Semakan BPN 2020 (Check Status Pembayaran Duit)


Sekiranya anda sudah hantar borang permohonan Bantuan Prihatin Nasional dan berstatus LULUS, tentu tertunggu-tunggu bagaimana cara buat semakan status BPN pula. Tidak sabar untuk tunggu pembayaran pula.

Jemput baca perkongsian kami seperti di bawah.

Ini adalah perkongsian semakan status BPN 1.0 yang lagi. Sila baca kemaskini semakan status pembayaran BPN 2.0 mengikut bank yang terbaru.

Sedikit mengenai pembayaran BPN

Semakan status pembayaran BPN SMS

Jika anda sudah memohon BPN melalui laman LHDN atau BSH dan permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima SMS daripada 62000 ATAU 63833 mengenai pembayaran BPN anda.

Mulai 6 April 2020, SMS akan dihantar secara berperingkat kepada penerima BPN yang layak berkenaan pemakluman pembayaran BPN tersebut.

Sila pastikan SMS yang anda terima adalah daripada pihak LHDNM yang betul iaitu daripada nombor 62000 ATAU 63833 sahaja.

Ambil sedikit masa untuk baca soalan lazim LHDN.

Semakan Status BPN

Langkah #1: Check status permohonan BPN dahulu

Sebelum boleh buat semakan pembayaran B40 dan M40, anda perlu buat semakan status permohonan terlebih dahulu.

Berikut ialah cara untuk buat semak status permohonan Bantuan Prihatin Nasional bujang dan berkahwin; samada lulus atau tidak.

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Terdapat tiga (3) status semakan Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
    • Jika status LULUS:
      Anda layak untuk terima duit BPN.
      Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
      Duduk diam-diam
    • Jika status TIDAK LULUS:
      Anda tidak layak untuk terima duit BPN.
      Anda boleh buat rayuan BPN.
      Tertakluk kepada kelulusan.
    • Jika status TIADA REKOD:
      Anda layak untuk terima duit BPN.
      Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional

Secara ringkasnya, pastikan status LULUS dahulu, baru boleh terima pembayaran

 

Langkah #2: Semakan Status BPN

Semakan bagi Pembayaran Fasa Pertama (Melalui portal)

Berikut ialah cara untuk semak status pembayaran BPN. Pastikan anda sudah menerima SMS dari 62000 atau 63833 yang memaklumkan tentang pembayaran BPN.

Semakan status pembayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN

Untuk buat semakan bayaran BPN, iaitu untuk tahu samada duit sudah masuk atau belum, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran di sini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
  2. Abaikan sahaja tulisan BSH 2020 itu
  3. Ini adalah semakan BPN juga
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  5. Akan keluar Captcha
  6. Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
  7. Klik butang Semak.
  8. Akan keluar paparan:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Info Tambahan
  9. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain iaitu:
    • Fasa
    • Jumlah Dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • No Akaun
  10. Untuk mengetahui samada duit BPN sudah masuk atau belum, pastikan status Kredit anda adalah Berjaya Kredit
  11. Ingin diingatkan sekali lagi, ini adalah untuk pemohon yang lulus BPN sahaja.
  12. Bermakna, duit sudah masuk ke akaun pemohon BPN yang layak secara automatik BSH tanpa buat permohonan.
  13. Jika permohonan anda LULUS tetapi belum bertukar status Berjaya Kredit, ini bermaksud duit BPN belum lagi masuk.
  14. Jika permohonan anda LULUS tetapi mempunyai status Gagal Kredit, ini bermaksud duit BPN cuba dimasukkan ke dalam akaun bank yang diberi. Namun, akaun bank tersebut mungkin tidak aktif atau tidak wujud akibat tersilap isi. Sila hubungi pihak LHDN untuk ambil secara tunai.
  15. Harap bersabar jika belum ada apa-apa status terbaru.
  16. Sila buat semakan seterusnya di lain hari

Untuk Bantuan Prihatin Rakyat yang terkini pada tahun 2021, anda boleh buat semakan BPR lulus melalui portal bpr.hasil.gov.my

Maksud status bayaran BPN

Ada beberapa status BPN yang penting yang anda perlu tahu. Secara ringkasnya, anda perlu melalui proses status Permohonan Diterima, status Lulus dan status Berjaya Kredit.

 

Status Permohonan Diterima

Ini bukan semakan status pembayaran BPN.

Ini ialah status di mana permohonan anda diterima oleh pihak LHDN.

Permohonan Diterima secara automatik akan terpakai untuk golongan berikut:

  • Penerima BSH B40 sebelum ini (Bujang dan sudah berkahwin)
  • Pembayar cukai M40 dengan LHDN sebelum ini (Bujang dan sudah berkahwin)

Walau bagaimanapun, status Permohonan Diterima secara tidak terpakai secara automatik untuk golongan berikut:

  • Bukan penerima BSH, tetapi selepas buat semakan, mendapat status Tidak Lulus
  • Pembayar cukai, tetapi selepas buat semakan, mendapat status Tidak Lulus
  • Mana-mana golongan yang mendapat status semakan Tiada Rekod

Golongan di atas ini perlu buat permohonan dan rayuan (jika perlu)

 

Status Permohonan Lulus

Ini juga bukan semakan status pembayaran BPN.

Ini ialah status kelulusan permohonan BPN.

Status Lulus secara automatik akan terpakai untuk golongan berikut:

  • Penerima BSH B40 sebelum ini (Bujang dan sudah berkahwin)
  • Pembayar cukai M40 dengan LHDN sebelum ini (Bujang dan sudah berkahwin)

Walau bagaimanapun, status Lulus secara tidak terpakai secara automatik untuk golongan berikut:

  • Golongan B40 yang mendapat status Tidak Lulus
  • Golongan M40 mendapat status Tidak Lulus
  • Mana-mana golongan yang mendapat status semakan Tiada Rekod dan sudah buat permohonan dan rayuan

Golongan di atas ini perlu login dan buat semakan kelulusan BPN.

 

Status Berjaya Kredit

Ini ialah semakan status pembayaran BPN.

Status Berjaya Kredit menunjukkan bahawa ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

 

Status Gagal Kredit

Ini juga ialah semakan status pembayaran BPN.

Status Gagal Kredit menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

Ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:

  • Akaun bank tidak aktif
  • Nombor akaun bank yang salah
  • Tersilap masukkan nombor akaun bank
  • Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon BPN

Jangan risau sekiranya mendapat satus Gagal Kredit.

Sila dapatkan Nombor Siri dari dalam portal BPN dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat. Anda boleh memberikan Nombor Siri dan mendapatkan duit secara tunai.

 

 

Cara buat semakan BPN

Semakan BPN bagi Pembayaran Fasa Pertama (Melalui akaun bank)

Anda juga boleh terus buat semakan terus ke dalam akaun bank yang dipilih semasa pendaftaran tempohari.

  1. Layari laman web bank yang anda daftarkan untuk menerima bayaran
  2. Contohnya, jika anda memilih BSN, layari https://mybsn.com.my
  3. Klik Login
  4. Masukkan username dan password
  5. Lihat baki terkini

 

Semakan bagi Pembayaran Fasa Pertama (Gagal Kredit)

Sekiranya akaun bank tidak aktif, atau tersalah masuk nombor akaun, anda masih lagi boleh buat semakan.

Ini khusus untuk anda yang lulus Bantuan Prihatin Nasional B40 berdasarkan rekod BSH.

Sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank kerana tidak aktif atau nombor akaun tidak wujud akibat tersalah masuk, anda boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN.

Sila simpan Nombor Siri baik-baik.

Sila hubungi pihak LHDN untuk maklumat lanjut.

 

Cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (Penerima BSH B40)

Berikut ialah kaedah pembayaran BPN bagi golongan B40, bujang dan berkahwin, iaitu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.

  1. Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank
    Hanya jika pemohon ada memberikan maklumat nombor akaun bank
  2. Bayaran BPN secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
    Hanya jika status bayaran adalah gagal kredit, iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank akibat akaun yang tidak aktif, atau nombor akaun yang salah dan tidak wujud
  3. Bayaran BPN secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
    Hanya jika pemohon tidak ada akaun bank langsung

Cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (Pembayar Cukai M40)

Berikut ialah kaedah pembayaran BPN bagi golongan M40, bujang dan berkahwin, iaitu pembayar cukai pendapatan sebelum ini.

  1. Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank individu bujang
    Hanya jika pemohon ada kemaskini dan kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini. Untuk individu bujang sahaja.
  2. Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank ketua rumah
    Hanya jika pemohon ada kemaskini dan kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini. Untuk yang sudah berkahwin sahaja.
  3. Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank pembayar cukai
    Jika pemohon kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dengan taksiran bersama, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama pembayar cukai pendapatan yang ditaksir. Untuk yang sudah berkahwin sahaja.

 

Berapa jumlah pembayaran BPN yang akan diterima?

Jumlah bayaran BPN

Berkahwin dan berpendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

  • Jika ada berada dalam kategori ini, cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional adalah secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH
  • Jumlah bantuan ialah RM1600.
  • Amaun RM1000 akan diberi pada bulan April 2020
  • Amaun RM600 akan diberi pada bulan Mei 2020

 

Berkahwin dan berpendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

  • Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
  • Jumlah bantuan ialah RM1000.
  • Amaun RM500 akan diberi pada bulan April 2020
  • Amaun RM500 akan diberi pada bulan Mei 2020

 

Bujang, berpendapatan RM2,000 ke bawah

  • Jika ada berada dalam kategori ini, cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional adalah secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH
  • Jumlah bantuan ialah RM800.
  • Amaun RM500 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan April 2020
  • Amaun RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan Mei 2020

 

Bujang, berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000

  • Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
  • Jumlah bantuan ialah RM500.
  • Amaun RM250 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan April 2020
  • Amaun RM250 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan Mei 2020

 

Akhir kalam

Check bayaran BPN

Kami faham, anda perlukan duit bantuan itu segera.

Sabar.

Kami yakin kerajaan kini berhempas pulas untuk memberikan servis terbaik kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak Coronavirus COVID-19 ini.

Diharapkan agar perkongsian semakan status BPN ini serba-sedikit memberi kefahaman kepada anda.

Untuk maklumat terkini, sila rujuk akaun Twitter LHDN.

Semoga bermanfaat.

168 thoughts on “Semakan BPN 2020 (Check Status Pembayaran Duit)”

  1. Hi im kosaladavi ..my status pemohonan lulus…tapi my bank account number is tak betul…now i what do

  2. macam mana kalau login untuk paparan maklumat sampai kena sekat ? duit still boleh masuk ke ?

  3. Duit dah masuk akauan isteri tapi kredit gagal pada 12/4/20.akaun isteri isniya binti ibrahim may bank.

  4. pergi jer bank jumpa kaunter ,cek ..tgu masuk akaun xde la..tp cek online dlu..
    saya amik BSHR rm200,pastu minta dia cek..tgk ada BPN rm1000,

  5. Saya mohon bpn sudah lulus. Tapi masih tidak lagi. Kata masuk 15 May. Tapi sampai hari NIE tak masuk lagi

  6. Betul tu dah 17mei tpi tetap tak masuk, status lulus dah lama dah, dah la lulus 500 je nk kata ada SSM dah 2 tahun lepas mati kn SSM surat pun ada.. Jgn la ambil kesempatan potong jumlah kelayakan sesuka hati, ramai Sgt yg memerlukan bantuan ni.. Bantuan ni hnya meringankn 5% je dari kesukaran kewangan golongan B40 ni..

  7. Assalamualaikum sama lh gn sya dh lulus dri 9 mei tp blm masuk dlm acc lg sya permohonan baru, depa kata permohonan baru 15-20 hb nie

  8. Betul tu dah 17mei tpi tetap tak masuk, status lulus dah lama dah, dah la lulus 500 je nk kata. Jgn la ambil kesempatan potong jumlah kelayakan sesuka hati, ramai Sgt yg memerlukan bantuan ni.. Bantuan ni hnya meringankn 5% je dari kesukaran kewangan golongan m40 ni..tlg maklumkan duit ke dlm ACC bsn sy skrgni

  9. Macam mana kalau dah diluluskan dan dh dikreditkan dalam akaun tapi bila chek akaun duit tak masuk lagi ?

  10. Bpn sy Lulus tapi pembayaran fasa ke rm600 sudah dikreditkn tapi x masuk akaun.. Boleh sy tahu kenapa ye

Leave a Comment