Permohonan Perjalanan Rentas Negeri Semasa PKPP (10 Jun 2020)

Ini adalah satu berita baik. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditamatkan pada 9 Jun 2020. Seterusnya, ia akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Persoalannya, adalah perlu buat permohonan perjalanan rentas negeri semasa PKPP?

Bagi sesiapa yang lebih selesa menggunakan terma dalam Bahasa Inggeris, PKPP meaning dalam Bahasa Inggeris ialah Recovery Movement Control Order (RMCO).

Jika anda adalah seorang peniaga yang tidak terlibat dalam rentas negeri, baca cara buat QR code untuk terus membuka premis perniagaan.

Perjalanan merentas negeri semasa PKPP

Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada saudara-saudari untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.

Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bagi sesiapa yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian.

Namun, dalam ucapan Perdana Menteri, tidak dinyatakan samada perlu buat permohonan atau tidak.

Kami masih belum terima maklumat, adakah perlu membuat permohonan rasmi di balai polis, melalui Gerak Malaysia atau MySejahtera.

Semua yang berkeinginan untuk merentas negeri diharapkan dapat bersabar sementara menunggu maklumat rasmi berkaitan perkara ini.

Kami akan kemaskini sejurus menerima maklumat.

 

Nasihat semasa perjalanan rentas negeri

Perdana Menteri juga memberi nasihat, walaupun permohonan perjalanan rentas negeri dibenarkan semasa PKPP, sila jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.

Jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan.

Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.

 

Aktiviti lain yang dibenarkan semasa PKPP

Selain permohonan perjalanan rentas negeri, dalam tempoh PKPP ini juga, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP.

Sila rujuk senarai aktiviti yang dibenarkan dan dilarang semasa PKPP.

 

Maklumat lanjut

Kami akan cuba mendapatkan maklumat mengenai permohonan perjalanan rentas negeri semasa PKPP ini.

Sementara itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut senarai aktiviti atau sektor yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan, boleh layari laman web Majlis Keselamatan Negara.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Permohonan Perjalanan Rentas Negeri Semasa PKPP (10 Jun 2020)”

Leave a Comment