Cara Daftar Wahed Invest Malaysia (Pelaburan Patuh Syariah)

Mungkin anda pernah dengar tentang Wahed Invest, tapi tak pernah terdetik langsung untuk cuba. Jangan bimbang, pelaburan ini sah kerana di bawah seliaan Bank Negara Malaysia. Jemput baca cara daftar Wahed Invest Malaysia seperti di bawah.

Jika anda lebih selesa dengan Amanah Saham Bumiputera, boleh daftar myASNB terlebih dahulu, seterusnya baca cara tambah pelaburan ASB.

Apa itu Wahed Invest?

Wahed Invest adalah firma pelaburan yang berpusat di Amerika Syarikat. Ia adalah penasihat robo yang pertama yang bertujuan untuk menjadi pelabur Islam dengan platform patuh Syariah.

Dibangunkan pada tahun 2015, Wahed Invest juga mempunyai pejabat di Malaysia yang berfungsi sebagai hab serantau untuk operasi Wahed Invest di Asia Pasifik.

Wahed Invest menyokong wawasan Malaysia ke arah kemakmuran bersama dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dengan memanfaatkan teknologi yang memberi tumpuan kepada Ekonomi Digital Islam.

Lebih kurang sama sahaja dengan Raiz Invest yang tidak memerlukan kepakaran yang tinggi untuk bermain saham. Semuanya dikendalikan pada robot

Syarat sebelum buka akaun Wahed Invest Malaysia

Wahed Invest menawarkan perkhidmatan pelaburan automatik yang direka untuk pelaburan patuh syariah dan beretika. Untuk melabur dengan Wahed, anda perlulah melakukan beberapa perkara terlebih dahulu.

Berikut ialah sedikit penerangan ringkas sebelum anda buka akaun. Baca betul-betul sebelum bersetuju untuk main.

  • Anda perlu buat soal selidik sendiri mengenai penilaian risiko sendiri
  • Apabila anda berjaya menyempurnakan soal selidik ini, anda akan dicadangkan untuk portfolio optimum yang bersesuaian berdasarkan dengan jawapan anda pada soal selidik itu.
  • Sekiranya anda berpuas hati dengan peruntukan portfolio ini, anda boleh meneruskan untuk menyempurnakan pendaftaran Wahed Invest Malaysia secara online.
  • Anda kemudiannya boleh memindahkan dana kepada penjaga yang dipercayai oleh Wahed, iaitu Apex Clearing Corporation, yang akan membeli sekuriti ini bagi pihak anda.

Bukti keuntungan main saham dalam Wahed Invest

Mula-mula, kami tak percaya juga bahawa Wahed Invest boleh memberikan pulangan. Tapi, sendiri cakap dalam hati, “Apa salahnya mencuba!”

Hasilnya, terkejut juga bila mendapat pulangan lebih kurang 5% dalam masa yang singkat. Sila rujuk gambar di bahagian bawah untuk melihat keuntungan yang telah dibuat hasil melabur dengan Wahed Invest.

Itu baru sedikit.

Bayangkan kalau kita melabur RM10,000. Dengan kadar keuntungan 5%, sudah boleh dapat RM500 senang-senang sahaja.

Cuma itulah, risiko tetap risiko. Anda mungkin untuk hari ini, hari esok belum tentu.

Cara daftar Wahed Invest Malaysia

Berikut ialah cara register akaun Wahed Invest secara online.

Untuk mendapatkan USD10 secara percuma (iaitu lebih kurang RM40), pada bahagian “Do you have a referral code?“, masukkan Referral Code ini semasa proses pendaftaran: mdhahm1

  1. Anda boleh download aplikasi Wahed Invest di Google Play Store untuk Android, ataupun di App Store untuk iOS.
  2. Selepas download, buka aplikasi tersebut.
  3. Anda akan tiba di laman permulaan. Tekan Get Started.
  4. Kemudian, anda akan tiba di laman pertama untuk membuat pendaftaran akaun. Pada Email, masukkan alamat emel anda. Tekan butang biru anak panah kanan di bawah.
  5. Pada laman seterusnya, pada Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah minimum lapan aksara, dan mesti alphanumeric (gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol).
  6. Tekan butang biru anak panah kanan di bawah.
  7. Kemudian, buka emel anda. Anda akan mendapat kod pengesahan daripada aplikasi ini.
  8. Pada Verification Code, masukkan kod pengesahan yang anda dapat pada emel anda. Kemudian, tekan Verify.
  9. Anda boleh tekan Resend Code sekiranya tiada kod yang dihantar ke emel anda, untuk aplikasi menghantar kod pengesahan sekali lagi.
  10. Pada laman seterusnya, tekan butang Enable Notifications untuk terima notifikasi Wahed Invest Malaysia
  11. Kemudian, pada soalan Where do you live?, masukkan Malaysia. Tekan butang biru anak panah.
  12. Pada laman seterusnya, untuk soalan Are you a US citizen, resident, or green card holder?, tekan No. Tekan butang biru anak panah.
  13. Untuk laman seterusnya, soalan What portfolio suits you best? akan tertera. Soalan ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri pelaburan yang sesuai dengan anda. Tekan butang Next.
  14. Jawab kesemua soalan yang dipaparkan.
  15. Pada What is your age group?, pilih kumpulan umur anda.
  16. Pada What are you investing for?, pilih tujuan anda ingin melabur.
  17. Pada What is your monthly income?, pilih pendapatan bulanan anda (bagi yang bekerja dan tidak bekerja).
  18. Pada How much do you have in savings?, pilih jumlah yang sama dengan baki terkini simpanan anda.
  19. Pada Your income sources (current and future) are:, pilih sumber pendapatan anda, kini dan untuk masa depan.
  20. Pada How familiar are you with investing?, pilih sejauh mana anda tahu mengenai pelaburan.
  21. Pada Describe your attitude towards investing?, pilih bagaimana anda mahu berhadapan dengan setiap situasi dalam fasa perlaburan, sama ada anda sanggup menghadapi kerugian, anda mahukan kejayaan segera, dan sebagainya.
  22. Pada What would you do if you lost 10% in a year?, pilih apa yang anda akan lakukan sekiranya anda kerugian 10% dalam masa setahun.
  23. Sistem akan menilai anda berdasarkan jawapan anda.
  24. Kemudian, pada laman seterusnya, cadangan portfolio yang sesuai dengan anda akan tertera. Anda boleh tekan View Portfolio Details untuk melihat perincian portfolio anda.
  25. Pada Portfolio Details, akan tertera prestasi pelaburan anda, dari segi peratusan purata pulangan.
  26. Tekan Portfolio Details. Anda akan melihat kategori peruntukan seperti emas dan juga stok Malaysia dalam Wahed Invest. Disertakan juga dalam nilai peratus.
  27. Tekan Select This Portfolio.
  28. Pada laman seterusnya, tekan Create My Account.
  29. Untuk laman seterusnya, pada First Name, masukkan nama pertama/panggilan anda. Tekan butang biru anak panah.
  30. Pada Last Name, masukkan nama akhir/nama keluarga anda. (Nama panggilan dan nama keluarga ini ialah untuk mereka yang bukan beragama Islam. Bagi yang beragama Islam, anda boleh sahaja menggunakan nama panggilan anda di kedua-dua First Name dan Last Name, atau Muhammad pada First Name, dan nama anda yang seterusnya pada Last name, Misalnya, Muhammad pada First Name, dan Fadzil pada Last Name). Tekan butang biru anak panah.
  31. Pada laman seterusnya, untuk What is your birth date?, masukkan tarikh lahir anda. Tekan butang biru anak panah.
  32. Untuk laman seterusnya, pilih sama ada rumah anda ialah rumah apartment/rumah flat (Apartment), atau rumah sebiji untuk House.
  33. Jika Apartment, masukkan perincian alamat anda pada Flat Number, Building Name, Building Number, dan Street Name.
  34. Jika House, masukkan maklumat pada House Number, Street Name, City, dan Zip/Postal Code (optional). Tekan butang biru anak panah.
  35. Pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon anda pada ruangan Phone Number. Tekan butang biru anak panah.
  36. Kemudian, anda akan mendapat SMS daripada Wahed yang mengandungi kod pengesahan.
  37. Pada laman seterusnya, masukkan kod pengesahan ini di Verification Code. Sekiranya anda tidak mendapat kod ini, tekan Resend Code. Jika masih tidak berkesan, tekan Call me.
  38. Kemudian, pada laman seterusnya, terdapat beberapa soalan yang anda perlu tanda.
  39. Pada soalan pertama, tandakan Yes, menandakan bahawa anda ialah Warganegara Malaysia atau penduduk tetap.
  40. Pada soalan kedua, tandakan Yes atau No, untuk soalan sama ada anda memegang status sebagai penduduk tetap di mana-mana negara selain Malaysia.
  41. Pada soalan ketiga, tandakan Yes, bahawa anda sedang menetap di Malaysia.
  42. Pada Choose your gender, pilih jantina anda.
  43. Pada Marital Status, pilih status perkahwinan anda.
  44. Pada Children, pilih jumlah anak anda.
  45. Tekan butang Next.
  46. Kemudian, pada laman seterusnya, tick pada I accept all terms and agreements.
  47. Tekan butang Open My Account.
  48. Pendaftaran akaun Wahed Invest kini sudah berjaya.

 

Cara keluarkan duit dari Wahed Invest

Cara daftar Wahed Invest sudah baca. Bagaimana pula untuk buat withdrawal? Kalau untung, mesti mahu keluarkan bukan? Takkan mahu simpan lama-lama.

Melihat transaksi di atas, masuk RM5,000. Keluarkan RM5,632.30. Sudah untuk RM632.30.  Menarik bukan?

Jika anda masih belum daftar, jangan lupa masukkan Referral Code ini: mdhahm1

Kita sambung semula. Tak susah untuk keluarkan duit dari Wahed Invest.

Rujuk panduan di bawah:

  1. Buka aplikasi Wahed Invest
  2. Klik Funding di bahagian bawah
  3. Klik butang Withdrawal
  4. Pilih samada Partial atau Full
  5. Jika Partial, hanya keluarkan sebahagian sahaja
  6. Jika Full, keluarkan semua amaun secara keseluruhannya
  7. Masukkan amaun yang dikehendaki
  8. Klik Continue
  9. Masukkan maklumat bank anda
    • Nama penuh
    • Nama bank
    • Nombor akaun bank
  10. Klik Continue
  11. Sahkan transaksi berikut

Proses pengeluaran akan mengambil masa 7-8 hari.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, Wahed Invest ini ialah satu platform baru yang banyak kelebihan, dan sangat berguna untuk anda yang ingin melabur untuk jangka panjang, ataupun bagi anda yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia pelaburan.

Memandangkan pelaburan ini mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia, maka kami berani katakan yang ini bukan scam online.

Menurut Ustaz Lariba di Facebook, melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu-ragu kerana telah disahkan patuh syariah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Melaburlah sekarang dengan Wahed Invest demi jaminan masa depan yang cerah buat anda dan keluarga anda.

Kami berharap perkongsian mengenai cara daftar Wahed Invest ini dapat memberikan anda pulangan yang lumayan.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Daftar Wahed Invest Malaysia (Pelaburan Patuh Syariah)”

Leave a Comment