12 Cara Menjaga Hubungan Suami Isteri (Cinta Beputik Kembali)


Alam perkahwinan, kalau baru-baru memang seronok. Bila dah lama, kadang-kadang timbul rasa tawar hati. Jadi, izikan kami kongsi beberapa cara menjaga hubungan suami isteri, biar terus semarak rasa sayang pada pasangan masing-masing.

Cara menjaga hubungan suami isteri

Ucapkan Assalamualaikum dan selamat pagi

Apabila anda membuka mata pada waktu pagi, usah capai telefon anda melainkan pasangan anda dan ucapkan selamat pagi terlebih dahulu. Nampak macam biasa-biasa, tapi besar impaknya.

Bila pagi itu indah, pasti keseluruhan hari itu indah.

 

Sentiasa memuji antara satu sama lain

Hormat itu penting. Puji juga penting. Tak keluar duit sesen pun untuk memuji apa-apa sahaja yang pasangan kita buat.

 

Jangan bergaduh semasa lapar

Sebelum mula bertengkar, lakukan ‘pemeriksaan perut’, iaitu periksa sama ada salah seorang dari anda sedang kelaparan. Jika ya, segera tamatkan pertengkaran itu, makan sesuatu dan tunggu setengah jam untuk melihat apakah anda mahu terus bertengkar.

Lapar itu adalah salah satu punca pergaduhan.

 

Jangan bertengkar atas perkara-perkara kecil

Usah peduli jika pinggan yang di basuh tidak di susun dengan tepat. Biarkan sahaja dan hargai usaha suami melakukannya walaupun ia bukan cara yang betul.

Kalau selalu sangat bergaduh, bimbang akan cepat bosan pula kerana muak dengan drama sebegini.

 

Buat temujanji dengan pasangan anda

Hanya kerana anda sudah berkahwin tidak bermaksud anda tidak perlu lagi bertemu janji. Buatlah sesuatu yang romantik macam dulu-dulu.

Kalau ada anak, tinggalkan sementara dengan penjaga atau mak ayah kita. Bukan nak lari dari tanggungjawab, sekadar meluangkan masa berdua sahaja.

Pergilah mana-mana restoran atau kafe hipster yang masih lagi dalam kategori mampu. Cari kelainan.

 

Lakukan perkara yang kecil setiap hari

Urutan kaki setelah melalui hari yang panjang. Temu janji malam. Peluk dari belakang.

Katakan kepadanya yang kamu mencintainya dan menciumnya setiap hari. Memujinya setelah bersenam atau ketika dia membelai rambutnya.

Meminta maaf kerana melukai perasaannya walaupun itu tidak disengajakan . Contohnya, “Saya sayang isteri saya. Saya gemar lakukan perkara sebegini kerana ia mengingatkan saya betapa beruntungnya saya mempunyai seseorang sepertinya”.

Namun, janganlah formal seperti tulisan di atas. Buatlah manja-manja.

 

Ambil perhatian perkara-perkara kecil

Mengucapkan terima kasih bukan hanya bagi perkara yang besar namun juga perkara-perkara kecil, seperti tugasan rumah atau menyediakan makan malam. Ini adalah salah satu cara menjaga hubungan suami isteri yang ramai tidak ambil peduli.

Tolong buang sampah tanpa disuruh juga nampak remeh dan kecil, tapi besar di mata isteri.

 

Beri hadiah, walaupun murah

Hulurkan hadiah kecil hanya untuk memaklumkan pada pasangan yang anda memikirkannya pada saat-saat santai seperti sedang membeli barangan makanan.

Walaupun ia hanyalah sepotong coklat kecil. Itu membuat perbezaan yang besar.

 

Ingat mengapa anda berdua saling mencintai

Apabila anda merasa kecewa dengannya kerana perkara-perkara remeh di rumah, anda akan mula sedar yang anda dalam mood yang tidak bagus.

Apa kata anda meluahkannya dengan memberitahu pasangan betapa cantiknya dia. Peluk dia dan beritahu dia yang anda hargai dia.

Beritahu dia kenapa anda cinta dan sayang sangat pada dia.

 

Jangan ego, minta maaf

Usah takut untuk mengakui kesalahan dan jangan mencipta alasan. Jika anda menyakiti mereka, walaupun kadang-kadang anda tidak maksudkannya, minta maaf. Hidup berpasangan, tak perlu ego.

 

Tunjukkan penghargaan

Apa sahaja yang terlintas di hati, beritahu pasangan apa yang anda fikirkan tentang dia. Puji etika kerjanya. Puji masakannya. Puji segala-galanya.

 

Hormatilah pasangan anda

Saling menghormati antara samu sama lain. Hormatilah dan peganglah pada kejujuran.

 

Akhir kalam

Percayalah, bukan mudah untuk menyuburkan semula rasa cinta dan kasih sayang. Sebelum terlambat, perbaikilah seadanya. Bimbang akan semakin menjauh pula.

Bagi suami, anda sebenarnya tak semestinya perlu ada ciri-ciri suami romantik pun. Cukup sekadar menghormati dan memahami.

Diharapkan agar perkongsian cara menjaga hubungan suami isteri ini dapat menyemarakkan lagi hubungan anda.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment