8 Tanda Lelaki Sayang Kita Dalam Diam (Perempuan Kena Alert)

Apakah tanda lelaki sayang kita dalam diam? Mesti ramai perempuan yang sedang membaca ini nak tahu. Sebelum itu, ketahui dahulu bahawa ada sesetengah lelaki yang memang mempunyai sifat yang suka memendam apa sahaja yang dia rasa dan ada juga lelaki malu meluahkan perasaan atau memang tidak suka kita.

Namun untuk lelaki yang suka pendam ini, tidak kiralah dia suka atau sedih dia akan buat-buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. So, kalau dapat lelaki yang jenis dalam kategori suka pendam perasaan ini macam mana kita nak tahu dia sayang kita atau tidak. Tidak mengapa, jangan risau. Kami ada jawapan yang anda cari.

Mari ketahui lebih lanjut tentang tanda lelaki sayang kita dalam diam melalui artikel ini.

Jemput baca dan izinkan kami berkongsi.

Tanda lelaki sayang kita dalam diam

Di bawah ini merupakan beberapa tanda yang harus anda ambil tahu.

1. Lelaki sayang kita dalam diam apabila dia selalu ambil berat

Dalam banyak-banyak perempuan yang ada sekeliling dia, dia hanya selalu tanya khabar kita sampai buat perempuan lain yang ada perasaan pada dia cemburu. Kadang-kadang dia pula yang sibuk pelawa kita pergi makan kalau kita lapar atau bawa kita ke klinik dan belikan ubat kalau kita sakit.

Senang cerita, dia akan selalu pastikan yang kita dalam keadaan yang baik. Tanda ini lagi ketara kalau dia kerap tanya keadaan kita setiap hari dan di mana jua. Kadang-kadang sampai rasa rimas pula dibuatnya.

 

2. Tunaikan apa sahaja yang kita hajatkan

Nak tahu tidak? Untuk seorang lelaki menunaikan sesuatu permintaan bukanlah satu tindakan yang mudah. Kalau silap langkah, kita pula yang kena buat semuanya sendiri. Tetapi, kalau lelaki sayang kita. Dia akan buat apa sahaja untuk kita asalkan apa yang kita nak itu kita dapat.

Lelaki ini kalau dah sayang kita, kita nak rumah banglo pun dia boleh belikan. Dia tidak kisah bersusah-payah untuk kebahagiaan kita. Walaupun ada masanya kita cuma cakap yang kita teringin nak makan itu dan ini padahal kita boleh sahaja pergi makan pada bila-bila masa. Tetapi dek kerana dia sayang kita, dia siap orderkan Grab Food semata-mata nak suruh kita makan time itu juga.

Tahu-tahu abang Grab Food dah sampai depan rumah hantar makanan itu.

 

3. Lelaki sayang kita kalau dia selalu contact kita

Bukan senang ya lelaki nak contact kita kalau dia rasa kita tidak ada apa-apa kepentingan dalam hidup dia. Mana tidaknya, lelaki bukan makhluk macam perempuan yang sukakan hal rumit-rumit. Lelaki suka perkara yang mudah dan tidak memeningkan kepala dia.

Namun, kalau lelaki sayang kita. Dia akan contact kita tidak kira siang dan malam. Sekejap dia chat kita, sekejap dia call kita. Ada yang sampai dapat cakap beberapa saat pun jadilah asalkan dapat dengar suara kita.

 

4. Nak selalu nampak muka kita

Tanda ini yang paling senang nak tahu yang lelaki itu sayang kita atau tidak. Ini kerana, kalau setiap masa kita asyik nampak dia dekat mana-mana sahaja kita pergi. Itu bukan lagi satu kebetulan tetapi memang dia rancang untuk berada di tempat yang sama dengan kita.

Kalau lelaki itu satu tempat belajar atau satu tempat kerja dengan kita. Lagilah senang kita nak tahu sebab sesiapa pun yang ada perasaan pada seseorang mesti nak selalu nampak muka orang yang dia suka. Kadang-kadang dia tidak dapat tengok muka kita depan-depan, dapat tengok dari jauh pun dah memadai untuk dia.

 

5. Lelaki sayang kita dalam diam kalau dia asyik tolong kita buat apa sahaja

Nak jumpa lelaki yang rajin setiap masa ini satu perkara yang rare ya. Selalu, lelaki jarang nak tolong buat itu ini kalau kita tidak minta tolong. Nak-nak pula kalau hal yang sepele.

Tetapi, kalau memang ada lelaki yang selalu sangat tolong kita buat itu ini dan kadangkala tanpa kita suruh. Ada lah itu udang di sebalik batu. Selain daripada si lelaki itu memang baik hati, ringan tulang atau ikhlas nak bantu kita, mestilah dia syok dekat kita.

Setuju tidak?

 

6. Tegur kita kalau kita ada buat salah dengan lemah lembut

Ada lelaki yang sayang kita dalam diam kalau dia selalu tegur kita time kita ada buat salah dengan cara yang soft. Cara dia tegur itu pula penuh dengan nasihat dan dorongan yang boleh buat hati kita tersentuh. Dia umpama macam bapak-bapak kita yang akan marah kita bila kita buat salah tetapi dengan teguran yang lemah lembut.

Kita ini pula kalau apa yang dia tegur itu betul. Janganlah pula kita menidakkan dan menegakkan benang yang basah. Kita kena terima dengan hati yang terbuka dan cuba perbaiki ke arah yang lebih baik.

 

7. Lelaki sayang kita dalam diam adalah suka mengacau atau bergurau dengan kita

Ada tidak mana-mana lelaki dekat sekeliling kita yang suka kacau kita? Kalau ada. Peratus untuk dia suka pada kita adalah tinggi. Memang wujud lelaki yang suka sangat mengacau atau bergurau dengan orang yang dia sayang. Tidak kiralah waktu itu kita tengah busy buat kerja ke tidak. Ada sahaja modal dia untuk kacau kita.

Paling ketara sekali kalau kita tengah sedih atau tengah ada masalah. Dia akan cuba buat lawak jenaka dia supaya kita ketawa atau untuk buat kita lupa tentang masalah kita pada waktu itu.

 

8. Lelaki sayang kita kalau dia selalu puji kita walaupun kita sendiri rasa tidak cukup bagus

Nak dapat pujian dari lelaki pun susah juga. Lelaki ini kalau dia tidak suka dia tidak hairan pun apa yang jadi dekat sekitar dia. Even ada bidadari sebelah dia pun dia akan buat tidak tahu sahaja. Tetapi, kalau dia suka dia akan selalu tonjolkan diri dia.

Dia akan selalu puji pakaian kita, masakan kita dan seumpamanya. Secara ringkasnya, apa sahaja perkara yang berkaitan diri kita dia akan puji tak berhenti-henti. Kadang-kadang sampai rasa malu pula dibuatnya.

Selain itu, kalau kita sendiri rasa kita ini tidak cantik, tidak pandai dan sebagainya. Dia pula yang akan menafikan dan akan memberi kata-kata pujian pada kita. Dia akan selalu cakap perkara yang baik-baik sahaja tentang kita termasuklah di hadapan orang lain.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, untuk nak tahu sama ada lelaki itu sayang kita ataupun tidak. Cara yang lebih baik adalah dengan berterus-terang minta dia jujur tentang perasaannya pada kita. Kita pun tidak dapat memastikan 100% yang layanan dia pada kita selama ini sebab dia sayang atau dia memang friendly. Jangan sampai kita pula yang syok sendiri.

Diharapkan perkongsian kami mengenai tanda lelaki sayang kita dalam diam ini dapat membuatkan anda lebih peka dan faham bahawa memang ada lelaki yang boleh sukakan seseorang walaupun dia tidak menyatakan perasaannya yang sebenar.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “8 Tanda Lelaki Sayang Kita Dalam Diam (Perempuan Kena Alert)”

  1. Lelaki nie memg baik ada kala dia lyn sya xsama dgn yg lain . Tapi part last tu mybe juga dia friendly kita tak tahu

    Reply
  2. Itu bukan cinta dalam diam…….Ketara sgt cintanya kalau sign macam tu…..buat itu buat ini….tolong itu tolong ini…..ha ha ha…..

    Reply

Leave a Comment