Contoh Surat Berhenti Kerja (Resign Notis 24 Jam & Sebulan)

Berhenti kerja ialah satu keputusan yang sangat sukar. Setelah fikir masak-masak, kami yakin anda sudah muktamadkan keputusan itu. Ini contoh surat berhenti kerja yang boleh anda guna. Jadi profesional. Kita datang cara baik, berhenti kerja pun cara baik. Pastikan ada alasan berhenti kerja yang munasabah. Bukan yang mengarut dan tidak logik.

Sekadar berkongsi, jika anda bukan berhenti kerja secara sukarela, tetapi lebih kepada VSS atau diberhentikan kerja, anda boleh menuntut elaun tunai kerana dilindungi oleh Sistem Insurans Pekerjaan (SIP). Namun, pekerja hilang pekerjaan hanya layak mendapat RM600 dalam masa tiga bulan sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di PERKESO.

Surat berhenti kerja versi Bahasa Melayu

Contoh surat berhenti kerja ini adalah dalam Bahasa Melayu. Jika anda mahukan template surat berhenti kerja dalam Bahasa Inggeris, sila download di sini.

Boleh copy-and-paste dan simpan sendiri dalam format Microsoft Word. Jika perlu, boleh juga tukar format dan simpan dalam bentuk PDF untuk rujukan akan datang.

Namun, jika lebih selesa dalam English, dapat contoh surat berhenti kerja dalam Bahasa Inggeris.

Format surat rasmi berhenti kerja

Kami senaraikan beberapa contoh surat rasmi berhenti kerja yang popular. Antaranya ialah format surat berhenti kerja 24 jam, berhenti serta merta dan yang paling biasa, dengan notis sebulan.

Pastikan mempunyai alasan berhenti kerja yang kukuh dan munasabah.

Dan perlu diingatkan di sini, fikir masak-masak. Jika perlu, ambil cuti tanpa gaji sahaja.

1. Contoh surat berhenti kerja 24 jam

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana telah mendapat tawaran di tempat lain, dengan notis 24 jam.

Dinasihatkan agar semak semula surat tawaran kerja terlebih dahulu, adalah notis 24 jam dibenarkan.  Bimbang kena bayar apa-apa penalti.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,
NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  <Tarikh berhenti kerja>

  1. Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.
  2. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.
  3. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

2. Contoh surat berhenti kerja serta merta

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja serta merta. Mungkin anda sudah tidak tahan sangat dengan karenah ofis dan perangai boss yang selalu Whatsapp tidak kira masa.

Jika tiada lagi jalan penyelesaian, boleh gunakan contoh ini. Tidak perlu guna ayat bombastic untuk menyatakan alasan. Cukup sekadar menyatakan notis ingin berhenti kerja serta-merta.

Tulis dengan ringkas dan padat.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA SERTA MERTA DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa serta-merta.

  1. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana sudi memberi peluang pekerjaan di sini.
  2. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

3. Contoh surat resign notis sebulan

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana telah mendapat tawaran di tempat lain, dengan notis sebulan atau 30 hari.

Dinasihatkan agar semak semula surat tawaran kerja terlebih dahulu, adalah notis sebulan dibenarkan.

Bimbang kena bayar apa-apa penalti.

Seperkara lagi, tak perlu terlalu rumit. Tulis yang mudah dan simple sahaja.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA  SEBULAN DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  <Tarikh berhenti kerja>

  1. Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.
  2. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.
  3. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

3. Contoh surat resign notis seminggu

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana telah mendapat tawaran di tempat lain, dengan notis seminggu atau 7 hari.

Dinasihatkan agar semak semula surat tawaran kerja terlebih dahulu, adalah notis seminggu ini dibenarkan.

Bimbang kena bayar apa-apa penalti.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>
Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA  SEMINGGU DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  <Tarikh berhenti kerja>

  1. Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.
  2. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.
  3. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

 

5. Resign sebab dapat kerja lain

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana anda sudah dapat tawaran kerja lain di syarikat yang lain.

Walau bagaimanapun, kami tidak menetapkan apa-apa notis dalam surat ini.

Anda perlu semak sendiri surat tawaran kerja yang dahulu, berapakan notis yang tertera.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA  DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>

  1. Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana telah mendapat kerja lain.
  2. Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.
  3. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>

<Alamat Pekerja>

No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

6. Resign kerana sambung belajar

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana ingin menyambung pengajian.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA  DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>

  1. Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana ingin menyambung pengajian di <Institusi Pengajian Tinggi> dalam <Nama Kursus>. Pengajian tersebut akan bermula pada <Tarikh Mula Pengajian>. Saya perlu menyelesaikan pelbagai urusan sebelum memulakan pengajian di sana.
  2. Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

7. Surat berhenti kerja kilang

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kilang tempat anda bekerja sekarang.

Tidak kiralah anda kerja kilang elektronik atau kilang makanan di Shah Alam, Penang, Pasir Gudang, Senai dan lain-lain industri, template tetap sama.

Kilang juga adalah syarikat. Maka, dalam surat ini, kita akan tetap gunakan nama syarikat.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA DI <NAMA KILANG>

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>

  1. Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana telah mendapat kerja lain.
  2. Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.
  3. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>

<Alamat Pekerja>

No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

8. Contoh surat resign sebab ikut suami

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana ingin ikut suami yang bekerja di negeri lain atau ke luar negara.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA DI <NAMA SYARIKAT> KERANA IKUT SUAMI

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>

  1. Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana mengikut suami yang kini bekerja di <Tempat Kerja Suami>.
  2. Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.
  3. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

9. Contoh surat resign sebab sakit

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja atas sebab kesihatan, dan selalu berulang-alik ke klinik / hospital.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA DI <NAMA SYARIKAT> ATAS SEBAB KESIHATAN

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>

  1.      Tujuan saya meletak jawatan ini adalah atas sebab kesihatan.
  2. Seperti Tuan sedia maklum, saya terlalu kerap mengambil cuti sakit. Saya bimbang ia akan menjejaskan prestasi syarikat.
  3. Saya juga selalu berulang-alik ke <Nama Klinik / Hospital> untuk mendapatkan rawatan.
  4. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.
  5. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

Akhir kalam

Walau apa-pun alasan kita, berhentilah cara baik. Jangan keluar begitu sahaja kerana ia akan menjejaskan reputasi kita.

Jika anda diberikan surat tunjuk sebab kerana ada buat kesalahan tata tertib, jangan terburu-buru untuk berhenti kerja. Jawab dengan mengikut contoh surat tunjuk sebab terlebih dahulu.

Semoga dipermudahkan semua urusan.

Semoga bermanfaat.

5 thoughts on “Contoh Surat Berhenti Kerja (Resign Notis 24 Jam & Sebulan)”

  1. Perletakan jawatan serta-merta kerana tidak tahan dengan sikap boss yang selalu menindas dan menyulitkan hal2 kerja. Adakah perlu membuat membayar sebarang pampasan? notis 1 bulan pun x guna,klu asik cari hal sehingga tidak selesa dan tekanan bekerja di bawah mereka.

    Reply
  2. Kalau asyik diberikan tekanan kerja dan ditindas sepanjang masa, adakah perlu isi surat berenti kerja dengan kata kata pujian terhadap syarikat??? Hahaha

    Reply

Leave a Comment