Bagi individu yang perlu bayar tax setiap bulan pada LHDN, baca senarai pelepasan cukai 2021 / 2022 ini dahulu. Antara pelepasan cukai pendapatan ini termasuklah SSPN, pembelian buku, bayaran gimnasium dan lain-lain lagi. Namun, yang paling menarik ialah kebenaran claim LHDN untuk beli laptop.
Maksud pelepasan cukai
Secara mudahnya, pelepasa cukai ialah amaun cukai yang anda tidak perlu bayar sebab anda layak. Ini bermaknya, dengan dapat pelepasan cukai, anda akan bayar amaun yang lebih rendah.
Perbezaan amaun itu, anda boleh claim semula dari LHDN.
Kurangkan pembayaran cukai
Bila hujung tahun, ramai yang berkira-kira, apa yang perlu dibelanjakan lagi, supaya boleh kurangkan cukai pendapatan untuk tahun depan?
Jangan sampai bila isi borang e-Filing nanti, banyak pula amaun kena bayar.
Senarai pelepasan cukai 2021 / 2022
Perlu diingatkan, berbelanja pada tahun 2021, untuk pelepasan e-Filing pada tahun 2022.
Berbelanjalah pada tahun 2021, untuk pelepasan menggunakan sistem e-Filing pada tahun 2020. Begitulah seterusnya.
Bukannya belanja tahun ini, boleh dapat pelepasan pada tahun yang sama. Kena bijak merancang untuk dapatkan ‘tax exemption‘ atau ‘tax relief‘.
Yang penting, pastikan baca dulu senarai pelepasan cukai untuk tahun ini, terutamanya dalam potongan gaya hidup.
Pelepasan cukai 2021, dengan beli buku banyak-banyak
Singgahlah mana-mana kedai buku seperti MPH, Popular dan Kinokuniya. Jangan beli banyak-banyak, tapi beli yang mahal-mahal. Jadi, tidaklah semak rumah dengan banyak buku.
Dan juga, belilah buku yang kita minat. Bukannya nanti bersarang di rak buku sampai tak baca sampai ke sudah.
Pastikan simpan resit. ‘Scan‘ jika perlu dan simpan dalam Dropbox atau Google Drive.
Dalam kategori Gaya Hidup, maksimum kita boleh belanjakan RM2500.
Menurut LHDN:
- Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
- Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
- Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
- Bayaran langganan internet
Terhad kepada RM2,500 sahaja, iaitu gabungan buku, komputer, telefon, gimnasium dan langganan Internet.
Pelepasan cukai 2021, dengan beli laptop atau telefon bimbit baru
Jika anda tidak rajin baca buku, beli sahaja komputer and telefon baru. Yang penting, pembelian ini bukan untuk kegunaan syarikat, tetapi hanya untuk individu.
Tidak pasti pula, samada ini dibolehkan setiap tahun. Rasanya, hanya 3 tahun sekali sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi LHDN untuk maklumat terkini.
Cuma tidak perlu beli iPhone yang mahal sampai beribu-ribu ringgit. Maksimum pelepasan pun cuma RM2,500 sahaja.
Namun, apa yang menarik di sini, pelepasan boleh kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak.
Terhad kepada RM2,500 sahaja, iaitu gabungan buku, komputer, telefon, gimnasium dan langganan Internet.
‘Join‘ mana-mana gimnasium
Katakan bayaran bulanan gimanasium ialah RM200. Kita boleh tolak cukai sebanyak RM2400 dalam setahun.
Dalam kategori Gaya Hidup, maksimum kita boleh dapat pelepasan RM2500. Jika sudah beli buku RM1000, ada baki lagi RM1500.
Sesuai untuk orang yang jenis tidak baca buku dan tidak mahu beli komputer baru.
Terhad kepada RM2,500 sahaja, iaitu gabungan buku, komputer, telefon, gimnasium dan langganan Internet.
Pelepasan cukai 2021, dengan naik taraf langganan Internet
Langganan Unifi yang sesuai untuk kediaman ialah 100Mbps. Memang ramai kata harga cekik darah, tapi kalau boleh kurangkan cukai pendapatan, apa salahnya.
Kalau kawasan rumah ada TIME, boleh dapatkan dengan harga RM99.
Terhad kepada RM2,500 sahaja, iaitu gabungan buku, komputer, telefon, gimnasium dan langganan Internet.
Beli ‘breast pump‘ untuk ibu yang menyusukan anak
Ini tidak termasuk dalam gaya hidup. Ia memang spesifik dalam kategori embelian peralatan penyusuan. Terhad kepada RM1,000 sahaja.
Harga ‘breast pump’ seperti Medela dan Avent, kadang-kadang tidak masuk akal. Jadi memang logik kalau dimasukkan dalam pelepasan cukai.
Namun, perlu diingatkan bahawa pelepasan cukai untuk penyusuan ibu ini hanya dibenarkan setiap dua tahun taksiran sahaja.
Terhad kepada RM1,000 sahaja.
Bayar yuran nursery anak
Pelepasan cukai 2021 ini sesuai untuk ibu bapa yang bekerja. Anda boleh dapat pelepasan cukai untuk yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah, ke mana-mana nursery atau tadika berdaftar.
Apabila anak sudah berusia 7 tahun, iaitu sudah bersekolah, anda tidak lagi layak.
Terhad kepada RM1,000 sahaja.
Menabung dalam SSPN anak
Jika anak-anak masih kecil dan belum masuk universiti, kami sarankan anda ambil pelepasan ini.
Contohnya, jika anda ada anak 4 orang. Masukkan RM2,000 setiap tahun untuk seorang. Dapatlah capai maksimum RM8,000.
Duit itu tidak ke mana-mana. Boleh gunakan untuk anak sambung pelajaran apabila tamat SPM nanti.
Terhad kepada RM8,000 sahaja.
Menabung dalam Sistem Persaraan Swasta
Pelepasan cukai 2021 yang lain ialah dengan memasukkan duit dalam Sistem Persaraan Swasta.
Masuklah KWAP, iaitu alternatif kepada KWSP. Skim pelaburan ini sah dan diiktiraf oleh kerajaan seperti Wahed Invest (ini tiada pelepasan cukai).
Terhad kepada RM7,000 sahaja.
Bayar zakat banyak-banyak
Hanya untuk Muslim.
Ini juga tidak termasuk dalam gaya hidup, tapi ini yang paling ‘best‘ sekali, kerana kita boleh tolak cukai tanpa had.
Katakan kita bayar zakat RM10,000 dalam satu-satu masa, kita boleh tolak cukai RM10,000 juga.
Beruntung, kerana dalam masa yang sama, kita boleh membantu ekonomi orang Islam.
Akhir kalam
Kami bukanlah mahu anda semua lari dari cukai. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, cukai tetap kena bayar. Perkongsian pelepasan cukai 2021 ini hanyalah salah satu usaha.
Jika kena caranya, bolehlah membantu sedikit dalam mengurangkan cukai pendapatan kita.
Untuk lihat senarai penuh yang rasmi, boleh rujuk laman web LHDN.
Hati senang, jiwa pun tenang.
Semoga bermanfaat.
Can i know is second hand desktop claimable?
Salam tuan/puan,
Saya ingin tahu adakah senarai kedai handphone yang terpilih sahaja @ mana2 kedai yang boleh kita buat tuntutan cukai?
Jam tangan garmin yang merekod segala jumlah kalori terbakar sewaktu bersenam di kira sebagai peralatan senaman juga ke?
jam tangan, kasut sukan, baju sukan, semua tu tak termasuk utk pelepasan cukai.
kalau saya bayar zakat pada 1/1/2022 tetapi utk tahun 2021 boleh ke tolak pada efiling 2021?
Kalau saya beli alloy rims baru rm3,500.00 untuk bicycle saya.dapat tolak cukai tak