Cara Ambil Wudhu (Mengambil Wuduk Dengan Betul & Sempurna)

Walaupun kita sudah lama Islam, tidak salah untuk review semula cara ambil wudhu dengan betul. Bukannya apa, bimbang apa yang kita belajar semasa kecil dahulu, ada yang perlukan penambahbaikan. Yang lebih ditakuti, bimbang apa yang kita belajar semasa kecil itu salah, dek kerana kita yang main-main semasa belajar dengan ustaz dan ustazah dahulu.

Dalam masa yang sama, jika anda seorang mualaf yang baru peluk Islam (atau anda sedang berjinak-jinak dan mahu baca tentang wuduk dan solat), anda datang ke tempat yang betul. Izinkan kami berkongsi cara mengambil wuduk supaya dapat membantuk anda untuk menjalankan ibadah dengan lebih sempurna.

Langkau artikel ini untuk dapatkan panduan bacaan doa selepas solat.

1. Cara ambil wudhu (yang wajib dan sunat)

Mungkin amat lazim bagi golongan umat Islam. Akan tetapi, ilmu sebegini perlu diambil berat oleh kita sebagai umat Islam kerana ibadat wajib yang kita laksanakan akan menjadi sia-sia sekiranya wudhu’ yang merupakan perkara asas yang perlu kita lakukan terlebih dahulu, kita gagal laksanakan dengan sempurna. Di bawah merupakan panduan yang anda perlu aplikasikan untuk mengambil wudhu’:

  • Mulakan dengan niat mengambil wudhu’
  • Membersihkan kedua-dua tapak tangan sebanyak tiga kali untuk sebelah tangan.
  • Berkumur sebanyak tiga kali.
  • Membersihkan hidung sebanyak tiga kali.
  • Membasuh muka sebanyak tiga kali. Anda juga perlu berniat dalam hati; “Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala”.
  • Membasuh tangan kanan dan kiri hingga ke siku sebanyak tiga kali
  • Menyapu air ke kepalasebanyak tiga kali.
  • Menyapu telinga kanan sebanyak tiga kali, dan juga telinga kiri sebanyak tiga kali.
  • Membash kaki kanan sehingga ke buku lali sebanyak tiga kali, juga kaki kiri sehingga ke buku lali sebanyak tiga kali.
  • Berdoa selepas mengambil wudhu’; Asy hadu al-laa ilaha il-lallah, wahdahu laa syarikalah, Wa asy hadu anna Muhammadan abduhu warasuluh, Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii minalMutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin.

 

2. Cara ambil wuduk (yang wajib sahaja)

Selain daripada ketertiban mengambil wudhu’ seperti di atas, wudhu’ juga mempunyai kefardhuannya yang tersendiri:

  • Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka.
  • Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelahatas sehingga sampai kedua-dua tulang dagu sebelah bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga.
  • Membasuh kedua-dua tangan hingga kedua-dua belah siku. Bagi individu yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.
  • Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala.
  • Membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke kedua-dua belah buku lali.
  • Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur.

 

3. Apa itu wuduk?

Dalam Islam, wudhu’ merupakan perkara yang penting yang perlu dilakukan oleh seseorang umat Islam. Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.

Dari segi syara’ pula, wudhu’ diterjemahkan sebagai membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu, iaitu cara ambil wuduk yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua-dua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

Wudhu’ hanya boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai sumber air untuk melakukannya. Jika tiada, maka wudhu’ boleh diganti dengan tayammum.

Terdapat dalil Al-Quran yang menjelaskan tentang wudhu’:

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali … ” – (Surah Al-Maa’idah: 6)

 

3. Hukum berwudhu’

Berwudhu’ mempunyai hukumnya yang tersendiri apabila ingin dilakukan dalam situasi-situasi yang tertentu:

Wajib

  • Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat, seperti solat fardhu lima waktu sehari semalam, menyentuh Al-Quran atau menyentuh buku yang mengandungi surah Yasin.
  • Situasi lain yang diwajibkan untuk mengambil wudhu’ adalah ketika ingin melakukan tawaf Ka’bah, sama ada tawaf fardhu mahupun sunat.

 

Sunat

  • Ketika hendak mandi wajib
  • Hendak membaca Al-Quran, hadis dan buku
  • Ketika hendak tidur
  • Ketika marah
  • Melakukan azan
  • Duduk di dalam masjid
  • Mengusung jenazah
  • Mengambil wudhu’ semula bagi yang sudah mempunyai wudhu’ dan belum terbatal wudhu’nya

Teruskan membaca untuk mengetahui cara ambil wudhu dengan betul.

 

4. Hikmah Wudhu

Hikmah berwudhu’ adalah kerana anggota-anggota badan untuk mengambil wudhu’ ini terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti habuk, debu, dan lain-lain serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat, sama ada secara zahir mahupun batin.

 

Akhir kalam

Mudah bukan? Sudah diberitahu tadi, cara ambil wudhu tidaklah sesukar mana.

Tidak kiralah anda sudah lama masuk Islam, ataupun mualaf yang baru sahaj memeluk agama Islam, kadang kala kita perlu semak semula cara ambil wuduk. Bimbang selama ini, apa yang kita belajar semasa kecil itu ada penambahan yang lebih baik.

Apa-apa pun, semoga kita sentiasa beristiqamah dalam melakukan ibadat kepada Allah SWT dan semoga juga kita beristiqamah untuk melakukan perkara yang asas dengan sempurna sebelum memulakan ibadat wajib kita.

Semoga bermanfaat.

In Shaa Allah.

5 thoughts on “Cara Ambil Wudhu (Mengambil Wuduk Dengan Betul & Sempurna)”

Leave a Comment