ASB Loan: Fikir Dulu Sebelum Buat ASBF Financing

Simpanan untuk masa depan sering menjadi isu dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Masakan tidak, dengan peningkatan kos sara hidup yang dilihat tidak setimpal berbanding kenaikkan gaji setiap tahun, pastinya sukar untuk mengatur pembahagian kewangan khususnya untuk tujuan simpanan. Itulah antara sebab orang buat ASB loan.

Semuanya berharap agar beroleh keuntungan.

Beza pinjaman dan pelaburan

Tetapi apakah pinjaman ASB ini? Ada yang malah skeptikal dengan perkataan `pinjaman’ digunakan.

Apa itu pelaburan ASB?

ASB merujuk kepada Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dikhaskan kepada orang Melayu dan bumiputera. Sebelum model pinjaman ASB diperkenal dan dipopularkan beberapa tahun kebelakangan ini, model pelaburan ASB menjadi antara pilihan kebanyakkan individu sebagai platform simpanan jangka panjang.

Pelaburan ASB ini merujuk kepada simpanan biasa dengan seseorang individu itu membeli unit ASB pada kadar RM1 seunit menggunakan buku akaun pelaburan yang dibuka. Setiap tahun dividen akan diumumkan, tetapi jumlahnya adalah tidak tetap dan berubah-ubah mengikut prestasi tahun kewangan berakhir.

Setiap pelanggan boleh menambah seberapa unit yang dimahukan pada bila-bila masa di institusi kewangan dan perbankan yang telah dilantik sebagai ejen.

Antaranya seperti RHB Bank, Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional, malah boleh juga dilakukan di cawangan-cawangan Pos Malaysia.
Itu pelaburan ASB. Jadi bagaimana pula dengan pinjaman ASB?

 

Apa itu pinjaman ASB?

Secara mudahnya pinjaman ASB ini ditawarkan oleh institusi kewangan khususnya institusi perbankan. Bank-bank akan membelikan sijil ASB dan memegang sijil tersebut.

Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pinjaman ASB ini akan membayar pada kadar tertentu setiap bulan kepada bank terbabit. Selama mana pelanggan perlu membayar dan sijil dipegang oleh bank adalah bergantung kepada perjanjian dengan bank.

Misalnya, jumlah pinjaman yang dikreditkan ke dalam akaun ASB pelanggan ialah RM100,000 dan pelanggan dikehendaki membayar RM500 setiap bulan bagi tempoh 20 tahun. Ini adalah contoh sahaja.

Setiap tahun juga pelanggan akan mendapat kadar dividen yang diumumkan untuk ASB. Perlu diingatkan duit pinjaman ASB itu tidak boleh dibawa keluar sehinggalah habis tempoh pembayaran yang ditetapkan,

Jika 20 tahun, maka selepas 20 tahun barulah wang tersebut menjadi milik pelanggan.
Jika ada yang ingin tahu, pinjaman ASB boleh mencecah sehingga RM200,000.

 

Syarat pinjaman ASB

Sebagai rekod, setiap bank yang menawarkan perkhidmatan ini menetapkan syarat yang berbeza-beza, tetapi ada beberapa syarat yang kebiasaannya sama dan telah ditetapkan untuk produk tersebut.

Antara syaratnya ialah:

  • Melayu dan bumiputera
  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan tetap
  • Tidak disenaraihitam oleh bank termasuk CTOS dan CCRIS

 

Jadual pinjaman ASB

Untuk merangka satu-satu jadual pinjaman ASB adalah sukar memandangkan setiap bank yang menawarkan perkhidmatan ini adalah berbeza.

Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai jadual pinjaman dan pembayaran untuk produk ini, disarankan untuk pihak yang berminat merujuk terus ke bank-bank yang terlibat menawarkan perkhidmatan pinjaman ini.

Di sini disenaraikan beberapa institusi perbankan yang diketahui menawarkan perkhidmatan Pinjaman ASB.

Untuk memudahkan membuat perbandingan, ditetapkan pakej pinjaman ASB berjumlah RM20,000 untuk tempoh 20 tahun.

ASB loan RHB

  • RHB ASB Financing
  • Bayaran Bulanan: RM131.99
  • Faedah: 5 %

 

ASB loan BSN

  • BSN MyRinggit ASB
  • Bulanan: RM133
  • Faedah: 5.10%

 

ASB loan Affin Bank

  • Affin ASB/ASB2 Loan
  • Bulanan: RM132.54
  • Faedah: 5.05%

 

ASB loan CIMB

  • CIMB ASB Financing
  • Bulanan: RM132.54
  • Faedah: 5.05%

 

ASB loan Maybank

  • Maybank ASB Financing-i
  • Bulanan: RM140.99
  • Faedah: 5.80%

 

ASB loan Ambank

  • AmBank Financing-I secured by ASB/ASB 2 Certificate
  • 89
  • Faedah: 5.35%

Untuk merujuk kepada bank mana menawarkan pakej terbaik adalah tidak adil untuk dibuat kesimpulan secara terus. Kerana ada bank yang menawarkan faedah yang tinggi tetapi mempunyai manfaat lain yang turut serta.

Ada yang menawarkan dengan faedah yang rendah tetapi tidak menawarkan manfaat serupa dengan bank lain. Ini bergantung kepada setiap individu.

Sebab itu, sesiapa yang berminat untuk membuat pinjaman ASB wajar mendapatkan nasihat sebaiknya daripada bank-bank yang menawarkannya.

Jangan segan untuk bertanya, pihak bank pasti bersedia untuk membantu anda. Ambil masa untuk menilai pro dan contra pakej ditawarkan. Apa yang penting ialah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

 

Hukum pelaburan ASB, halal atau haram?

Boleh rujuk dari laman web ASNB di sini.

 

Hukum ASB Loan – Halal atau Haram?

Sudah tentu, kerana kepekaan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam, wujud persoalan mengenai hukum pinjaman ASB ini. Adakah mengikut syariah atau sebaliknya?

Perkara ini telah menjadi perdebatan untuk sekian lamanya. Ini rentetan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa di beberapa negeri yang menyifatkan pelaburan ASB itu sendiri tidak patuh syariah. Namun begitu, sekitar tahun 2008, Majlis Fatwa Kebangsaan membuat ketetapan hukum ‘harus’ pelaburan ASB.

Jadi, isu hukum ini sering berbelah bahagi. Namun, secara mudahnya, untuk mengelakkan orang ramai daripada terus ragu-ragu dengan status hukum ini, adalah lebih baik untuk mendapatkan perkhidmatan pinjaman ASB ini daripada perbankan Islam. Elakkan daripada mengambil daripada perbankan konvensional.

 

Perlu buat pinjaman ASB atau tidak?

Berdasarkan penerangan yang telah diberikan di atas, adakah pinjaman ini menguntungkan atau merugikan?

Untuk menjawab kepada persoalan ini, secara praktikalnya, pinjaman seperti ini dilihat sebagai sesuatu yang menguntungkan.

Mengapa?

Bukannya sijil ASB pelanggan terus dapat, perlu tunggu tempoh tertentu selepas habis pembayaran seperti dipersetujui baru boleh mendapatkan sijil pinjaman tersebut.
Ada yang menganggap bahawa daripada membayar secara bulanan kepada bank, lebih baik duit itu disimpan sendiri.

Pandangan itu tidak salah, cumanya dengan membuat pinjaman ASB, memberi peluang kepada pelanggan untuk ‘tidak mengusik’ wang simpanan tersebut untuk kegunaan pada masa hadapan. Sekiranya simpanan dilakulkan sendiri, belum ada jaminan jumlah wang yang sama akan dapat dikumpulkan dalam tempoh 20 ke 30 tahun.

Selain itu, dividen ASB juga diperoleh. Jadi, secara umumnya tidak rugi jika membuat pinjaman ini.

 

Akhir kalam

Tepuk dada, tanya selera. Mahu RM50k atau RM200k, ikut diri sendiri.

Bab melabur, ia adalah mengikut individu itu sendiri. Kami hanya boleh mencadangkan. Andalah yang melaksanakan. Bagi orang bujang, memang perlu belajar simpan duit untuk kahwin. Jika sudah buat ASB loan dan rasa terbeban, fikir masak-masak sebelum terminate.

Semoga sedikit tulisan tentang pinjaman ini dapat memberikan sedikit maklumat untuk anda membuat keputusan.

Semoga bermanfaat.

21 thoughts on “ASB Loan: Fikir Dulu Sebelum Buat ASBF Financing”

    • gi je mana2 cawangan asnb, cth nya maybank, cimb, atau rhb, minta update kan dlu akaun, tgk berapa dividend dapat. then baru lah buat pengeluaran mengikut jumlah dividend tadi. saya tolong jawabkan sebab saya pernah buat pinjaman ASB sebelum ni.

      Reply
    • Pengeluaran asb ke mybank secara online..duit akan masuk dalam acc mybnk mengambil masa berapa lama yew

      Reply
  1. salam, kalau saya buat loan asb, dividen tu digunakan untuk membayar balik pinjaman atau kita boleh gunakan?

    Reply
    • boleh je gunakan untuk keperluan sendiri. biasanya orang rolling guna dividend untuk bayar pinjam selepas setahun supaya tidak perlu keluarkan duit sendiri untuk membayar pinjam ASB tersebut

      Reply
  2. kalo keluarkan, maknanya nak tamat kontrak la, kena pulangkan balik 30k tu ke bank and cuma boleh simpan principal sahaja dari 30k tu, interest tu ofcos dpt. tpi selalu bank tk bagi tamat dalam masa setahun, selalu ada contract 3 tahun centu baru boleh keluarkan.

    Reply
  3. Saya nak tanya le saya ada buat ASB loan CIMB bulanan saya perlu bayar 112 saya buat tahun 2015 tarikh & bulan tu saya tidak berapa ingat sangat kalau saya nak berhenti dah boleh kan dah lebih 36 bulan tapi saya punya bayaran bulanan saya bayar setiap bulan belum sampai lagi 20 ribu saya buat loan pinjaman 20 ribu macam mana tu boleh terangkan tak

    Reply
  4. hai, sy nak tnya, setakat disember 2020 ni, bank mane offer bayaran bulanan paling rendah ya?
    saya keliru ni nak buat pinjaman di bank mana satu….

    Reply
  5. hai…saya baru buat loan asb pda disember 2020,tak silap bank kata rm50 sebulan..mgkin blom submit lgi,kne tggu sbulan..tpi sya pkir2 balik,rasa nk cancel boleh ke mcm tu?sbab trma offer hri tu x pkir panjang trus trima je..hrp boleh dibatalkan

    Reply
  6. ASB financing ni untuk orang yang x boleh kawal diri untuk menyimpan… Kalau tujuan buat ASBF untuk buat untung, baik cari cara lain… Bank dah untung awal2.

    Tapi sebenarnya bank pun dah ada fungsi untuk force saving. Contoh maybank2u ada fungsi goal… Letak RM10k dalam goal, set berapa banyak nak kena auto tolak setiap bulan. Dah sampai goal, boleh keluarkan RM10k tu…kira main kutu la tapi sendiri2 saja

    Reply
  7. Assalaamualaikum.. Nak tanya kalau buat loan ASB ni beri kesan tak pada permohonan pinjaman rumah..? bank anggap sebagai income atau liabiliti?

    Reply
  8. Tak bagi kesan rasanya sbb kalau kita apply kita ambil dividen je.. lagi satu jika kita tk pernah buat loan bank akan suggest buat financing loan asb ni.. jika nak apply loan financing perlu fikir panjang lagi satu jika rasa dh tamat kontrak buat dlm 5 tahun dah boleh ke kaunter bank untuk tuntut lah

    Reply
  9. Hi .saya nak tnya .sya ada buat loan aritu .tapi saya blm byr 1sen pun..msej mmg ada dtg..dia ckp buat pmbyran utk elak sijil djual .so mksd dia klau xbyr juga adkah akan djual sndiri oleh bank scra automatik atau kita pergi bank bgtau mau cncell

    Reply
  10. Hye sy pn sama ,xpernah byar lagi sbb xdpt sebarang detail termasuk no account dan sebagainya ,orang bank ada call utk suruh bayar tunggakan dan akan diterminated secara langsung setelah byr tunggakan ..jadi persoalan sy ,adakah tunggakan yg sy akan bayar tersebut akan burn macam tu je atau mcm mne ? Bnyak plk tu aduii

    Reply
  11. hai sye nk tanye..sye dah buat loan asb ni..boleh ke klau saye nk menyimpan sndiri duit dekat acc asb biase..ke bole buat salah satu je?

    Reply
  12. Assalamualaikum.. Boleh simpan duit dlm account ASB mcm biasa. Jika Aini ingin pelbagai pulangan investment lebih baik drpd ASB boleh investment dlm Unit Trust, saham dll. Nk tahu lg details boleh Wasap saya.

    Reply

Leave a Comment