU di JKM

Sila rujuk laman web rasmi JKM di sini: https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=UnN2U3dtUHhacVN4aHNPbUlPayt2QT09

 

Register Ibu Tunggal di JPW

Tidak dapat dipastikan samada perlu mendaftar dengan JKM atau Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Semakan kami mendapati, tidak akan pendaftaran ibu tunggal di JKM.

Untuk pendaftaran single mother di JPW, rujuk sini: https://www.jpw.gov.my/single-mother-registration/

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik dengan langkah kerajaan yang tidak meminggirkan golongan OKU dan ibu tunggal. Di katakan juga bahawa ada NGO terpilih yang akan sama-sama menerima bantuan PENJANA ini.

Bagi penerima yang sudah berdaftar, tunggulah bayaran yang dijanjikan kerajaan.

Bagi yang belum berdaftar samada dengan JKM atau JPW, sila buat permohonan pendaftaran terlebih dahulu.

Semoga bermanfaat.