Cara Daftar Lazada Express Rider (Register Online, Gaji Besar)

Kerja rider untuk makanan sudah ada terlalu banyak, termasuk Grab Food, Foodpanda dan Dah Makan. Jadi, bagi yang mencari kerja kosong sebagai delivery barang seperti Lalamove atau Shopee, dan bukannya makanan, boleh cuba baca cara daftar Lazada Express rider seperti di bawah.

Sedikit mengenai kerjaya rider

Tahukah anda, anda juga boleh membina kerjaya bersama syarikat yang menyediakan perkhidmatan online shopping ini.

Kerjaya yang menyeronokkan, mencabar dan memberi pengalaman kepada anda. Anda boleh mendaftar untuk menjadi rider untuk syarikat-syarikat ini.

Tugas rider secara umumnya adalah melakukan penghantaran barang/servis kepada pelanggan dengan menaiki motorsikal.

Sedikit mengenai Lazada

Lazada menawarkan perkhidmatan penghantaran barang milik syarikat mereka melalui Lazada Express. Sebagai rider untuk Lazada Express, anda dikehendaki:

  • Menghantar sekurang-kurangnya 40 bungkusan sehari kepada pelanggan Lazada.
  • Bersikap mesra dan boleh berinteraksi dengan pelanggan.
  • Mempunyai pengalaman dengan syarikat kurier (sangat digalakkan)
  • Mempunyai motorsikal sendiri dan lesen yang sah.
  • Mempunyai kelayakan SPM dan ke atas.
  • Boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

Cara daftar Lazada Express rider

Untuk mendaftar/memohon sebagai rider Lazada:

  • Kunjungi laman web https://www.lazada.com/en/careers/.
  • Pada laman seterusnya, pada ruangan Enter job keywords, masukkan kata kunci Lazada Express.
  • Kemudian, pada search result pada laman seterusnya, sekiranya ada job berkaitan rider untuk Lazada Express, bermakna jawatan itu sedang dibuka untuk dipohon. Tekan jawatan itu.
  • Pada laman seterusnya, anda akan dapat melihat perincian penuh jawatan yang anda ingin pohon; lokasi, deskripsi pekerjaan dan keperluan untuk memohon pekerjaan.
  • Pada ruangan Application Form, isi maklumat diri anda.
  • Pada First Name, masukkan nama anda.
  • Pada Last Name (Surname), masukkan nama keluarga anda. (First Name dan Last Name ini adalah untuk anda yang bukan beragama Islam. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan gabungan nama anda dan nama bapa anda untuk First Name dan Last Name. Misalnya, Adibah Johari. Adibah untuk nama anda, manakala Johari untuk nama bapa anda)
  • Pada ruangan Email, masukkan alamat emel.
  • Pada ruangan Country Code, masukkan negara anda.
  • Pada Mobile, masukkan nombor telefon anda.
  • Pada ruangan Current Location, masukkan tempat tinggal semasa anda, serta lokasi yang mudah untuk anda menjalankan servis Lazada Express.
  • Pada ruangan Education, masukkan pencapaian akademik tertinggi anda.
  • Pada ruangan LinkedIn, masukkan link profil LinkedIn anda yang anda boleh peroleh di laman LinkedIn anda.
  • Kemudian, tekan butang Select File untuk memuat naik resume anda.
  • Untuk pilihan tambahan, tekan butang Select File untuk Upload additional document untuk memuat naik fail-fail tambahan.
  • Tandakan pada kotak I have read and understood. Baca RECRUITMENT INFORMATION NOTICE untuk memastikan anda faham mengenai sistem pengambilan yang dilakukan oleh Lazada.
  • Pada ruangan di bawahnya yang juga merupakan ruangan Captcha, masukkan perkataan yang anda nampak.
  • Kemudian, tekan butang Apply. Proses permohonan anda selesai.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, rider adalah satu pekerjaan yang mungkin agak memenatkan, tetapi menyeronokkan dan juga berfaedah untuk mengisi masa sementara menunggu pekerjaan sepenuh masa yang lebih baik.

Buat lepasan universiti yang ingin cuba nasib sebagai rider, cubalah daftar jadi Lazada Express rider secara part time. Boleh tampung sedikit perbelanjaan.

Semoga bermanfaat.

42 thoughts on “Cara Daftar Lazada Express Rider (Register Online, Gaji Besar)”

  1. Saya ada lesen kereta dan lesan e kejur buat masa ini sedang hidupkan gdl semula
    (01156246988)

    Reply
  2. Hi, Slmt Sejahtera Sy mala subramaniam tinggal di Tmn Malim jaya Melaka Sy mempunyai lesen B2 D. Motorbike N Kereta.

    Reply
  3. Sy berminat untuk menjadi rider lazada di kawasan kuala kangsar atau ipoh… Macam mana cara sy nk mendaftr yek…..

    Reply
  4. selamat sejahtera, saya Anbuaradan dari ipoh perak mencari pekerjaan rider lazada..jika ada hubungi saya di no 0167234153 terima kasih.

    Reply
  5. Sedang mencari kerja untuk part Time di Lazada..lokasi kedah Alor Setar, Pokok Sena,kuala Nerang…pernah menjadi rider foodpanda

    Reply

Leave a Comment