Daftar myASNB (Cara Register Online di myasnb.com.my)

Jika anda belum tahu, sekarang sudah boleh buat pengeluaran ASB secara online. Jadi, bagi anda yang sudah ada akaun tapi bersesak-sesak untuk keluarkan di cawangan ASNB, Maybank atau CIMB, jemput baca cara daftar myASNB ini.

Izinkan kami berkongsi.

1. Sebelum daftar myASNB online

Ingin kami maklumankan, sila kemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu sebelum daftar myASNB secara online.

Kemaskini yang paling penting sebelum daftar myASNB ialah nombor telefon terkini yang masih aktif.

Nombor telefon yang aktif adalah sangat penting untuk urusan pendaftaran ini. Ini kerana proses pendaftaran akan melibatkan penghantaran TAC secara SMS ke nombor telefon.

Jadi, apabila selesai mengemaskini maklumat peribadi, anda bolehlah mendaftar di portal myASNB.

Tambahan lagi, untuk menggunakan mobile app myASNB, anda perlu juga perlu menyelesaikan proses pendaftaran ASB online terlebih dahulu.

2. Cara daftar myASNB online

Caranya adalah dengan melakukan langkah-langkah mudah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi myASNB di sini: https://www.myasnb.com.my
  2. Klik pada DAFTAR AKAUN.
  3. Baca informasi berkaitan ASNB yang tertera dan klik DAFTAR DI SINI.
  4. Baca langkah-langkah berkaitan pendaftaran portal myASNB yang tertera.
  5. Selesai membaca, tekan butang TERUSKAN.
  6. Klik pada kotak yang disediakan dan tekan SETUJU.
  7. Teruskan cara daftar myASNB online dengan klik pada maklumat asas yang diperlukan
  8. Masukkan maklumat yang diminta seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani
  9. Perlu diingatkan di sini, walaupun anda langgan banyak produk ASNB, anda hanya perlu pilih salah satu sahaja di sini
  10. Klik SETERUSNYA.
  11. Anda akan diminta untuk buat pengesahan TAC.
  12. Klik pada PERMINTAAN TAC.
  13. Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan.
  14. Isi nombor TAC yang diberi. Klik SETERUSNYA.
  15. Masukkan maklumat pendaftaran iaitu ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat e-mel dan frasa rahsia.
  16. Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan.
  17. Apabila selesai memasukkan semua maklumat, klik TAMAT.
  18. Sekarang cara daftar ASB online telah separa selesai.
  19. Anda telah berjaya melakukan pendaftaran di portal myASNB dengan kata laluan (password) sementara
  20. Sila salin dan simpan kata laluan sementara yang diberikan.

 

3. Login myASNB selepas pendaftaran ASNB

Pastikan anda ikuti cara daftar myASNB betul-betul seperti di atas. Ini kerana, anda hanya boleh login ke portal myASNB selepas proses pendaftaran selesai tanpa apa-apa masalah.

  1. Layari portal rasmi myASNB di sini: https://www.myasnb.com.my
  2. Kemudian, klik LOG MASUK.
  3. Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi, klik TERUSKAN.
  4. Frasa rahsia yang anda daftarkan tadi akan dipaparkan.
  5. Pastikan sama dan masukkan jawapan. Masukkan juga kata laluan sementara yang diberikan.
  6. Klik TERUSKAN.
  7. Anda diminta untuk menukar kata laluan sementara yang diberi kepada kata laluan pilihan anda sendiri untuk tujuan keselamatan.
  8. Klik TUKAR KATA LALUAN dan masukkan kata laluan.
  9. Pastikan kata laluan tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakaniaitu kombinasi huruf besar, huruf kecil, simbol, nombor 6 hingga 12 askara.
  10. Setelah kemaskini password, kini cara daftar myASNB secara online telah selesai sepenuhnya.

 

4. Video rasmi register myASNB

Bagi anda yang lebih suka dengan visual, kami sarankan anda tonton video rasmi cara mendaftar myASNB yang rasmi dari PNB.

 

5. Maklumat lanjut ASNB

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah untuk buat pendaftaran myASNB, sila hubungi pihak PNB seperti di bawah:

 

Akhir kalam

Tujuan daftar myASNB bukanlah semata-mata untuk semak baki ASB online sahaja. Antara fungsi yang penting dalam sistem ini adalah keupayaan untuk tambah pelaburan secara terus, tanpa melalui Maybank atau CIMB.

Kami menyambut baik dan berterima kasih kepada PNB yang mewujudkan kemudahan seperti ini, selari dengan kemajuan teknologi.

Bagi semua rakyat Malaysia yang bekelayakan, jangan lupa melabur melalui myASNB. Diharapkan agar perkongsian cara daftar myASNB ini akan menyemarakkan lagi semangat bangsa kita untuk melabur.

Semoga bermanfaat.

18 thoughts on “Daftar myASNB (Cara Register Online di myasnb.com.my)”

  1. Nak buat akaun asnb utk anak²,daftar online boleh?aatau menang kene pergi mana² cawangan terdekat?

    Reply
  2. knp setelah sy lengkapkan maklumat then klik seterusnya stilk xbole daftar & sistrm minta sy pilih 1 dana ya di langgan walaupun dh berulang kali sy pilih

    Reply
  3. Assalamualaikum.

    Saya seorang muallaf dan saya ingin daftar myASNB utk melabur RM 10,000 dari akaun Bank Islam saya
    ke akaun Amanah Saham Bumiputra. Bolehkah pegawai awak menerangkan cara-cara?

    Reply
  4. Anak Saya dah ada acc asnb. Mcm mana cara untuk register dlm apps? Adakah perlu ke kaunter pos dahulu kemudian baru boleh register dlm apps ansb?? Mohon bantuan

    Reply
  5. Saya nk register tapi still stuck tak boleh tekan next. Dah berbulan mcm ni sila selesaikan masalah apps myASNB ni ya harap maklum.

    Reply

Leave a Comment