Cara Bank In Duit CIMB (Akaun Sendiri & Transfer 3rd Party)

Jika anda tercari-cari cara bank in duit CIMB, ikuti panduan di bawah ini. Boleh buat pindahan wang secara online dan juga CDM.

Untuk memudahkan urusan, pastikan anda sudah daftar CIMB Clicks secara online.

Sedikit mengenai perbankan Internet

Pada zaman sekarang, wang sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Sama ada untuk memenuhi keperluan dan kehendak diri sendiri, ataupun kita menggunakan wang untuk menyara kehidupan keluarga kita. Wang juga mainkan peranan dalam urusan harian seperti pembayaran bil elektrik, bayar sewa rumah, bayar bil air, bayar kereta dan sebagainya. Hakikatnya, kita boleh katakan yang kita mungkin tidak mampu untuk hidup tanpa wang.

Kini, pelbagai bank yang telah wujud di Malaysia untuk memudahkan kita mengendalikan wang. Pada waktu dahulu, kita sudah terbiasa dengan amalan menabung dan menyimpan kesemua wang kita di rumah melalui simpanan yang rapi dan hanya kita sahaja yang tahu. Atas faktor keselamatan dan juga untuk lebih sistematik serta jaminan wang kita selamat, bank diwujudkan untuk membantu kita menabung dengan lebih cermat dan lebih bijak.

Kita boleh menambah simpanan dari semasa ke semasa dengan mesin Cash Deposit yang boleh diperoleh di mana-mana bank. Kita juga boleh melakukan pengeluaran, pemindahan dan servis-servis lain menggunakan mesin ATM.

Dalam artikel ini, anda akan diajar cara yang mudah dan betul untuk menambah simpanan anda, atau menghantar wang anda ke akaun bank orang lain dengan servis bank in menggunakan mesin Cash Deposit, di kaunter, bank in cek dan juga pemindahan wang secara online dengan CIMB Bank.

 

Cara bank in duit CIMB ke akaun CIMB sendiri

Berikut ialah antara beberapa cara untuk bank in duit CIMB ke akaun sendiri (Own Account)

Bank In Di Kaunter

  1. Pergi ke cawangan CIMB yang terdekat dengan rumah anda.
  2. Ambil nombor giliran. Apabila giliran anda tiba, pergi ke kaunter dan maklumkan kepada staf bahawa anda ingin menyimpan wang ke akaun sendiri.
  3. Anda akan diserahkan borang. Isi borang tersebut beserta jumlah, dan nombor akaun yang ingin dimasukkan wang tersebut, iaitu nombor akaun anda.
  4. Serahkan wang anda dan urusan anda selesai. Dalam tempoh yang akan dimaklumkan oleh staf tersebut, anda akan tahu bila wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun yang ditujui.

 

Bank In Di Cash Deposit Machine (CDM)

  1. Pergi ke mana-mana cawangan CIMB ataupun mesin CDM yang berdekatan.
  2. Tekan mana-mana butang pada mesin tersebut untuk mengaktifkannya.
  3. Pilih bahasa, sama ada BAHASA MALAYSIA, ENGLISH atau Mandarin.
  4. Pada menu SILA PILIH JENIS AKAUN, pilih AKAUN BANK/KAD KREDIT.
  5. Kemudian, pada laman seterusnya, masukkan nombor akaun penerima wang, IAITU NOMBOR AKAUN ANDA. Tekan YA setelah selesai.
  6. Kemudian, menu seterusnya akan tertera nombor akaun anda beserta nama penuh anda.
  7. Slot juga akan dibuka untuk memasukkan wang. Masukkan wang yang anda ingin deposit. Setiap urusniaga terhad kepada 99 keping wang kertas sahaja.
  8. Tekan butang TERUSKAN>.
  9. Wang anda akan diproses.
  10. Jumlah wang yang anda masukkan akan tertera pada skrin. Jika betul, tekan TERIMA. Jika salah, tekan BATAL. Jika anda ingin menambah lagi wang, tekan PENAMBAHAN TUNAI.
  11. Setelah tekan TERIMA, ambil resit yang dicetak. Transaksi anda berjaya.

 

Bank In Dengan Cek

  1. Pertama sekali, setelah mendapat cek, semak nama penuh anda pada cek tersebut dan pastikan jumlah pada cek adalah jumlah yang betul. Pastikan ejaan bayaran juga adalah betul.
  2. Apabila anda yakin semuanya adalah betul, anda boleh menulis nama anda pada bahagian belakang cek. Pastikan nama penuh yang ditulis sama dengan bahagian hadapan cek.
  3. Isikan juga nombor akaun bank anda dan nombor telefon anda pada bahagian belakang cek. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek tendang.
  4. Setelah selesai, anda perlu pergi ke cawangan BSN yang terdekat untuk deposit cek anda.
  5. Pergi ke mesin Cheque Deposit Machine. Ikut arahan yang tertera pada skrin.
  6. Pilih ‘Deposit Cek’ untuk bank in duit CIMB
  7. Masukkan nombor akaun yang tertera pada belakang cek.
  8. Semak nama yang tertera pada skrin. Jika sama, isikan jumlah cek (RM).
  9. Masukkan cek tersebut pada slot yang dibuka setelah arahan tertera dan lampu menyala di bahagian slot.
  10. Tunggu resit anda. Simpn resit anda sehingga wang anda sudah masuk ke dalam akaun.
  11. Bank akan mengambil masa beberapa hari untuk memproses deposit anda. Sekiranya ada masalah, rujuk semula kepada bank dengan menggunakan resit yang anda simpan.
  12. Urusan anda selesai.

 

Cara transfer duit CIMB ke akaun 3rd party

Bank In Ke 3rd Party (Sesama Akaun CIMB)

  1. Layari laman web CIMBClicks https://www.cimbclicks.com.my
  2. Pada ruangan I want to, pilih Transfer Money.
  3. Masukkan ID anda, dan tekan Login.
  4. Kemudian, pastikan SecureWord yang tertera adalah Secure Word Tick pada kotak di bawahnya.
  5. Kemudian, masukkan password
  6. Tekan butang Login.
  7. Anda akan dibawa ke menu untuk melakukan Transfer Money.
  8. Pada bahagian To, masukkan nombor akaun penerima wang tersebut.
  9. Kemudian, tekan butang Proceed.
  10. Setelah nombor akaun dimasukkan, pilih jenis transaksi pada Transfer Type, sama ada Within CIMB Bank, atau To Other Banks, ataupun DuitNow. Pilih Within CIMB Bank.
  11. Pada bahagian From, semak semula nombor akaun anda yang tertera.
  12. Pada Amount, masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
  13. Pada When, tertera tarikh semasa untuk anda lakukan transaksi. Sekiranya anda ingin transaksi ini berjalan pada hari yang lain, klik ikon kalendar dan pilih tarikh anda.
  14. Pada bahagian Transaction Instruction, masukkan rujukan untuk penerima wang dan juga butiran pembayaran sekiranya ingin disertakan.
  15. Pada bahagian Notify Recipient, tick pada Via SMS, dan masukkan nombor telefon penerima. Anda juga boleh tick Via Email untuk memaklumkan kepada penerima mengenai transaksi ini pada alamat emelnya.
  16. Tekan butang Transfer Money.
  17. Transaksi anda berjaya.

 

Bank In Secara Instant Transfer Dengan Online Banking

  1. Layari laman web CIMBClicks https://www.cimbclicks.com.my
  2. Pada ruangan I want to, pilih Transfer Money.
  3. Masukkan ID anda, dan tekan Login.
  4. Kemudian, pastikan SecureWord yang tertera adalah Secure Word Tick pada kotak di bawahnya.
  5. Kemudian, masukkan password
  6. Tekan butang Login.
  7. Anda akan dibawa ke menu untuk melakukan Transfer Money.
  8. Pada bahagian To, masukkan nombor akaun penerima wang tersebut.
  9. Kemudian, tekan butang Proceed.
  10. Setelah nombor akaun dimasukkan, pilih jenis transaksi pada Transfer Type, sama ada Within CIMB Bank, atau To Other Banks, ataupun DuitNow. Pilih To Other Banks.
  11. Pada bahagian Bank Name, pilih bank untuk akaun penerima.
  12. Pada Select Transfer Method, Instant Transfer (IBFT):
  13. Instant Transfer (IBFT) – Wang akan segera dimasukkan ke akaun penerima.
  14. Pada bahagian Payment Type, pilih Funds Transfer.
  15. Pada bahagian From, semak semula nombor akaun anda yang tertera.
  16. Pada Amount, masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
  17. Pada When, tertera tarikh semasa untuk anda lakukan transaksi. Sekiranya anda ingin transaksi ini berjalan pada hari yang lain, klik ikon kalendar dan pilih tarikh anda.
  18. Pada bahagian Transaction Instruction, masukkan rujukan untuk penerima wang dan juga butiran pembayaran sekiranya ingin disertakan.
  19. Pada bahagian Notify Recipient, tick pada Via SMS, dan masukkan nombor telefon penerima. Anda juga boleh tick Via Email untuk memaklumkan kepada penerima mengenai transaksi ini pada alamat emelnya.
  20. Tekan butang Transfer Money.
  21. Pada laman seterusnya, semak semula perincian transaksi. Pastikan kesemuanya adalah betul.
  22. Tekan butang Approve.
  23. Transaksi instant transfer anda berjaya. Anda boleh semak semula akaun anda untuk memastikan bahawa wang tersebut telah dipindahkan ke akaun penerima. Hubungi juga si penerima untuk mengesahkan.

 

 

Bank In Secara Interbank GIRO Dengan Online Banking

  1. Layari laman web CIMBClicks https://www.cimbclicks.com.my
  2. Pada ruangan I want to, pilih Transfer Money.
  3. Masukkan ID anda, dan tekan Login.
  4. Kemudian, pastikan SecureWord yang tertera adalah Secure Word Tick pada kotak di bawahnya.
  5. Kemudian, masukkan password
  6. Tekan butang Login.
  7. Anda akan dibawa ke menu untuk melakukan Transfer Money.
  8. Pada bahagian To, masukkan nombor akaun penerima wang tersebut.
  9. Kemudian, tekan butang Proceed.
  10. Setelah nombor akaun dimasukkan, pilih jenis transaksi pada Transfer Type, sama ada Within CIMB Bank, atau To Other Banks, ataupun DuitNow. Pilih To Other Banks.
  11. Pada bahagian Bank Name, pilih bank untuk akaun penerima.
  12. Pada Select Transfer Method, pilih Normal Transfer (IBG).
  13. Normal Transfer (IBG) – Wang akan masuk ke akaun penerima dalam masa sehari sehingga dua hari untuk hari bekerja. (Interbank GIRO)
  14. Pada bahagian Payment Type, pilih Funds Transfer.
  15. Pada bahagian From, semak semula nombor akaun anda yang tertera.
  16. Pada Amount, masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
  17. Pada When, tertera tarikh semasa untuk anda lakukan transaksi. Sekiranya anda ingin transaksi ini berjalan pada hari yang lain, klik ikon kalendar dan pilih tarikh anda.
  18. Pada bahagian Transaction Instruction, masukkan rujukan untuk penerima wang dan juga butiran pembayaran sekiranya ingin disertakan.
  19. Pada bahagian Notify Recipient, tick pada Via SMS, dan masukkan nombor telefon penerima. Anda juga boleh tick Via Email untuk memaklumkan kepada penerima mengenai transaksi ini pada alamat emelnya.
  20. Tekan butang Transfer Money.
  21. Pada laman seterusnya, semak semula perincian transaksi. Pastikan kesemuanya adalah betul.
  22. Tekan butang Approve.
  23. Transaksi interbank GIRO anda berjaya. Anda boleh semak semula akaun anda untuk memastikan bahawa wang tersebut telah dipindahkan ke akaun penerima. Hubungi juga si penerima untuk mengesahkan.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk memudahkan transaksi bank in, ataupun memindahkan wang kepada individu tertentu atas urusan kerja, urusan harian serta kepada orang yang tersayang.

Gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin dengan CIMB Bank.

Diharapkan agar perkongsian cara bank in duit CIMB ini dapat memudahkan lagi hidup anda.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Bank In Duit CIMB (Akaun Sendiri & Transfer 3rd Party)”

Leave a Comment