Semakan Gerak Malaysia (Check Status Kelulusan Permit Interstate Travel)

Anda pastinya salah seorang pemohon yang sudah buat permohonan Gerak Malaysia tempohari. Kini, tentu sekali anda tertunggu-tunggu pula, bila boleh buat semakan Gerak Malaysia untuk mulakan pergerakan balik ke destinasi yang ingin dituju.

Dan sebelum dapat keputusan lulus atau gagal untuk mulakan pergerakan, pastikan anda kemaskini Gerak Malaysia, terutama bahagian Residential Address yang mungkin tersilap isi.

PENTING

Ini BUKAN SALURAN RASMI  untuk permohonan, kemaskini dan semakan Gerak Malaysia.

Sila hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat rasmi yang sahih dan lebih tepat.
KEMASKINI 1 MEI 2020

Menurut Harian Metro, tarikh 1 hingga 3 Mei 2020 bukan tempoh pergerakan ke destinasi yang ingin dituju. 

Sebaliknya tarikh 1 hingga 3 Mei 2020 adalah untuk kerajaan menyemak dan memutuskan keputusan sama ada meluluskan permohonan mereka yang terkandas.

Apa-apa pun, kita tunggu pengumuman dan pengesahan dari sumber rasmi.

Wallhua'alam.

Sedikit mengenai permohonan Gerak Malaysia

Bagi mereka yang terperangkap dan terkandas di kampung sejak PKP diumumkan pada 18 Mac 2020, anda kini boleh balik semula ke rumah anda.

Bukan balik kampung untuk sambut Ramadan atau Hari Raya Aidilfitri. Tetapi balik bandar untuk pulang ke rumah dari kampung.

Semakan Gerak Malaysia

Berikut adalah cara untuk buat semakan untuk status kelulusan permohonan permit Gerak Malaysia.

Untuk makluman, tarikh untuk buat semakan adalah pada 1 Mei 2020.

<Maklumat terkini akan dikemaskini selepas mendapat maklumat rasmi>

Cara buat semakan Gerak Malaysia

  1. Pastikan anda sudah muat turun dan install aplikasi Gerak Malaysia samada melalui Google Play, App Store atau AppGallery
  2. Klik ikon Gerak Malaysia dalam telefon bimbit anda
  3. Tunggu hingga loading keseluruhannya
  4. Anda kini sudah masuk di muka hadapan aplikasi Gerak Malaysia
  5. Status akan dipaparkan di sini
  6. <Setakat hari ini 1 Mei 2020, masih lagi belum ada apa-apa pengumuman dari Gerak Malaysia. Maklumat akan dikemaskini selepas mendapat maklumat rasmi>

 

Semak Residential Address

Sila semak maklumat Residential Address yang ada masukkan sebelum ini.

Mungkin anda adalah salah seorang yang tersalah mengisi ruangan Residential Address.

Sila pastikan bahawa anda memasukkan:

  • Alamat yang TERKANDAS di kampung
  • BUKAN alamat destinasi di bandar

Rujuk hantaran di Facebook MyGCC yang mengesahkan perkara ini.

Bagi sesiapa yang telah tersilap mengisi ruangan Residential Address dengan lokasi destinasi, anda perlu kemaskini dengan meletakkan alamat tempat tinggal yang TERKANDAS.

Anda juga wajib aktifkan GPS jika ingin permohonan diluluskan.

 

Alasan untuk pergerakan

Pastikan anda pilih alasan yang kukuh untuk buat pergerakan rentas negeri Gerak Malaysia.

Semasa proses pendaftaran dan permohonan sebelum ini, anda akan dipaparkan dengan mesej “Please select a valid reason of travelling out of your home”.

Anda diberikan beberapa pilihan kenapa mahu melakukan pergerakan.

Pilihan yang ada ialah:

  • Emergency Activity
  • Medical Treatment
  • Essential Activity
  • Essential Shopping
  • Interstate Travel

Jika anda telah tersilap buat pilihan dalam proses permohonan tempohari, sila kemaskini dengan memilih Interstate Travel.

Dikhuatiri jika anda mahu buat pergerakan rentas negeri, tetapi buat pilihan yang salah, anda akan dikenakan tindakan undang-undang.

 

Tarikh & jadual perjalanan semasa PKP

Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon Gerak Malaysia perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.

  1. 1 Mei 2020
    Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:

    • Perak
    • Johor
    • Kelantan
  2. 2 Mei 2020
    Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:

    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Melaka
    • Pahang
  3. 3 Mei 2020
    Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:

    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Negeri Sembilan
    • Terengganu

Sebagai contoh, jika anda sekarang terkandas di kampung atau hometown di Kelantan. Anda hanya dibenarkan untuk rentas negeri pada 1 Mei 2020 sahaja.

 

Hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat lanjut

Jika anda mengalami masalah teknikal, serta mahu maklumat lanjut berkenaan Gerak Malaysia, boleh hantar email kepada alamat email seperti yang disenaraikan di bawah:

Anda juga boleh terus ke laman rasmi Gerak Malaysia di https://gerakmalaysia.gov.my.

Terdapat maklumat sahih dan lengkap, termasuk FAQ yang bakal menjawab segala persoalan anda.

 

Akhir kalam

Kami doakan agar permohonan anda selepas kemaskini data peribadi Gerak Malaysia mendapat kelulusan.

Bagi yang mendapat permit kelulusan untuk pergerakan rentas negeri, hati-hati memandu. Jika takut mata rasa mengantuk kerana sudah lama tidak jalan jauh, jemput baca dahulu cara hilangkan mengantuk ketika memandu dan baca doa naik kenderaan.

Bagi yang tidak dapat permit dan kelulusan, jangan bersedih. Kita sama-sama ikut arahan kerajaan dan berkorban untuk negara dalam tempoh PKP ini.

Diharapkan agar perkongsian semakan Gerak Malaysia ini akan dapat memberikan sinar kegembiraan kepada anda.

Semoga bermanfaat.

25 thoughts on “Semakan Gerak Malaysia (Check Status Kelulusan Permit Interstate Travel)”

  1. Hi salam sejathara nama sya krishna sya dh apply gerak malaysia itu nak pickup adik sya sangkut di johor.tapi statua gerak malaysia tidak tunjuk apa apa kelulusan…..sampai sekarang..

    Reply
    • Hi salam, saya terkandas di perak dan ingin balik ke johor tapi apps gerak Malaysia tidak tunjuk lagi kelulusan ke?

      Reply
  2. Apehal tak keluar lagi ni…aku da la kena berenti kerja..kena halau dari asrama…cek cek xdpt balik…xkam sampai habis pkp..aku kena duduk surau ni je ? Sampai bila ? Aku nak jmpe family aku la…

    Reply
  3. Hi..saya Masrina
    Saya nak tahu macam mana suami saya dari Melaka nak datang ambil saya di Johor ada apa2 surat ker?perlu download apo gerak malaysia kgk kerr?

    Saya dah downld apps gerak malaysia utk pulang ke rumah di Melaka

    Reply
  4. Nak tanya..tarikh tuk pergerakan sabah pulak bila? Klu nak kluar dr daerah kunak ke daerah tawau kena pilih interstate travel jugak? Sbb sy nak blek rumah sewa sy dekat tawau..dah sebulan lebih xdpt blek tkut jd apa2 dekat sana lgpn sewa rumah jalan seperti biasa..dah la skrg xkerja..

    Reply
  5. Saya dah buka gerak malaysia tapi keputusan belum ada. Atau boleh bagi contoh imej lulus bagaimana.

    Reply
  6. Residential address tu alamat dimana kita terkandas atau alamat yang kita nak tuju? Kalau silap isi masih boleh diperbetulkan ke?

    Reply
    • Mcm mana nak tau kalau permohonan kita tu lulus atau tak ye. Kalau lulus Qr kod tu boleh tekan ke?. Kalau tak lulus Qr kod tu tak boleh tekan?. 25/ 26 April saya dw applikasi gerak Malaysia, 1 may update dan tak boleh tekan apa2, sampai lah 4 may baru dapat tekan ” untuk isi data yang dari mana dan mahu ke mana.” lepas update details 5 may qr kod tak boleh tekan. Sekarang 6 may da boleh untuk tekan. Jadi ada kah itu bermakna status permohonan saya diterima atau tidak?

      Reply
  7. sy nk tya klu trkndas kat umh mak diseremban Dr awal pkp lg blh ke nk blik kt umh sendri Di pilah..sy dh Mohon gerak mlysia tp xde kelulusan n respon pun HR ni..mcm mne nk tau lulus or x nk blik

    Reply
  8. Saya tinggal di selangur,masa cuti 14 mac saya telah hantar anak2 dan isteri pulang bercuti di kg ( ipoh) dan saya kembali ke selangor utk bekerja.mereka telah terkandas di kg sejak 14 mac..bagai mana sitasi saya yg ingin mengambil mereka pulang,buku anak2 sekolah anak ada diselangor,banya latihan yg mereka tidak dpt buat…

    Reply
  9. Mcm mn nk check lulus ke tak lulus.. bila check sm je suh tgu 29/4 utk kemaskini… kata 1 Mei.. Aplikasi ni aktif ke x ye..

    Reply
  10. Tolonglah..sy dr johor kata boleh semak 1 mei.. anak sy kat kl.. tiada siapa boleh jaga mereka sebab mak mentua dah mula kerja..

    Reply
  11. Sy telah buat pembetulan utk alamat terkandas pd 1 mei..
    Ada kah permohonan sy di terima dan diluluskan..
    T.ksh

    Reply
  12. Sy berada diperak seminggu sblm pkp sampai hari ni nak balik ke cheras selangor.sy dh download dan isi gerak malaysia..kta 1/3 bg keputusan..tp tak ada apa2 keputusan lg ni..

    Reply
  13. Saya terkandas di kedah dan ingin balik ke rumah sendri di kelantan.bila dpt tau keputusan utk pulang ni.sampai bila nk dduk menumpang orang dlm 1 umah 6 family.tlng la luluskan permohonan saya.

    Reply
  14. Bolehkah suami saya di petaling jaya selangor datang mengambil saya dan anak2 di kg pasir panjang sekinchan selangor

    Reply
  15. Salam hai sy shahira , saya terkandas di seremban dan saya ingin pulang ke rumah saya kelantan tapi shingga 1may ni apps gerak mlaysia tidak mnunjukkan apa apa respon

    Reply
  16. Hai saya shafiah, Saya terkandas di negeri smbilan , sy ingin pulang ke rumah saya di kelantan tp tiada apa ap respon dr apps gerak mlysia

    Reply
  17. Hai saya shahira , saya terkandas di seremban dan ingin pulang ke rumah saya di kelantan tp tiada apa apa respon dr appa gerak malaysia

    Reply
  18. I dont get it. They said 1-3 May dah boleh gerak or government baru nak check? and at the same time cakap 1-3 jugakla hanya masa yang diberi untuk balik. Why are u guys giving info yang confusing everyone.

    Reply
  19. Haa kan asyik keluar tu je,pas tu dia cakap suruh tulis alasan tp sy RS xde pun nk kna isi ataupun sy silap

    Reply
  20. saya hasni…..saya kat penang nk balik kl…kenapa app gerak malaysia tak aktif…yg saya guna ni…version 1.5.57

    Reply

Leave a Comment