Cara Daftar Raiz Invest (Register Online di raiz.com.my)


Belum pernah dengar Raiz Invest? Untuk makluman, ia lebih kurang sama dengan Wahed Invest sahaja, yang tidak memerlukan kepakaran untuk bermain saham. Semuanya diserahkan pada robot. Izinkan kami kongsi cara daftar Raiz Invest seperti di bawah.

Cara daftar Raiz Invest

  1. Pertama sekali, layari laman web https://raiz.com.my/. Anda akan dibawa ke laman web rasmi Raiz Invest untuk Malaysia.
  2. Kemudian, terdapat butang Get The App. Anda dikehendaki melayari browser anda menggunakan telefon pintar, kemudian tekan butang tersebut, dan sistem akan membawa anda ke Google Play Store untuk Android, manakala ke App Store untuk iOS. Download aplikasi Raiz tersebut.
  3. Seterusnya, buka aplikasi Raiz. Akan ada paparan ringkas mengenai Raiz Invest. Slide sahaja ke kanan, atau tekan butang Next.
  4. Seterusnya, terdapat ruangan untuk diisikan. Pada ruangan Email Address, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
  5. Kemudian, pada ruangan Raiz Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk mencipta akaun Raiz Invest Password anda mestilah minimum 8 aksara, dan mempunyai gabungan huruf kecil, huruf besar dan nombor.
  6. Tekan dahulu link Terms & Conditions untuk membaca terma & syarat untuk memiliki akaun Raiz Invest.
  7. Sekiranya anda bersetuju, tekan butang Create Account.
  8. Pada laman seterusnya, anda akan diminta untuk mencipta nombor PIN untuk akaun anda. PIN ini adalah sepanjang 4 aksara sahaja.
  9. Selesai memasukkan PIN, untuk laman seterusnya, anda akan dapat masuk ke akaun anda. Tekan butang Next atau slideke kanan untuk meneruskan.
  10. Untuk laman seterusnya di bahagian Raiz Investment Account, anda akan menentukan jenis akaun pelaburan anda untuk Raiz Invest. Pada Spending Account, tekan butang Set Spending Account, untuk memasukkan nombor kad debit anda. Pada Spending Account, anda akan melakukan pelaburan di akaun Raiz Invest anda menggunakan kaedah round-up, di mana untuk setiap pembelian anda menggunakan kad debit yang mengandungi sen, contohnya anda membeli sofa dengan harga RM394.30. Sistem akan membundarkan ke RM395, dan baki RM0.70 dari wang anda itu akan dimasukkan ke dalam akaun Raiz Invest anda untuk tujuan pelaburan.
  11. Anda juga boleh menentukan cara anda ingin memasukkan wang anda ke akaun itu untuk pelaburan selain daripada kaedah round-up, seperti kaedah recurring iaitu berulang kali untuk daily (setiap hari), weekly (sekali seminggu), dan juga monthly (sekali sebulan), atau kaedah lump sum, iaitu memasukkan sejumlah wang yang besar pada satu-satu masa sahaja. Walau bagaimanapun, akaun bank yang boleh disambung ke Raiz Invest ialah akaun Maybank sahaja.
  12. Sekiranya anda tiada akaun Maybank, tekan dahulu butang Skip yang tertera di bawah skrin. Skip sehingga ke Raiz Investment Account.
  13. Kemudian, tekan butang Set Raiz Investments Account.
  14. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Full Name (as per MyKad), masukkan nama penuh anda, sama seperti yang tertera pada kad pengenalan anda.
  15. Pada ruangan MyKad No., masukkan nombor kad pengenalan anda.
  16. Pada Date of Birth, masukkan tarikh lahir anda.
  17. Kemudian, pada ruangan Age, masukkan umur anda.
  18. Pada ruangan Gender, masukkan jantina anda.
  19. Pada ruangan H/P No, masukkan nombor telefon bimbit anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  20. Pada ruangan Security Question, pilih mana-mana soalan yang tertera. Diingatkan bahawa fungsi Security Questionadalah untuk membantu anda sekiranya anda menghadapi masalah untuk login ke akaun Raiz Invest anda pada masa akan datang, seperti terlupa password. Jadi, pilihan soalan pada ruangan Question, mestilah disertakan dengan jawapan yang betul di ruangan Answer dan bersesuaian dengan soalan yang anda pilih. Hanya anda sahaja yang boleh tahu jawapan untuk soalan tersebut.
  21. Kemudian, tekan butang Next.
  22. Pada paparan seterusnya, pada ruangan Home Address, masukkan alamat penuh tempat tinggal anda untuk memudahkan urusan surat-menyurat.
  23. Kemudian, pada ruangan City, masukkan bandar untuk tempat tinggal anda.
  24. Pada State/Province, pilih negeri untuk tempat tinggal anda, dan masukkan poskod tempat tinggal anda pada ruangan Post Code.
  25. Tick pada kenyataan di bawahnya sekiranya anda adalah warganegara Amerika Syarikat, penduduk tetap Amerika Syarikat atau mempunyai ID pembayar cukai di Amerika Syarikat.
  26. Kemudian, tekan butang Next.
  27. Pada laman seterusnya, tick Yes sekiranya anda merupakan pemastautin cukai di kawasan selain daripada Malaysia. Jika tidak, tick No.
  28. Tekan butang Next.
  29. Kemudian, tekan link Platform Agreement, Account Opening Agreement, Disclosure Agreement, dan Privacy Policyuntuk membaca segala terma & syarat untuk pembukaan akaun serta mula melabur dengan Raiz Invest.
  30. Sekiranya anda bersetuju dengan semua yang dinyatakan, tick pada semua kenyataan tersebut, dan tekan butang Next.
  31. Pada laman seterusnya, terdapat lagi ruangan untuk diisikan. Pada ruangan Employment, pilih status pekerjaan anda.
  32. Kemudian, pada ruangan Employer, masukkan nama majikan/syarikat anda.
  33. Kemudian, isi juga pada ruangan Net Worth dan Timeframe. Untuk Timeframe, anda boleh menentukan untuk tempoh berapa lama anda ingin melakukan pelaburan anda.
  34. Pada Reason to invest, pilih sebab untuk pelaburan anda.
  35. Pada Monthly income, masukkan julat untuk gaji bulanan anda.
  36. Kemudian, tekan butang Next.
  37. Seterusnya, anda dikehendaki untuk upload gambar hadapan MyKad anda. Tekan Scan the front untuk menggunakan kamera anda untuk menangkap gambar MyKad anda di bahagian depan kad, atau tekan Upload from gallery, untuk upload gambar kad anda yang telah tersimpan dalam telefon pintar anda.
  38. Pada laman seterusnya, aplikasi akan menyusun portfolio anda, dan anda akan dicadangkan jenis portfolio pelaburan yang terbaik untuk anda, berdasarkan kepada sebab anda melabur, dan pelbagai lagi algoritma.
  39. Tekan I agree untuk menggunakan portfolio yang dicadangkan untuk anda, ataupun anda boleh menekan Change my Portfolio untuk menukar portfolio anda kepada mana-mana antara Conservative, Moderate dan juga Aggressive.
  40. Kemudian, anda akan diminta untuk memilih jumlah wang untuk memulakan pelaburan di akaun anda.
  41. Pilih antara RM10, RM20, RM50 atau tekan Other untuk memasukkan jumlah lain.
  42. Tekan butang Next.
  43. Kemudian, tekan butang Invest. Pelaburan ini akan berjaya sekiranya anda telah link kad debit anda dengan akaun Raiz Invest
  44. Sekiranya anda ingin melabur kemudian, tekan butang Skip.
  45. Proses pendaftaran akaun anda selesai.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara daftar Raiz Invest ini bakal membuka mata ramai pembaca di luar sana untuk mencuba pelaburan alaf baru ini.

Cuma sedikit pesanan kami, jika tidak berani ambil risiko, janganlah ambil portfolio Aggressive.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment