Cara Login Affin Bank Online (Log Masuk di rib.affinonline.com)

Bagi yang sudah daftar Affin Bank dan juga daftar Affin Secure, izinkan kami kongsi pula cara login Affin Bank online yang akan memudahkan anda untuk membuat urusan perbankan.

Cara login Affin Bank online

#1 Cara login Affin Bank online (untuk existing user)

Berikut ialah cara untuk login Affin Bank online bagi pengguna yang sudah berdaftar sebelum ini:

  1. Layari portal rasmi Affin Bank di sini: https://www.affinbank.com.my
  2. Di bahagian menu Login Internet Banking di bahagian menu atas, klik Personal
  3. Anda akan di bawa ke laman ini: https://rib.affinonline.com/retail/#!/login
    • Untuk makluman, jika pilih menu Personal dengan permulaan URL dengan RIB, ini ialah singkatan untuk Retail Internet Banking
    • Jangan tersilap pilih menu Business dengan permulaan URL dengan CIB
    • Ini kerana https://cib.affinonline.com/business/login.html adalah khas untuk Corporate Internet Banking
  4. Akan keluar paparan “Welcome Back, Sign in to continue”
  5. Masukkan Username anda di ruangan yang disediakan untuk meneruskan cara login Affin Bank online ini
  6. Tekan butang Login
  7. Akan keluar gambar yang anda pilih semasa buat pendaftaran tempohari; berserta Secure Word
  8. Jika padanan gambar dan Secure Word adalah benar seperti yang anda pilih, tick ruangan “Yes this is my Secure Word and Image”
  9. Bagi mengelakkan scam atau apa-apa perkara yang tidak diingini dari berlaku, jangan sesekali teruskan transaksi jika gambar dan Secure Word yang diberikan tidak sepadan
  10. Masukkan Password
  11. Tekan butang Login sekali lagi
  12. Jika semuanya berjalan lancar, akan akan boleh login ke dalam sistem perbankan Affin Bank

 

#2 Log Masuk AffinOnline di rib.affinonline.com (First Time Login)

Bagi pengguna baru, sila ikuti panduan login Affin Bank untuk pertama kali seperti di bawah:

  1. Ikuti panduan untuk login seperti di atas, iaitu dengan melayari direct link ini: https://rib.affinonline.com/retail/#!/login
  2. Tekan butang First Time Login.
  3. Pada laman seterusnya, anda diminta untuk memasukkan butiran kad anda.
  4. Pada ruangan Card Number, masukkan nombor kad 16 digit anda.
  5. Pada ruangan ID Type, pilih jenis pengenalan diri anda. Untuk memasukkan nombor kad pengenalan (MyKad), pilih Identity Card – New sebagai ID Type
  6. Pada ruangan ID Number, masukkan nombor kad pengenalan anda.
  7. Pada ruangan IB PIN From ATM / Branch, masukkan IB PIN enam digit yang anda peroleh di mana-mana ATM Affin Bank.
  8. Kemudian, tekan link Request TAC untuk meminta nombor TAC. Anda akan menerima SMS daripada Affin Bank yang mengandungi nombor TAC tersebut.
  9. Tekan butang Continue.
  10. Pada laman seterusnya, pada ruangan Username dan Password, masukkan username dan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  11. Kemudian, tekan butang Login.
  12. Baca juga terma dan syarat pada butang Terms And Conditions. Kemudian, tekan butang I Accept.
  13. Jawab kuiz pada The Establish Challenge Questions & Answers untuk menyempurnakan proses daftar akaun Affin Bank online
  14. Cara login Affin Bank online dengan First Time Login bagi pengguna baru berakhir di sini
  15. Kami percaya, anda kini sudah berjaya login

 

Akhir kalam

Dengan mengikuti cara login Affin Bank online seperti yang dikongsikan di atas, mudah sahaja bukan?

Semoga urusan perbankan harian anda dengan AffinOnline dipermudahkan.

Bukan itu sahaja, jika anda ada menggunakan bank lain selain Affin Bank, kami juga ada menyenaraikan beberapa lagi panduan perbankan seperti cara daftar Bank Islam online dan cara daftar Bank Muamalat.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment