Sekiranya anda salah seorang yang dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang tunai sekarang, sila baca cara buat pinjaman duit segera ini.
Apa yang kami kongsikan, bantuan duit segera ini adalah yang sah di sisi undang-undang. Baca elok-elok dan tak perlulah dapatkan pinjaman kecemasan dari along yang boleh memudaratkan diri kita.
Kenapa perlu buat pinjaman duit segera?
Lain orang, lain alasannya. Ada yang berhutang terlalu lama seperti pinjaman along sehinggakan orang yang beri hutang tiba-tiba minta semula.
Ada pula yang melalukan kesilapan yang tidak disangka-sangka menjadi mangsa buli yang selalu diugut supaya membayar semula apa yang telah dipinjam.
Apa-pun alasan anda, boleh lihat pilihan yang ada seperti di bawah.
Pinjaman duit segera melalui kad kredit (credit card)
Ini adalah salah satu pilihan yang ada saat terdesak. Namun, harus diingatkan, kadar faedah atau interest rate adalah sangat-sangat tinggi.
Kami ulang sekali lagi. Bunga atau kadar faedah jika buat pinjaman duit segera dari kad kredit adalah terlalu tinggi.
Namun, jika keadaan terlalu memaksa, anda boleh cucuk kad kredit di mana-mana ATM yang berdekatan.
Pastikan tahu nombor PIN yang telah ditetapkan atau disetkan suatu masa dahulu.
Walaupun nampak lebih banyak keburukan, sebenarnya ada juga kelebihan jika meminjam dengan bank menggunakan kad kredit.
Apa dia?
Sekiranya rekod bayaran balik anda bagus, bank atau institusi kewangan berkenaan mungkin bersedia menawarkan anda sejumlah pinjaman segera untuk amaun lebih tinggi berbanding amaun kad kredit jika anda membuat permohonan.
Dengan meminjam dari bank melalui credit card, tidak perlu apa-apa dokumen dan kelulusan. Juga tidak perlu tunggu sehingga 24 jam untuk mendapat kelulusan seperti mana pinjaman berlesen yang lain. Ini juga salah satu cara untuk buat pinjaman mudah tanpa slip gaji.
Tapi, kalau tak ada credit card, bagaimana untuk buat pinjaman duit segera pula?
Buat pinjaman wang dari keluarga
Percayalah, tak ada ahli keluarga yang mahu lihat lain-lain ahli keluarganya susah. Contohnya, tak ada mak ayah yang sanggup tengok anak sendiri dilanda masalah kewangan yang teruk.
Tak ada adik-beradik yang mahu melihat adik-beradik kandung sendiri ditimpa kesusahan.
Walau bagaimanapun, amaun yang boleh dipinjam dari keluarga mungkin tidak terlalu tinggi. Ini kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab sendiri yang perlu dijaga dan dibereskan.
Setakat buat pinjaman RM500, tidak ada masalah besar. Janganlah terlalu malu sehingga tidak mahu membukan mulut dan meminjam langsung dengan mereka.
Cakap elok-elok, nescaya mereka faham dan percaya.
Akhir kalam
Jika anda seorang yang berdisiplin dan boleh membayar semula pinjaman dengan cara yang berjadual, anda boleh ikuti cara pinjaman duit segera yang disenaraikan di atas.
Jika anda jenis yang terlalu selalu meminjam hingga menyusahkan orang lain dengan gali lubang untuk tutup lubang yang lain, hentikanlah.
Tidak ada gunanya buat pinjaman untuk membayar hutang orang lain kerana ia akan menambah beban. Yang penting, buatlah pilihan terbaik. Pesanan kami, elakkanlah meminjam kalau rasa tak boleh nak bayar, walaupun dari peminjam wang berlesen.
Jika terdesak dan perlu bantuan kewangan, walaupun hanya pinjaman RM500 segera, jangan terburu-buru. Tenangkan hati dahulu dan berfikir secara rasional.
Kami doakan agar anda yang sedang membaca tulisan ini sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat keluar dari kemelut hutang yang berpanjangan.
Semoga bermanfaat.
Mohon pinjaman segera
Tolong bantu saya, saya sekarang betul-betul perlukan wang kerana ada masalah peribadi yang harus diselesaikan dengan segera
Tolong bantu saya, saya sekarang betul-betul perlukan wang kerana ada masalah peribadi yang harus diselesaikan dengan segera
Saya Muhammad Faruq Chok Abdullah ingin memohon bantuan pinjaman wang sebyk RM 8k atas urusan nak bayar rawatan ibu yg telah selamat menjalani pembedahan jantung keatas sahabat saya. Saya berterima kasih kpd sahabat kerana sudi bantu saya. Saya harap dpt bantuan ini
Saya Wan Mohd Noor Azlan bin Wan tahar ingin memohon bantuan pinjaman wang sebanyak 1000 atau 500 untuk bayar saman dan hdpkan lesen sy SDH mati dkt 01 tahun.saya berharap dapatlh bantu saya dan berterima kasih hantu saya
Sy norhuda hj jalil.ingin memohon bantuan sebanyak rm300 untuk hdupkn roadtax kete Dan insurance.tq
Saya muhamad idris saya perlu kan pinjaman sebanyak rm500 untuk bayar motor dan sewa rumah
Saya hafizie ingin memohon bantuan sebanyak RM500 untuk deposit rumah
sya perlukan wang dalam kadar segera tolong bantu saya
Sy btl2 memerlukan rm300
Sy urgent nk guna duit rm500 hari ini.tolong sy nk beli susu baby n brg daqur
Saya urgent nk guna bayr krte rumh sewa bill telefon
Saya nk buat pinjaman sebab saya ada masalah family .family saya sakit
Dlm iklan kata pinjaman seminit pon ada ..tanpa dokumen guna ic shj.tp bila apply mengalahkan pinjam bank…segala dokumen diminta.pinjam cuma 500 aje.buang masa aje.
Saya perlukan bantuan utk bayar sewa rumah Rm1800 dan jugak untuk hidupkan pas lawatan suami dan anak Rm3000(warganegara turkey). Saya sangat terdesak dan telah berusaha mencari kerja tapi masih tidak dapat pekerjaan. Saya sangat terdesak. Mohon bantuan🙏🏻🙏🏻🙏🏻
Saya perlukan bantuan utk bayar sewa rumah Rm1800 dan jugak untuk hidupkan pas lawatan suami dan anak Rm3000(warganegara turkey). Saya sangat terdesak dan telah berusaha mencari kerja tapi masih tidak dapat pekerjaan. Saya sangat terdesak. Mohon bantuan
Urgent. Untuk anak oku Saya nak pakai untuk dia tolong. Nak Hari ini boleh tak .hiking minggu bayar balik
Urgent. Untuk anak oku Saya nak pakai untuk dia tolong. Nak Hari ini boleh tak .hujung minggu bayar balik. Saya nak 500 saja.
Saya nk mintak tolong sy nk 500 nk bayar api dan air dah 3 bulan tak bayar tu pon kaluh dapat kaluh
Dapat nk hari ni 😔
Repair rumah Xin atap bocor
Saya nk buat pinjaman peribadi 2000
Untuk emergency
Boleh x
Saya kerja kelapa sawit gaji sebulan 1500 Cash
Sy nak pakai wang segera 2000
Halo nama saya Aseo Madi Rohmadi dari Indonesia saya petani akar wangi punya lahan 25 hektar butuh pinjaman modal untuk pengembangan usaha pertanian akar wangi sebelumnya saya ucapkan terimakasih
Sye nak pnjm untk byr krta 200
Salm…saya disini inhin bust pinjman wang 3000 ada hal nk d selesaikn dgn segera…
Sy nk apply pinjaman rm300.
Saya nk buat pinjaman rm 60k untuk buat bayaran hospital