Permohonan Bantuan e-CAP KWSP (Untuk Majikan, COVID-19)


Berita baik untuk semua majikan yang terjejas akibat Coronavirus COVID-19. Kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah membuka permohonan bantuan e-CAP KWSP untuk majikan. Ini membolehkan majikan menangguhkan pembayaran EPF.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) bagi memberi sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik global.

Sedikit mengenai KWSP e-CAP

e-CAP KWSP Program Bantuan Majikan Coronavirus COVID-19

Ramai tahu, pekerja boleh buat pengeluaran i-Lestari.

Bagaimana pula dengan majikan? Mereka juga terjejas.

Usah bimbang.

Kerajaan masih prihatin dengan majikan dan usahawan dengan inisiatif e-CAP.

e-CAP memberi fleksibiliti kepada majikan yang layak, memilih untuk membuat permohonan penangguhan dan penstrukturan semula caruman majikan bagi bulan caruman April, Mei dan atau Jun 2020. Bayaran untuk caruman tertangguh bagi bulan yang dipilih boleh dijelaskan dalam tempoh maksimum tiga bulan.

Bagi majikan yang memilih untuk menangguhkan caruman April 2020, pembayaran yang disusun semula itu akan bermula dari Julai 2020, berakhir pada September 2020.

Bagi mereka yang membuat permohonan untuk bulan Mei, pembayaran yang disusun semula untuk bulan itu akan bermula dari bulan Ogos hingga Oktober 2020, sementara bagi mereka yang memohon bulan untuk Jun, pembayaran mereka yang disusun semula itu akan bermula dari September 2020 hingga November 2020.

Majikan yang memilih untuk memohon e-CAP juga diingatkan bahawa dividen pembayaran lewat akan tetap dikenakan, bagaimanapun KWSP akan mempertimbangkan untuk memberi pengecualian atau pengurangan caj pembayaran lewat mengikut kes-kes secara berasingan.

Syarat kelayakan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP)

  • Majikan PKS yang menggajikan 200 orang pekerja atau kurang.
  • Memastikan semua bayaran caruman (syer majikan dan pekerja) setakat caruman bulan Februari 2020 (gaji bulan Januari 2020) adalah teratur.
  • Memastikan majikan telah menyelesaikan bayaran caruman syer pekerja sepenuhnya untuk bulan yang dimohon (April, Mei dan Jun).

Secara ringkasnya, untuk layak menerima e-CAP, majikan PKS mesti mempunyai 200 pekerja dan ke bawah, dan memastikan bahawa semua pembayaran caruman bulanan (bahagian pekerja dan majikan) hingga Februari 2020 telah dibayar. Majikan juga harus memastikan bahawa bahagian pembayaran pekerja untuk bulan caruman yang dipohon (April, Mei atau Jun) telah dibayar.

Permohonan bantuan KWSP untuk majikan

Permohonan bantuan e-CAP KWSP

Majikan boleh memohon kemudahan eCAP melalui i-Akaun (Majikan) bermula 23 April 2020 dan perlu memastikan bahawa permohonan untuk bulan sebelumnya telah diluluskan sebelum membuat permohonan baharu.

Langkah-langkah dan cara mohon bantuan e-CAP adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke laman rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/
  2. Pilih bahasa samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  3. Kami cadangkan, pilih BM di bahagian atas kanan
  4. Klik LOG MASUK di bahagian menu atas
  5. Pilih i-AKAUN (MAJIKAN)
  6. Anda akan dibawa ke satu laman lain
  7. Sekali lagi, untuk pilihan bahasa, pilih BM
  8. Masukkan ID PENGGUNA
  9. Klik Teruskan
  10. Masukkan KATA LALUAN
  11. Lihat di bahagian menu atas
  12. Klik e-CAP
  13. Baca butiran Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP)
  14. Klik Seterusnya
  15. Ikut panduan yang seterusnya sehingga selesai

Kemudahan e-CAP melengkapkan beberapa inisiatif lain yang dilancarkan oleh KWSP bagi membantu ahli, mengekalkan mata pencarian mereka serta memberi sokongan kepada perniagaan.

Ia merangkumi inisiatif pengurangan bayaran caruman syer pekerja daripada 11 peratus kepada 7 peratus, pengeluaran simpanan dalam Akaun 2 iaitu Pengeluaran i-Lestari dan pelanjutan tempoh untuk majikan membayar caruman syer majikan bagi bulan April 2020 ke hujung bulan ini.

Akhir kalam

Cara mohon bantuan e-CAP EPF

Diharapkan agar perkongsian permohonan bantuan e-CAP KWSP ini dapat membantu anda untuk terus mengekalkan pekerja.

Untuk makluman tambahan, majikan juga boleh merujuk link berikut https://www.kwsp.gov.my/ms/ecap-faq.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • ecap KWSP

Leave a Comment