Sebab wabak Coronavirus COVID-19 yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia terjejas dari segi ekonomi, pencarum EPF kini boleh keluarkan RM500 setiap bulan. Ikuti cara daftar i-Lestari KWSP untuk mohon keluar duit EPF secara online menggunakan i-Akaun.
Klik sini untuk baca cara daftar i-Sinar dan juga cara mohon i-Sinar KWSP yang baru.
Sila buat semakan penyata KWSP online terlebih dahulu, bimbang baki amaun yang ada dalam Akaun 2 tidak mencukupi.
Jika segala-galanya berjalan lancar, jangan lupa buat semakan i-Lestari KWSP samada pengeluaran diluluskan dan bayaran dimasukkan ke dalam akaun bank.
Sedikit mengenai i-Lestari KWSP
Seperti yang dimaklumkan, pengeluaran Akaun 2 di bawah i-Lestari KWSP boleh dibuat permohonan mulai 1 April 2020. Bagi memudahkan rakyat untuk membuat permohonan tanpa berurusan di kaunter KWSP agar terus berada di rumah, permohonan boleh dibuat melalui online, emel atau pos.
Amaun yang layak dikeluarkan hanyalah RM500 setiap bulan, untuk tempoh 12 bulan. Namun ia bergantung juga kepada baki jumlah simpanan Akaun 2 ahli.
Bayaran akan dibuat bermula bulan permohonan dibuat sehingga Mac 2021.
Cara daftar i-Lestari KWSP
Pencarum boleh buat permohonan pengeluaran dengan empat (4) cara:
- Secara online (e-Pengeluaran melalui i-Akaun i-Lestari Akaun 2)
- Secara e-mel kepada [email protected].
my - Secara pos/pos berdaftar ke alamat pejabat KWSP
- Secara serahan di kaunter KWSP setelah PKP tamat.
Kami akan terangkan satu persatu seperti di bawah.
#1 Cara daftar i-Lestari KWSP & buat pengeluaran
Sila ikuti langkah di bawah untuk mohon keluar duit KWSP menggunakan i-Akaun secara online.
Pastikan anda sudah daftar i-Akaun KWSP untuk mengeluarkan duit secara online.
- Login ke i-Akaun KWSP menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan
- Klik pada menu Pengeluaran di bahagian atas laman web
- Anda kini berada di dalam bahagian e-Pengeluaran
- Di sini juga, anda boleh lihat senarai rekod pengeluaran yang pernah dibuat sebelum ini
- Klik pada butang Permohonan Baru
- Anda kini berada dalam Langkah 1 iaitu Permohonan Pengeluaran Baru
- Pilih Jenis Pengeluaran i-Lestari
- Akan keluar beberapa pesanan mengenai NOTA PENTING PERMOHONAN e-PENGELUARAN.
- Setela selesai baca dan faham, klik OK
- Klik Seterusnya
- Anda kini berada dalam Langkah 2 iaitu Maklumat Pengeluaran
- Di sini, anda boleh lihat beberapa maklumat seperti:
- Jenis Pengeluaran
- Permohonan Lain Sedang Diproses
- Bakin Simpanan Akaun 2 (RM)
- Anggaran Amaun Kelayakan (RM)
- Amaun Dimohon
- Butiran Akaun Bank
- Nama Bank
- Nombor Akauin Simpanan / Semasa
- Di bahagian Amoun Dimohon, masukkan amaun pengeluaran i-Lestari KWSP yang hendak dikehendaki
- Anda boleh keluarkan maksimum RM500 sahaja
- Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada baki simpanan Akaun 2
- Jika anda mahu keluarkan RM500 setiap bulan selama 12 bulan, Akaun 2 mestilah mempunyai jumlah simpanan RM6000 dan ke atas
- Kemudian, pilih Nama Bank dan masukkan Nombor Akaun Simpanan atau Semasa.
- Harus diingat, anda tidak boleh masukkan nombor akaun orang lain
- Anda kini berada dalam Langkah 3 iaitu Ringkasan Permohonan Pengeluaran
- Sila semak maklumat berikut samada betul atau tidak, terutama sekali di bahagian Maklumat Pengeluaran:
- Maklumat Peribadi
- Nama
- No Pengenalan Diri
- Alamat Surat Menyurat
- Alamat
- Poskod
- Bandar
- Negeri
- Negera
- Maklumat Perhubungan
- Telefon Bimbit
- Telefon Rumah
- Telefon Pejabat
- E-mel
- Maklumat Pengeluaran
- Jenis Pengeluaran i-Lestari KWSP
- Baki Simpanan Akaun 2 (RM)
- Anggaran Amaun Kelayakan (RM)
- Amaun Dimohon (RM)
- Butiran Akaun Bank
- Nama Bank
- No Akaun Simpanan / Semasa
- Perakaun
- Tick pada “Saya dengan ini mengesahkan bahasa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Perakuan Terma dan Syarat”
- e-Pengeluaran: Permohonan TAC
- Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan untuk Permohonan TAC
- TAC
- Sekiranya semua maklumat sudah disemak dan diperakui betul, klik Permohonan TAC
- Nombor TAC yang mempunyai 6-digit akan dihantar secara SMS ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan
- Masukkan nombor TAC
- Klik Hantar
- Kini, cara mohon keluar duit KWSP Akaun 2 i-Lestari sudah selesai
#2 Cara daftar i-Lestari KWSP guna email
- Download borang pengeluaran i-Lestari di sini: https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf
- Sila rujuk BORANG PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN I-LESTARI sebagai panduan untuk mengisi borang
- Isi borang PERMOHONAN PENGELUARAN I-LESTARI dengan lengkap
- Cap jari pada ruang yang disediakan, untuk cap ibu jari sebelah kiri dan kanan
- Scan borang permohonan yang sudah lengkah diisi dan cap jari
- Sertakan juga dokumen sokongan seperti:
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
- Salinan passport (untuk ahli bukan warganegara Malaysia)
- Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) ahli yang AKTIF
- Email borang dan dokumen sokongan ke ilestarimohon@epf.gov.my
- Pastikan anda simpan email tersebut untuk rujukan
- Kini, cara mohon keluar duit KWSP guna email sudah selesai
#3 Pengeluaran duit KWSP i-Lestari guna POS
- Download borang pengeluaran i-Lestari di sini: https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf
- Jika ada masalah capaian, download di sini
- Jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah selesai, anda juga boleh dapatkan dari pejabat KWSP yang berhampiran
- Sila rujuk BORANG PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN I-LESTARI sebagai panduan untuk mengisi borang
- Isi borang PERMOHONAN PENGELUARAN I-LESTARI dengan lengkap
- Cap jari pada ruang yang disediakan, untuk cap ibu jari sebelah kiri dan kanan
- Sertakan juga dokumen sokongan seperti:
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
- Salinan passport (untuk ahli bukan warganegara Malaysia)
- Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) ahli yang AKTIF
- Hantarkan borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Kini, cara mohon keluar duit KWSP guna pos juga sudah selesai
#4 Pengeluaran duit KWSP i-Lestari tanpa borang dan i-Akaun
Ini adalah satu penambahbaikan dari KWSP.
Kini, anda boleh buat pengeluaran i Lestari online tanpa i Akaun.
Ya, tidak perlu login apa-apa.
- Layari portal rasmi i-Lestari di sini: https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik PERMOHONAN BAHARU
- Isikan Nombor MyKad.
- Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan permohonan pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun dibuat.
- Isikan Nombor Telefon Bimbit
- Isikan Alamat Email
- Isikan Alamat Rumah
- Isikan Poskod
- Isikan Bandar
- Pilih Negeri
- Pilih Amaun di bahagian Amaun Dimohon Sebulan (RM)
- Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
- Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-Lestari online ini
- Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online
- Klik Hantar
- Permohonan baru pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun kini sudah selesai.
Berapa kali perlu buat permohonan i-Lestari?
Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran i-Lestari ini sekali sahaja dan pembayaran akan terus dikreditkan secara berulang setiap bulan ke dalam akaun bank ahli.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian cara daftar i-Lestari KWSP ini dapat memudahkan lagi hidup anda.
Jika dapat keluarkan duit KWSP, jangan berbelanja hingga lupa daratan. RM500 sebulan itu tidaklah banyak mana.
Jika anda layak mohon Bantuan Prihatin Rakyat, teruskanlah. Sekurang-kurangnya, ada simpanan untuk kecemasan.
Kami doakan agar kita semua murah rezeki dalam suasana ekonomi yang tidak berapa baik ini.
Jika masih tidak cukup, cuba baca cara mohon bantuan kewangan lain yang ada.
Semoga bermanfaat.
Kenapa tidak dapat buat permohonan melalui aplikasi i-Akaun itu sendiri?
Kenapa saya tidak dapat memohon i-Akaun itu sendiri
Hai. Saya salah letakkan no akaun bank islam. No akaun tu no lama. Skrg saya no akaun bank islam saya dr akaun baru baru tp saya terlupa pasal tu. Jd saya terletakkan no akaun lama. No akaun lama tu dah tutup. Jd saya nak tanya, macam mana saya nak tukar no akaun saya tu? Saya call hotline x dpt2.
Sy pun sama. Mcmne nk tukar ya??
hai….no telefon lama sdh tidak aktif…..no tac tidak dapat sy terima…mcm mna tu bos…..
Bagaimana jika saya terlepas satu digit no tel…saya reg utk kawan….terlepas satu digit no tel
kalau tiada nombor account,bolehkah guna akaun nombor isteri?
berapa kah jumlah perlu keluar adakah kita perlu tulis kan rm6000 di ruang jumlah keluaran atau rm 500 sahaja?
500
Saya nak tanya i lestari saya dah diluluskan tetapi di beri check sbb sy tiada ac bank….boleh x sekiranya suami sy yg mengambil check tersebut kerana sy mempunyai ank kecil
selamat tengah hari ye, hi tanya i nak keluar duit untuk rumah so how ye nak apply
Saya baru apply bulan Jun lestari. Sudah seminggu lebih. Masih Tunjuk rekod belum diterima. Kenapa Ye.. Orng lain dlm 3hari dah dapat. Saya dlm susah . Tlg
Saya baru apply bulan Jun lestari. Sudah seminggu lebih. Masih Tunjuk rekod belum diterima. Kenapa Ye.. Orng lain dlm 3hari dah dapat. Saya dlm susah . Tlg
Permohonan kwsp Rm500
I-lestari
Permohonan kwsp rm500 i lestari