Cara Daftar THiJARI Online (Register & Login di thijari.com.my)

Anda mungkin dengar, ramai orang kata sistem THiJARI yang terbaru ini boleh buat pindahan dari satu akaun Tabung Haji ke akaun yang lain tanpa caj. Mesti teruja bukan, sebab macam Maybank2u pula. Maka, izinkan kami berkongsi cara daftar THiJARI online dengan langkah yang mudah.

Sekadar mencelah, jika anda ada guna Maybank2u, boleh baca cara link Tabung Haji dengan Maybank2u. Mudah juga untuk semak baki terkini.

Sedikit mengenai THiJARI

Sebenarnya ramai individu yang tidak mengetahui mengenai kewujudan portal Tabung Haji Online atau dikenali sebagai eTHiJARI. Ia boleh digunakan untuk menjalankan urusan berkaitan dengan akaun simpanan TH.

Dulu, ia dikenali sebagai MyTaHa. MyTaHA merupakan nama awal bagi portal TH Online ini. Selepas itu, dijenamakan semula sebagai eTHiJARI.

Kini, penjenamaan terbaru ialah THiJARI.

Syarat sebelum buat pendaftaran THiJARI online

  1. Kemaskini maklumat peribadi anda di mana-mana kaunter Tabung Haji terlebih dahulu
  2. Yang paling penting, pastikan anda sudah daftarkan nombor telefon bimbit anda
  3. Jika nombor telefon telah bertukar, sila kemaskini kepada yang terbaru
  4. Untuk kemaskini, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji berhampiran anda.
  5. Anda perlu mendaftar nombor telefon anda untuk mendapatkan penghantaran nombor TAC
  6. Jangan lupa untuk membawa buku akaun simpanan Tabung Haji sekali dan kad pengenalan kerana terdapat proses pengesahan diri yang akan dilakukan melalui ibu jari.
  7. Anda mesti menghadirkan diri, tidak boleh wakil

 

Cara daftar THiJARI online

Sama seperti bank konvensional lain, untuk menggunakan THiJARI ini juga mempunyai cara yang tertentu di mana ia memerlukan anda untuk mendaftar terlebih dahulu.

Bagaimana cara daftar THiJARI buat kali pertama? Ikut langkah seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi https://www.thijari.com.my
  2. Pilih bahasa di bahagian atas, samada Bahasa Malaysia atau English
  3. Untuk panduan ini, kami gunakan Bahasa Melayu sahaja
  4. Di bahagian Pendaftaran Kali Pertama, masukkan Butiran Pelanggan yang dikehendaki
  5. Masukkan nombor Kad Pengenalan Anda
  6. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji anda
  7. Klik Seterusnya
  8. Jika anda menerima ralat [HOST00096]: No telefon anda tiada dalam rekod TH. Sila hadir di mana-mana kaunter TH berdekatan; sila baca syarat seperti yang kami kongsikan di atas.
  9. Jika tiada ralat, ini bermakna nombor IC dan nombor akaun TH anda adalah sepadan.
  10. Isikan nombor telefon sekali lagi untuk pengesahan.
  11. Sila buat semakan dan pengesahan untuk nombor IC, nombor akaun Tabung Haji dan nombor telefon bimbit dengan memasukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda.
  12. Jika tidak terima TAC, sila hubungi penyedia komunikasi anda
  13. Seterusnya, isikan butiran-butiran yang dikehendaki seperti Kata Nama, Kata Laluan, Nama Pengguna dan juga Negeri Terkini.
  14. Semak semula butiran yang dimasukkan tadi
  15. Klik Terima Terma & Syarat
  16. Pendaftaran THiJARI anda kini sudah selesai
  17. Kini anda sudah boleh menggunakannya dengan login menggunakan username dan password. Jadi penting untuk ingat kedua maklumat tersebut!

 

Nota: Tidak lagi perlukan nombor pin eTHiJARI

Untuk sistem eTHiJARI yang dulu, anda perlukan nombor pin.

Untuk THiJARI yang baru ini, ia tidak diperlukan lagi.

 

Cara login THiJARI

  1. Layari laman web rasmi https://www.thijari.com.my
  2. Pilih bahasa di bahagian atas, samada Bahasa Melayu atau English
  3. Untuk panduan ini, kami gunakan Bahasa Melayu sahaja
  4. Di bahagian ID Pengguna, masukkan ID Pengguna yang anda masukkan semasa proses pendaftaran tadi
  5. Masukkan Kata Laluan yang dipilih tadi
  6. Klik Log Masuk
  7. Kini, anda sudah berjaya login dan melihat baki amaun Tabung Haji

 

Senarai perkhidmatan Tabung Haji online THiJARI

Terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan di bawah eTHiJARI ini, antaranya seperti:

 

  1. Semakan pendaftaran haji

Pengguna boleh melakukan semakan status pendaftaran haji. Antara maklumat yang boleh diperolehi adalah seperti nombor daftar haji, tahun daftar haji dan tahun giliran haji.

 

  1. Pendaftaran haji

Untuk pendeposit TH yang belum mendaftar haji, anda boleh berbuat demikian dengan melakukan pendaftaran haji melalui portal TH Online ini.

 

  1. Cetakan slip pendaftaran haji

Anda boleh mencetak slip pendaftaran haji bagi memudahkan rujukan dan simpanan.

 

  1. Cetakan jadual penerbangan

Individu yang terpilih untuk menunaikan haji melalui TH boleh mencetak surat jadual penerbangan melalui portal online ini, mudah bukan?

 

  1. Pertanyaan baki akaun

Boleh menyemak baki semasa di dalam akaun simpanan TH. Caranya adalah dengan mendaftar masuk, pilih menu Deposit dan pilih ‘Pertanyaan Baki’. Anda akan diminta untuk memilih senarai akaun di dalam TH anda dan klik ‘Semak’.

 

  1. Pindahan simpanan

Pindahan wang juga boleh dilakukan sama ada daripada akaun sendiri kepada akaun anak/jagaan, daripada akaun anak/jagaan kepada akaun sendiri dan daripada akaun sendiri kepada akaun pihak ketiga.

 

  1. Penyata akaun

Dengan pendaftaran THiJARI, anda boleh menyemak penyata akaun simpanan untuk melihat pergerakan keluar masuk duit dan agihan pendapatan dividen dan bonus TH.

 

  1. Kemaskini akaun

Portal Online ini juga boleh digunakan untuk menambah akaun TH anak/jagaan dan juga akaun pelaburan  TH IPD-KWSP; serta perkhidmatan lain untuk sebarang penambahan akaun.

 

  1. Favourite account

Anda boleh menyelenggara akaun-akaun TH yang sering digunakan untuk pindahan baki seperti akaun TH suami atau isteri, ibu bapa dan anak-anak.

 

  1. Maklumat keselamatan

Jika anda ingin mengubah atau menyelenggara perkara-perkara berkaitan maklumat keselamatan akaun eTHiJARI.

 

Akhir kalam

Proses pendaftaran THiJARI tidaklah sesukar mana. Kami harap, dengan adanya artikel mengenai cara daftar THiJARI ini, dapat memudahkan urusan anda.

Untuk yang tidak biasa, masih lagi perlu buat panggilan dan tulis surat untuk rayuan haji. Untuk yang celik IT, segala-galanya boleh nampak dalam sistem ini.

Semoga bermanfaat.

21 thoughts on “Cara Daftar THiJARI Online (Register & Login di thijari.com.my)”

  1. Setelah blk dr pej TH Taiping, cuba bt rayuan hj online di laptop sendiri, sampai 10 X cuba, x berjaya juga….mmg x pandai IT ni sgt……

    Reply
  2. Saya ada kemuskilan ,bagi rayuan haji untuk usia lanjunt, kes ini adalah untuk ibu kandung. semasa pendaftaran eTHJARI atas nama anak . :-
    i.Macam mana untuk membuat rayauan haji untuk ibu.

    Reply
  3. mula2 buat boleh edit email seperti yang diminta. bila apply nak TAC no, dia kata no tak dapat dihubungi. Cuba restart phone. Hilang profile yang nak diedit. Cari semula tak jumpa

    Reply
  4. isi maklumat anak lepastu minta nama ibu. dah isi nama ibu lepastu gelaran tu untuk ibu ke untuk anak? emel ibu ke anak? kenapa tiba2 ada maklumat ibu sedang kita isi maklumat anak? pening ler

    Reply
  5. Macamana nak aktifkan semula akaun simpanan TH yang telah sekian lama melepasi tempoh masa atas sebab kehilangan buku akaun dan telah dijumpai semula.

    Reply
  6. Aslmkum. Bolehkah kalau nak masuk wang dlm akaun TH secara online, iaitu dgn tranfer wang dari bank lain spt CIMB.

    Reply
  7. Boleh je nak transfer online ke TH jika bank ada provide jompay. Just keyin

    Biller Code: 60228
    Biller Name: TH Deposit
    Ref 1: Key in no akaun anda.

    Cuma kecewa dengan apa n online website. Try login die timbul “multiple login”. Ada solutions tak utk yg ni?

    Reply
  8. As-salam …..mohon pencerahan ……sudah 2 hari saya cuba login ke THiJARI (di lap top saya) ….tetapi tidak berjaya ……ada masaalah ke dengan dengan website THiJARI utk log in ? ……dlm APPs saya boleh login (handphone) …….satu lagi utk jemaah bagi tahun 2023 bila akan di maklumkan ?

    Reply

Leave a Comment