7 Punca Isteri Hilang Hormat Pada Suami (Lelaki Wajib Berubah)

Setiap pasangan yang sudah berkahwin mempunyai dugaan masing-masing. Ada suami yang diuji dengan sikap isteri dan ada isteri yang diuji dengan sikap suami sehingga menjadi punca isteri hilang hormat pada suami. Namun mengenai isu kali ini, kami ingin menyentuh apakah sebenarnya yang membuatkan isteri dah tidak respect dengan suami.

Untuk anda yang mungkin sedang mencari penjelasan mengenai isu ini. Anda telah berada di tempat yang betul. Melalui artikel ini, kami telah senaraikan beberapa punca isteri hilang hormat pada suami bagi anda yang ingin tahu dan lebih jelas mengenainya.

Walaupun bagaimanapun, mempunyai rumah tangga yang bahagia adalah impian semua pasangan di dunia ini. Oleh itu, untuk memastikan hubungan suami isteri itu berjalan dengan baik, kedua-dua belah pihak mesti memainkan peranan bersama. Sila gunakan apa pun cara mengeratkan hubungan kekeluargaan dan ambil tahu bagaimana cara menjaga hubungan suami isteri agar cinta berputik kembali seperti pasangan baru bercinta.

Sekarang, izinkan kami berkongsi tentang punca isteri boleh hilang hormat pada suami.

Punca isteri hilang hormat pada suami

Berikut merupakan beberapa sebab kenapa boleh terjadinya isu seperti di atas.

1. Sikap suami yang panas baran tidak tentu pasal

Tidak ada isteri di dunia ini yang suka apabila dapat suami yang panas baran. Sudahlah panas baran, hal-hal yang dimarahnya pula yang tidak tentu pasal. Yang dia tahu asyik marah sahaja 24 jam. Kalau ada sahaja benda yang tidak kena di mata dia, bukannya dia nak bawa berbincang atau cakap elok-elok.

Sebaliknya, dia tengking pula si isteri dengan menggunakan kata-kata kesat atau menyalah-nyalahkan isteri dalam semua hal yang terjadi. Panas baran dia itu pula bukan boleh dibuat main. Dimarahnya si isteri sampai menghina setiap kekurangan isteri seolah-olah isteri itu tidak ada maruah.

Lagi teruk kalau si suami ini panas baran sampai dah naik tangan dekat isteri dan anak-anak. Rasanya kalau dapat suami macam ini, isteri mana yang masih akan hormat. Betul tidak?

 

2. Isteri hilang hormat pada suami apabila suami tidak ambil kisah langsung tentang anak

Anak itu adalah amanah dari Allah yang harus dijaga dan dibesarkan dengan baik. Kalau buat anak sama-sama, mestilah jaga anak pun kena sama-sama. Takkan lah semua urusan tentang anak asyik isteri sahaja yang nak kena ambil tahu. Habis, apa gunanya ada suami kalau tidak menjalankan tugas sebagai seorang ayah?

Apabila dah kerap sangat isteri ini uruskan anak sendiri. Dia memang dah tidak ada rasa hormat pada suami sebab si suami ini ibarat macam tidak ada function pun dekat dalam rumah itu. Nak-nak pula kalau si isteri pun sama-sama bekerja tetapi suami ini pula yang buat macam kononnya dia seorang sahaja yang penat.

Jadi hal anak semua tolak dekat isteri sampaikan anak sakit pun semua isteri yang kena jaga seorang diri.

 

3. Isteri hilang hormat pada suami kalau suami tidak pernah jaga hati isteri

Perempuan ini memang dah lumrah dijadikan hatinya sangat lembut dan mudah tersentuh. Nak-nak pula kalau dengan suami sendiri. Tetapi, kalau dapat suami yang tidak pernah jaga hati isteri ini memang susah. Yang dia tahu cuma untuk menyakitkan hati isteri dia sahaja.

Paling tidak bagus kalau dia sendiri tahu apa yang isteri dia tidak suka tetapi dia tetap buat juga dan asyik ulang kesilapan yang sama sampailah si isteri ini dah bosan dengan sikap suami yang tidak ambil berat soal perasaan dia. Orang kata, kalau kita tidak boleh menyenangkan hati tidak apa. Tetapi janganlah pula buat orang sakit hati sentiasa dengan perangai kita.

Lama-lama orang jadi menyampah.

 

4. Isteri hilang hormat pada suami bila suami tidak pandai urus kewangan

Ada sesetengah suami ini yang apabila dia ada duit contohnya macam baru dapat gaji. Dia akan lupa diri untuk seketika. Masa itu mulalah dia jadi orang yang paling kaya sampaikan belanja sana sini tidak ingat dunia. Tidak cukup dengan itu, ada yang sampai sanggup dahulukan keinginan sendiri daripada berhabis duit untuk keperluan rumah atau bagi duit nafkah untuk isteri dan anak-anak.

Dia biar sahaja isteri dengan anak-anak dia tidak cukup makan asalkan dia dapat beli apa yang dia suka.

Nanti bila dia dah tinggal RM10 ringgit sahaja dalam bank. Barulah dia sakit kepala nak cari duit nak bayar komitmen bulanan, beli susu anak dan sebagainya. Tidak pasal-pasal nanti isteri pula yang kena settlekan semua benda itu sebab duit suami dah habis dibazirkan dekat benda-benda yang tak berguna.

 

5. Ada suami tetapi malas dan tak nak kerja

Ini adalah punca isteri hilang hormat pada suami yang paling parah sekali. Puncanya adalah apabila ada suami tetapi suami itu malas dan tidak mahu langsung bekerja. Sekarang ini dia pula yang nak bertukar jadi suri rumah dengan isteri dia.

Masalahnya, dia tidak boleh nak bekerja bukan sebab dia OKU dan seangkatan dengannya. Tetapi, tak nak bekerja sebab malas dan memang nak duduk sahaja di rumah goyang kaki. Yang dia tahu tiap-tiap bulan minta duit dari isteri sebab isteri pula yang terpaksa susah payah bekerja untuk menyara keluarga dan suami yang tidak berguna.

 

6. Suami yang sentiasa perasan dia bagus

Ada suami pun tidak guna juga kalau tidak pandai nak lindungi isteri, asyik buka aib isteri, sentiasa merendah-rendahkan isteri di depan orang ramai atau kawan-kawan dan tidak pernah menyebelahi isteri di depan keluarga. Dia akan sentiasa sebut kekurangan isteri dia untuk bagi orang lain nampak kononnya dia ini suami yang hebat tetapi dapat pula isteri yang tidak layak dengan dia.

Paling sakit hati kalau suami ini bila depan mak ayah dia, pijak semut tak mati. Kalau ada perselisihan faham antara si isteri dengan keluarga dia pun bukannya dia nak selidik dulu. Dia terus sahaja meletakkan semua kesalahan itu pada isterinya tanpa sedikit pun cuba untuk mempertahankan isterinya.

Dia lebih rela tengok isteri dia diperkecil-kecilkan di hadapan orang lain asalkan dia sahaja yang nampak seperti suami yang baik.

 

7. Isteri hilang hormat pada suami apabila suami selalu menipu

Sesiapa pun tidak suka ditipu apatah lagi bila melibatkan hubungan antara suami isteri. Untuk bercakap jujur adalah sikap paling penting yang perlu ada pada setiap pasangan. Tetapi kalau dapat suami yang kerjanya asyik menipu isteri, siapalah yang mampu bertahan.

Di samping itu, kalau dah kantoi menipu sekalipun dia masih lagi menafikan hal yang sebenar dan cuba ubah fakta untuk elakkan daripada penipuan dia diketahui oleh si isteri. Isteri mana sahaja yang tidak sedih kalau selama berkahwin, sekalipun si suami tidak pernah jujur dengannya malahan menuduh kita pula yang terlalu paranoid.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, semua orang ada had masing-masing. Jangan sesekali anda yang lelaki cuba untuk menguji kesabaran seorang wanita yang digelar isteri. Jika tersilap langkah, buruk padahnya pada hubungan rumah tangga anda. Kalau anda tidak mahu menjadi suami yang tidak dihormati oleh isteri, sentiasalah lakukan yang terbaik dan hargai isteri anda.

Jangan sia-siakan amanah yang telah Allah kurniakan.

Diharapkan dengan perkongsian punca isteri hilang hormat pada suami ini dapat membuatkan mana-mana suami dia luar sana lebih peka tentang setiap risiko yang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment