Pinjaman Koperasi Tentera 2021 (Pinjaman Express Peribadi)

Tidak dapat dinafikan, akan ada ketika di mana kita pasti akan terfikirkan untuk membuat pinjaman peribadi. Akan tetapi, adakah ia satu keperluan? Berita baik jika anda seorang tentera, ada pinjaman Koperasi Tentera yang dapat meringankan beban kewangan kita.

Walaupun terdapat pros dan cons bagi pinjaman peribadi ini, tetapi ada satu hal yang tidak dapat kita sangkalkan bahawa ia akan memberi faedah kepada kita sekiranya ia digunakan untuk perkara yang wajar.

Pinjaman khas untuk tentera

Antara tips untuk mengelak penipuan apabila membuat pinjaman peribadi adalah memilih tempat pinjaman dengan betul. Ini kerana, sebahagian tempat yang menawarkan pinjaman peribadi turut mengenakan caj-caj tersembunyi yang tidak masuk akal sehingga membebankan pengguna.

Jadi di dalam artikel ini kami akan memberikan tips bagaimana caranya untuk membuat pinjaman di koperasi tentera. Tetapi sebelum itu, jom kita berkenalan dengan koperasi tentera!

Apa itu Koperasi Tentera

Koperasi Tentera adalah sebuah koperasi serbaguna yang diasaskan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kepada seluruh anggota Angkatan Tentera Malaysia dan orang awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

Untuk pengetahuan anda, Koperasi Tentera telah memenangi anugerah berprestij di Asian Banker Awards 2019 dalam Inisiatif Sistem Perbankan Teras Terbaik.

Koperasi tentera menawarkan dua jenis pembiayaan peribadi iaitu berpenjamin dan tidak berpenjamin. Kedua-dua jenis pembiayaan ini mengenakan syarat bahawa peminjam atau penjamin mestilah di kalangan Angkatan Tentera Malaysia sesuai dengan misinya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.katmb.com.my

Yuran dan caj bulanan

Kalau nak tahu, kedua-dua jenis pinjaman Koperasi Tentera ini mempunyai yuran bulanan dan caj perkhidmatan yang sama iaitu bagi yuran bulanan, pembiayaan sehingga RM15,000 dikenakan caj RM30 sebulan, manakala untuk pembiayaan antara RM15,001 sehingga RM200,000(berpenjamin) dan RM100,000 (tidak berpenjamin) dikenakan caj sebanyak RM40 sebulan.

Untuk caj perkhidmatan pula, peminjam akan dikenakan caj RM10 untuk pembiayaan baharu, manakala pembiayaan bertindih perlu membayar RM50. Bagi sesiapa yang ingin membuat semakan CTOS dan CCRIS mereka perlu membayar RM5 untuk CTOS dan  RM7 untuk CCRIS.

Pasti ada yang tertanya-tanya, apa itu CTOS dan CCRIS? Ha, kalau nak tahu, kedua-duanya adalah syarikat yang menyediakan laporan kredit bagi pemohon yang digunakan oleh institut-institut kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon. Cuma bezanya adalah CCRIS dibawah Bank Negara manakala CTOS pula merupakan syarikat swasta.

Seterusnya, anda juga dikehendaki untuk membayar duti setem iaitu RM5 bagi setiap seribu ringgit atau sebahagian daripadanya. Kalau nak tahu, pihak koperasi hanya mengambil 5 hari bekerja sahaja sebagai tempoh pemprosesan. Sangat cepat!

 

#1 Pembiayaan peribadi berpenjamin

Antara syarat yang dikenakan adalah jumlah yang dipinjam mestilah tidak melebihi 20 kali nilai pendapatan kasar pemohon iaitu gaji dan elaun tetap atau tidak melebihi 60% jumlah potongan yang dibenarkan. Pihak koperasi akan mengambil kira mana satu yang lebih rendah di antara kedua-dua nilai tersebut sebelum meluluskan permohonan pinjaman Koperasi Tentera kepada pemohon.

Seterusnya, para pemohon juga dikenakan syarat untuk menjadi ahli terlebih dahulu dengan membayar yuran kemasukan sebanyak RM10 atau RM20 untuk kemasukan semula. Anda juga dikehendaki membayar modal saham minimum sebanyak RM100 dan juga 6 bulan yuran berjumlah RM180.

Para pemohon dibenarkan untuk membuat pinjaman sehingga ke RM200,000 iaitu jumlah maksimum dan akan mengenakan kadar keuntungan sebanyak 5.65% setahun kepada peminjam. Dan tempoh bayaran balik pembiayaan dari 6 bulan sehingga maksima 120 bulan.

Bagi penjamin pula, pihak koperasi mengenakan syarat seperti untuk pembiayaan sehingga RM15,000, seorang penjamin diperlukan. Manakala, untuk pembiayaan melebihi RM15,001, dua orang penjamin diperlukan.

Selain itu, penjamin mestilah di kalangan anggota koperasi dan masih aktif berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia. Bagi pemohon di kalangan pesara tentera, dua orang penjamin diperlukan bagi mendapat kelulusan pinjaman dan kedua-duanya mestilah kakitangan Angkatan Tentera Malaysia yang masih aktif.

 

#2 Pinjaman peribadi Koperasi Tentera tidak berpenjamin

Oleh kerana pembiayaan ini tidak berpenjamin, pihak koperasi telah menetapkan beberapa syarat kelayakan untuk memohon, antaranya adalah pemohon mestilah di kalangan kakitangan Angkatan Tentera Malaysia atau kakitangan awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan, yang telah disahkan perkhidmatan dan memegang jawatan tetap.

Selain itu, pemohon juga dikenakan syarat supaya tempoh perkhidmatan pemohon mesti melebihi tempoh pembiayaan atau jangka masa pembayaran balik pembiayaan. Dan untuk pengetahuan anda juga, pembiayaan ini hanya terhad kepada anggota yang telah mengekalkan keanggotaan mereka untuk tempoh lima tahun atau menyandang pangkat Lans Koperal dan ke atas atau yang setara.

Sama seperti pembiayaan berpenjamin, jumlah yang dipinjam hendaklah tidak melebihi 20 kali nilai pendapatan kasar pemohon (gaji dan elaun tetap) atau tidak melebihi 60% jumlah potongan yang dibenarkan, dan mereka akan melihat mana satu yang lebih rendah di antara kedua-dua nilai tersebut.

Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan di antara keduanya, di mana tambahan caj akan di masukkan ke dalam pembayaran balik pada kadar 0.85% setahun yang dikenakan atas pembiayaan yang telah diluluskan bagi menggantikan penjamin dengan menggunakan konsep Al-Kafalah.

Selain itu juga, pemohon juga disyaratkan untuk membayar terlebih dahulu yuran bulanan untuk tempoh minimum iaitu 6 bulan (bagi anggota baharu) atau 12 bulan (bagi kemasukan semula).

Bagi pembiayaan ini, amaun yang dibenarkan untuk dipinjam hanyalah sehingga ke RM100,000 iaitu jumlah maksimum. Di mana para peminjam diberi tempoh pembiayaan dari 6 bulan sehingga maksima 120 bulan. Manakala untuk kadar keuntungan pula, pihak koperasi telah menetapkan sebanyak 3.65% setahun.

 

Akhir kalam

Kami percaya, ini adalah peluang yang sangat menarik, bukan? Pinjaman Koperasi Polis ini adalah antara yang sangat baik yang ditawarkan oleh Koperasi Tentera. Jadi, anggota Angkatan Tentera Malaysia sewajarnya mempertimbangkan memohon pembiayaan daripada Koperasi Tentera terlebih dahulu sebelum memohon di tempat lain.

Jemput baca tentang cara mohon pinjaman Koperasi Polis juga.

Semoga bermanfaat.

14 thoughts on “Pinjaman Koperasi Tentera 2021 (Pinjaman Express Peribadi)”

Leave a Comment