Kenapa BPN 2.0 Gagal Kredit? (Semak Ada Bayaran No Baucar Tak?)

Jika anda salah seorang yang sudah membuat semakan BPN 2.0, pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa BPN 2.0 Gagal Kredit, . Apa maksudnya? Kalau status Gagal Kredit, apa perlu buat? Apa langkah seterusnya?

Bertenang. Izinkan kami terangkan satu persatu.

Kenapa status BPN 2.0 Gagal Kredit?

Apabila anda ingkar arahan ini dengan membuat permohonan baru walaupun sudah lulus, ini akan mendatangkan masalah kerana duplikasi permohonan.

 

Kenapa status Lulus tapi BPN Gagal Kredit?

Ini adalah pertanyaan yang sangat popular semasa BPN 1.0 dahulu. Permohonan Lulus, tapi kenapa masih lagi Gagal Kredit?

Perkara ini terjadi apabila anda memang sudah sedia Lulus, tetapi masih lagi buat permohonan baru BPN. Jadi, apabila ini terjadi, akan berlaku Duplikasi Permohonan.

Takkan kerajaan mahu bayar dua kali kepada orang yang sama?

 

Maksud Gagal Kredit

Bagi yang masih lagi tidak faham, status Gagal Kredit ini menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit BPN 2. 0 ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa mohon BPN 2.0 tempohari.

Selain duplikasi permohonan, ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:

  • Akaun bank tidak aktif
  • Nombor akaun bank yang tidak betul
  • Tersilap masukkan nombor akaun bank semasa permohonan
  • Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon BPN 2.0

 

Jadi, apa perlu buat jika dapat status ini?

Bertenang. Jangan risau sekiranya mendapat satus Gagal Kredit. Orang yang mendapat status Gagal Kredit ini kini sama sahaja statusnya dengan orang yang tidak mempunyai akaun bank.

Sila dapatkan No Baucar BPN 2.0 dari portal BPN 2.0 di https://bpn.hasil.gov.my

Anda perlu ke kaunter BSN dan memberikan Nombor Baucar BPN 2.0 ini yang juga dipanggil Nombor Siri BPN 2.0 untuk membuat tebusan wang tunai.

 

Apa beza dengan status Berjaya Kredit?

Berlainan dengan Gagal Kredit, status Berjaya Kredit menunjukkan bahawa ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan BPN 2.0 tempohari.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian kepada persoalan kenapa BPN 2.0 Gagal Kredit ini memberikan jawapan yang anda kehendaki. Tak perlu lagi bertanya duit BPN 2.0 dah masuk akaun ke belum. Ini kerana anda tetap perlu hadirkan diri ke kaunter BSN.

Hanya sedikit saranan kami. Memandangkan sekarang masih lagi musim Covid-19 dan PKPB, tidak perlu bersesak-sesak di BSN untuk mengambil duit bantuan ini.

Tunggulah sehingga reda sedikit, barulah buat penunaian. Bukannya apa, bimbang Covid-19 semakin menular.

Jaga kesihatan dan jaga keluarga kita.

Semoga bermanfaat.

9 thoughts on “Kenapa BPN 2.0 Gagal Kredit? (Semak Ada Bayaran No Baucar Tak?)”

  1. Sy telah lulus menerima sbyk rm 1600.00 dimana byaran kli prtama sy menerima rm1000.00. Tetapi utk byaran kedua bertarikh 27.10.2020 sy hanya menerima rm400.00 shaja dn bukan rm600.00 seperti yg dinyatakn. Persoalan sy adakh cuma rm1400.00 yg dibayar dn bukan rm1600.00 sprti yg dinyatakn. Ataupn ada sesi byran lain lg ke utk baki yg rm200.00 tu.

    Reply
  2. Permohonan saya lulus gkp 2.0.Tetapi akaun saya d aktif.saya bankcrupcy.dan bilakah saya boleh ke bsn untuk dapatkan no siri tersebut?

    Reply
  3. Kenapa suka menyusahakan rakyat…kalau dah lulus sepatutnya duit atau no siri cepat masuk..sampai banyak yang berharap tunggu duit masuk…sabar tunggu sampai no siri ada..sampai sekarang ni no siri tak juga ada

    Reply

Leave a Comment