Cara Semak Harga Insurans Kereta Murah (Check Online & Ejen)

Kalau boleh, kita tak mahu bayar insurans. Kalau boleh-lah. Tapi kita ada undang-undang di Malaysia, di mana semua kenderaan yang mahu renew road tax, mesti ada insurans. Yang menjadi masalahnya di sini ialah, insurans itu mahal. Apakah ada insurans kereta paling murah yang boleh kita beli? Macam mana cara semak harga insurans kereta yang murah, sebelum beli?

Kami cuba sedikit-sebanyak berkongsi sedikit pandangan, iaitu tips membeli dan renew insurance kereta yang murah. Cuma kami tidak janji, ia betul-betul murah.

Langkau artikel ini jika anda mahu tahu mengenai cara kira pinjaman kereta. Kalau orang yang baru pertama kali mahu beli kereta, anda perlu tahu juga tentang insurans seperti yang akan dikongsikan di bawah.

Izinkan kami berkongsi.

Cara semak harga insurans kereta

Sebelum itu, mohon diingatkan. Jika belum renew insurance, anda tidak boleh renew roadtax.

Jadi, perlu buat sedikit pencarian yang manakah satu penyedia insurans yang murah dan terbaik.

 

Guna syarikat insurans sekarang

Cara paling mudah untuk semak harga insurans pada tahun ini ialah dengan hubungi syarikat insurans yang anda guna sekarang.

Jika guna Etiqa, buat panggilan pada Etiqa dengan memberikan nombor plat kenderaan dan nombor kad pengenalan.

Kalau anda sudah guna kereta ini beberapa tahun lamanya, dan tidak pernah mengalami kemalangan, kemungkinan insurans kereta anda akan jadi lebih murah.

Maksudnya, anda tidak pernah claim apa-apa. Ia akan jadi murah kerana NCD (No-Claim Discount) akan meningkat dari setahun ke setahun. Tahun in 10%, tahun depan mungkin 20%.

Ini adalah contoh untuk bagi senang faham.

Jadi kalau jumlah yang diinsuranskan (sum insured) untuk kereta anda ialah RM50,000 dan NCD ialah 20%, maka anda akan dapat diskaun RM10,000.

Jika semak harga insurans kereta dengan syarikat insurance sekarang, pasti akan lebih murah. Cuma kalau kita tak suka, tak ada masalah. Boleh sahaj tukar. Cuma NCD akan mula dari awal semula.

Untuk pengetahuan NCD (iaitu kependekan bagi No-Claim Discount), bermaksud Diskaun Tanpa Tuntutan. NCD ialah diskaun yang ditawarkan oleh syarikat insurans kereta untuk pemilik kereta yang tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun atau lebih.

Semakin lama anda guna insurans ini tanpa membuat sebarang tuntutan, semakin tinggi diskaun yang akan anda dapat.

 

Semak harga insurans kereta dengan buat perbandingan online

Ada banyak laman web yang menyediakan khidmat membandingkan harga insurans kereta seperti iMoney dan RinggitPlus. Semuanya disusun dari harga yang paling murah hingga mahal.

Anda juga boleh terus laman web etiqa.com.my untuk buat semakan harga dan boleh pilih antara Motor Takaful dan Motor Insurance.

Bukan itu sahaja, anda boleh ke laman web penyedia insurans lain yang menyediakan platform khusus untuk buat semakan harga murah.

Macam-macam syarikat yang jenamanya kita tidak pernah dengar.

Pastikan baca dan fahamkan terlebih dahulu sebelum membuat komitment dengan syarikat insurans tersebut.

Cuma jika anda seorang Islam, kami cadangkan agar anda ambil Takaful yang patuh syariah.

 

Semak harga insurans kereta melalui ejen insurance

Jika anda bukan jenis orang yang celik komputer dan selalu online, mungkin berjumpa secara berhadapan itu lebih baik. Pergi mana-mana syarikat insurans yang anda rasa selesa.

Cara terbaik ialah jumpa ejen insurans ini terlebih dahulu, dan minta dia berikan sebut harga. Jangan terus bersetuju.

Setelah sebut harga itu keluar, bincang baik-baik, apa yang patut dikeluarkan dari cadangan mereka. Kadang-kadang, ada orang tidak mahu insuranskan cermin kereta. Ini kerana katanya selama ini tidak pernah pecah.

Jadi buat apa membazir.

Jangan rasa terikat jika ejen tersebut asyik push suruh beli dengan syarikat dia. Anda ada pilihan sendiri.

Terpulang kepada individu. Ada baiknya berbincang baik-baik dengan ejen dan dapatkan pandangannya untuk mengurangkan kos.

 

Murah, tapi konvensional. Bagaimana?

Jika anda orang Islam, janganlah pencarian itu hanya berkisar pada insurans kereta paling murah semata-mata. Pastikan ambil kira dari sudut patuh syariah.

Maka, yang terbaik ialah ambil insurans kereta takaful seperti Takaful Ikhlas, Takaful Etiqa dan lain-lain.

Kami sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Pasti ada lagi syarikat takaful yang bagus di luar sana yang anda boleh semak harga insurans kereta.

Mengikut portal rasmi Muamalat dan Kewangan Islam dari JAKIM, pengguna boleh memilih syarikat-syarikat pengendali takaful patuh syariah, yang telah diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Buat masa ini, semakan di BNM tentang jumlah penyedia insurans takaful, terdapat 12 syarikat pengendali takaful yang patuh syariah di Malaysia.

Syarikat-syarikat tersebut ialah:

  • AIA AFG Takaful Bhd
  • AmFamily Takaful Berhad
  • CIMB Aviva Takaful Berhad
  • Etiqa Takaful Berhad
  • Great Eastern Takaful Sdn Bhd
  • Hong Leong MSIG Takaful Berhad
  • HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
  • ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad
  • Prudential BSN Takaful Berhad
  • Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  • Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
  • MAA Takaful Berhad.

 

Akhir kalam

Ada kalanya, murah tidak bermakna bagus. Insurans yang murah hanya sekadar untuk melindungi kita jika berlaku apa-apa kecelakaan atau kemalangan.

Nasihat kami, janganlah terlalu menekan hingga mahu yang paling murah. Baca tawaran yang ada dan pandai-pandai buat pilihan terbaik untuk diri sendiri.

Biar hati puas, poket selamat.

Diharapkan agar perkongsian mengenai cara semak harga insurans kereta ini dapat memberikan sedikit idea pada anda untuk check di mana boleh dapat harga murah.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Cara Semak Harga Insurans Kereta Murah (Check Online & Ejen)”

Leave a Comment