Kerajaan ·

Cara Buat QR Code (Guna Generator, Siap Boleh Scan)

Jika anda pernah guna QR Code, pasti kagum betapa mudahnya untuk memberikan link pada orang lain, tanpa perlu menaip. Contohnya, boleh guna QR Code untuk kehadiran dan macam-macam lagi. Kali ini, izinkan kami kongsi cara buat QR Code yang boleh scan sekali.

Lebih kurang sama seperti yang kami kongsi sebelum ini, cara buat Google Form.

Sedikit mengenai QR Code

Pernahkah anda menggunakan QR code? Apa itu QR code? Kenapa ramai orang kini menggunakan QR code? Apa beza antara QR code dengan barcode biasa yang sering kita lihat di mana-mana seperti yang yang ada pada produk yang dijual di kedai atau pasar raya? Mari kita lihat.

Menurut Wikipedia, QR code, yang diringkaskan daripada Quick Response Code, merupakan sejenis barcode dua dimensi yang dicipta pada tahun 1994 untuk industry automotif di Jepun. Perbezaan antara barcode biasa dengan QR code adalah fungsinya. Barcode biasa ialah label optik yang boleh dibaca oleh mesin yang direka untuk membacanya. Barcodemengandungi maklumat tentang produk atau benda yang berada bersamanya.

Barcode bukan QR Code

Sebagai contoh, barcode yang terdapat pada sebungkus roti Gardenia, mengandungi segala maklumat yang terdapat pada roti Gardenia tersebut untuk proses jual beli, seperti jenis produk dan harga roti tersebut.

Berbeza pula dengan QR code, yang kebiasaannya mengandungi data untuk pencari, pengecam atau pengesan, yang dapat dihubungkan ke sesebuah laman web atau aplikasi. QR code menggunakan empat mod pengekodan yang berpiawai, merangkumi digit, alphanumeric (gabungan digit, abjad dan symbol), bit/binari dan juga bahasa Kanji, untuk memastikan data dapat disimpan dengan selamat. Kini, QR code banyak digunakan di negara-negara seluruh dunia.

Fungsi QR Code

QR code kini boleh digunakan untuk berkongsi pelbagai perkara seperti: Kini, penggunaan QR code juga sangat meluas dalam kalangan guru di sekolah. Untuk mengisi kehadiran bagi sesuatu mesyuarat misalnya, guru tidak perlu lagi cetak list yang panjang untuk guru-guru lain isikan, sebaliknya hanya perlu print satu kod QR, yang akan diimbas oleh setiap guru menggunakan telefon pintar, lalu boleh diisi sendiri online.

 

Cara buat QR Code

Di bawah akan ditunjukkan cara untuk membuat QR code yang asas untuk menghubungkan ke URL laman web:

Alternatif untuk laman ini ialah:

Berbayar, bukan percuma

Anda juga boleh subscribe ke laman yang dikongikan di atas tadi dengan bayaran sebanyak USD 7.50 untuk menerima pelbagai lagi kemudahan untuk bina QR code anda seperti:  

Akhir kalam

Benar, QR Code akan memudahkan urusan. Walau bagaimanapun, jangan hanya kerana mahu mudahkan sesuatu kerja, kita mahu membazir.

Cuba dahulu secara manual. Jika dengan adanya QR Code dan kerja menjadi lebih efisien, tidak salah.

Cubalah sekarang. Bina QR code anda dan mudahkan urusan harian anda.

Semoga bermanfaat.