Cara Sambung Astro Semula (Selepas Kena Potong / Terminate)

Adakah anda pernah tidak bayar bil dan langgan kena potong? Jika pernah, tentu sekali sekarang sedang mencarai cara sambung Astro semula selepas kena potong. Mungkin juga cari cara buat penyambungan Astro semula selepas pernah terminate.

Usah bimbang, ikut panduan mudah dari kami.

Serba sedikit mengenai Astro

Astro merupakan pembekal televisyen satelit milik Malaysia, yang dilancarkan oleh satu-satunya pengendali operasi televisyen satelit, iaitu MEASAT Broadcast Network Systems. Sehingga kini, Astro mengandungi lebih daripada 100 saluran, meliputi saluran yang dimiliki oleh Malaysia, dan juga saluran daripada luar negara, ditambah lagi dengan saluran radio.

Astro kini telah dimiliki oleh rata-rata penduduk di Malaysia. Di setiap rumah, hamper semua telah memasang Astro. Selain untuk mendapat akses ke saluran-saluran yang asas seperti TV3 dan RTM, Astro memberi akses kepada pengguna untuk pelbagai lagi saluran yang merangkumi filem, rancangan jelajah, rancangan masakan, rancangan sukan dan sebagainya, sama ada tempatan mahupun antarabangsa.

Pada masa ini pengguna Astro sudah menggunakan serat optik supaya siaran televisyen disalurkan dengan betul. Kita hanya perlu membayar bil setiap bulan untuk mendapatkan siaran.

Kena potong?

Tetapi, apa akan terjadi apabila anda lambat membayar bil bulanan Astro? Sudah tentu, langganan anda bukanlah percuma. Untuk tengok semula channel yang dilanggan, perlu sambung Astro terlebih dahulu.

Sambungan anda akan dipotong dan anda tidak boleh menggunakan Astro. Sekiranya anda sudah membayar bil Astro anda yang telah dipotong, pastinya anda ingin tahu cara untuk menyambungkannya semula. Caranya adalah mudah. Ikuti setiap langkah di bawah.

 

Penyambungan semula Astro

Terdapat empat cara untuk membuat penyambungan semula Astro; penyambungan semula Astro melalui SMS, penyambungan semula Astro melalui panggilan telefon, penyambungan semula Astro melalui emel, dan juga penyambungan semula Astro melalui Facebook Astro.

 

Cara sambung Astro guna SMS

Berikut ialah cara penyambungan semula Astro melalui SMS:

  1. Pada telefon bimbit/pintar anda, taip seperti di bawah ini
  2. ASTRO<jarak>RCO<jarak>AC<jarak>No Akaun
  3. Setelah selesai, hantarkan ke 66688.
  4. Tunggu respon daripada pihak Astro, dan ikuti segala arahan daripada pihak Astro untuk mengaktifkan Astro anda semula.

 

Cara sambung Astro melalui panggilan telefon

Berikut ialah cara penyambungan semula Astro dengan call sahaja:

  1. Hubungi Astro melalui panggilan telefon ke 03-95433838.
  2. Anda akan disambung ke talian Khidmat Pelanggan Astro.
  3. Setelah mendapat sambungan, nyatakan bahawa anda ingin menyambungkan langganan Astro anda semula.
  4. Tunggu respon daripada pihak Astro, dan ikuti segala arahan daripada pihak Astro untuk mengaktifkan Astro anda semula.
  5. Anda hanya boleh menghubungi talian ini pada jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam sahaja.

 

Cara penyambungan Astro melalui email

Berikut ialah cara penyambungan semula Astro melalui emel:

  1. Pada browser anda, buka server emel anda seperti Gmail untuk Google, atau Ymail untuk Yahoo.
  2. Hantarkan emel kepada Astro menyatakan bahawa anda ingin mengaktifkan semua langganan Astro anda yang telah dipotong. Nyatakan juga yang anda telah membuat pembayaran ke atas potongan tersebut.
  3. Tunggu sehingga anda mendapat emel respon daripada pihak Astro.
  4. Ikuti segala arahan daripada pihak Astro (sekiranya ada) untuk mengaktifkan dan sambung Astro anda semula.

 

Cara penyambungan semula Astro melalui Facebook

Berikut ialah cara penyambungan semula Astro melalui media sosial Facebook:

  • Sekiranya anda mempunyai akaun Facebook, buka akaun Facebook anda melalui browser ataupun melalui aplikasi di telefon pintar.
  • Kemudian, pergi ke bahagian search dan taip Astro. Masuk ke page
  • Sekiranya anda ingin buka akaun facebook menggunakan browser, gunakan link laman web ini https://web.facebook.com/Astro untuk mendapatkan sambungan terus ke page Astro, itupun sekiranya akaun Facebook anda sudah login.
  • Pada page Astro, hantarkan satu post ke timeline Maklumkan kepada Astro bahawa anda ingin mengaktifkan semula Astro anda dan anda sudah membuat pembayaran. Sebaiknya, maklumkan juga nombor akaun Astro anda, serta maklumat tentang bayaran anda, seperti tarikh pembayaran.
  • Tunggu sehingga anda mendapat respon komen daripada pihak Astro. Pihak Astro akan berhubung dengan anda secara Personal Messaging (PM) melalui Messenger.
  • Ikuti segala arahan daripada pihak Astro (sekiranya ada) untuk mengaktifkan dan sambung Astro anda semula.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, anda perlu membuat pembayaran pada waktu yang sepatutnya untuk mengelakkan langganan anda dipotong. Bacalah cara sambung Astro macam mana pun, tunggakan tetap perlu dibayar.

Kemudahan yang diberi oleh Astro bukanlah percuma, jadi berusahalah untuk membayar tepat pada waktunya, dan bantu Astro untuk terus memberikan perkhidmatan bermutu tinggi kepada anda sebagai pelanggan mereka.

Jika ingin bayar bil tertunggak secara online guna online banking, kami sarankan buka akaun Maybank2u terlebih dahulu. Mudah urusan untuk pembayaran bil setiap bulan.

Semoga bermanfaat.

16 thoughts on “Cara Sambung Astro Semula (Selepas Kena Potong / Terminate)”

  1. Mohon pihak astro supaya menyambung segera perkhidmatan astro,saya dah buat pembayaran sebentar tadi tarikh 26.6.2020 Rm350.00( ac.no:0808100889..
    .

    Reply
  2. Astro msg jam 9.45pm suh byar bil sebelum 24jam !! Aku dah byar bil jam 11.30pm!!!!
    BELOM MASOK JAM 12 !!!

    JAM 3.30AM DIA POTONG…!!!!! PE MASALAH YE!!! PLEASE LAAA!!!!

    Reply
  3. Sy sudah byr astro ..3jam sd berlalu kenapa Astro belum on slps kena potg. Sy byr astro guna bnkin one9

    Reply
  4. RM0.00:Maaf, permintaan tidak sah, pesanan prebiu hanya boleh dilakukan selepas 6 bulan dari tarikh terakhir prebiu. TK

    Reply
  5. saya nak tanya kenapa siaran astro skrg menyampah nak tgk,siaran berulang2,drama saja byk tapi movie tak ada langsung ,org bulan2 bayar bukan free . Dalam sms pula suruh bayar dalam masa 24 jam tapi belum sampai 24 jam dah potong. Betul2 naik angin😠😠😠

    Reply
  6. Pihak astro, mnta tolong smbung semula astro sy no acc 0972054110, sb 2 sy sdh byar tnggakkan 29 july 21.. tpi skrg msh inactive..

    Reply
  7. Mohon pihak astro sambung semula perkhidmatan astro ac.0808100889 tarikh bayar 28/3/2022 jumlah rm300.00..*t.ksi.

    Reply
  8. Mohon pihak Astro sambung semula perkhidmatan Astro no ac 0967457257 tarikh bayar 28/4/2022 jumlah rm 150.00..tq

    Reply

Leave a Comment