Ada kalanya, kita terima panggilan dari entah siapa-siapa yang kita tidak kenal. Entahkan betul, entahkan tidak. Jika rasa ragu-ragu, izinkan kami kongsi cara check scammer secara online yang boleh dilakukan melalui nombor telefon dan nombor akaun bank.
Kandungan
Cara check scammer online
Selain SSO PDRM yang berfungsi untuk semak saman trafik, tak ramai orang tahu kewujudan portal PDRM ini yang berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).
Bahagian JSJK ini, dalam Bahasa Inggeris dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID).
CCID portal ini membolehkan seseorang buat semakan penipuan yang berkaitan dengan:
- No Akaun Bank
- Nombor telefon
Cara check no akaun scammer, guna JSJK portal
Ikut langkah di bawah untuk buat semakan penipuan yang ada dalam pangkalan data PDRM:
- Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
- Pilih bahasa yang ditawarkan
- Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
- Untuk semak No Akaun Bank, masukkan nombor akaun bank yang anda ingin buat semakan penipuan online
- Pastikan pilih Kategori Akaun Bank
- Masukkan Captcha seperti gambar di sebelah kiri
- Pastikan masukkan Captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
- Klik Semak Maklumat
- Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
- Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
Tiada Report Diperolehi
Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada
Cara check scammer phone number, guna CCID portal
Ikut langkah di bawah untuk buat semakan penipuan yang ada dalam database PDRM:
- Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
- Pilih bahasa yang ditawarkan
- Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
- Untuk semak Nombor Telefon, masukkan nombor akaun telefon yang anda ingin buat semakan penipuan online
- Pastikan pilih Kategori Nombor Telefon
- Masukkan Captcha seperti gambar di sebelah kiri
- Pastikan masukkan Captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
- Klik Semak Maklumat
- Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
- Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
Tiada Report Diperolehi
Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada
Guna Truecaller app
Menggunakan Truecaller sangat mudah. Cuma install, download dan kemaskini database scammer dan spammer yang ada.
Apabila ada scammer atau spammer yang buat panggilan, status pemanggil itu akan tertera.
Kekurangan Truecaller, ia hanya memaparkan informasi berkaitan nombor telefon sahaja, bukannya nombor akaun bank.
Mudah-mudahan, dengan menggunakan app ini, serba-sedikit dapat mengelakkan kita dari penipuan online.
Link
Bagi pengguna Android, boleh muat turun Truecaller dari Google Play
Bagi pengguna Apple iOS, boleh muat turun Truecaller dari App Store
Guna Whoscall app
Lebih kurang sama dengan Truecaller, menggunakan Whoscall juga sangat mudah. Kebelakangan ini, kita boleh dengar iklan Whoscall di corong-corong radio tempatan.
Pemasangan Whoscall juga sangat mudah. Cuma download, install dan kemaskini database scammer dan spammer yang ada. Mudah-mudahan, dapat mengelakkan kita dari penipuan online.
Apabila ada scammer atau spammer yang buat panggilan kepada anda, status pemanggil itu akan tertera.
Sama juga seperti Truecaller, kekurangan Whoscall ialah ia hanya memaparkan informasi berkaitan nombor telefon sahaja, tidak nombor akaun bank.
Link
Untuk pengguna Android, download Whoscall dari Google Play
Untuk pengguna Apple iOS, download Whoscall dari App Store
Akhir kalam
Berhati-hati di alam maya. Penipuan online tidak mengira sesiapa. Tua, muda, kaya, miskin – semuanya dia sapu.
Diharapkan agar cara check scammer online ini dapat membantu anda.
Semoga bermanfaat.
Carian dari Google:
- cara check nombor telefon scammer
- Cara periksa nombor telefon sca
- cek akaun scammer
- Check no telefon scammer
- pdrm scammer check