Semakan KWSP Online (Check Penyata & Baki Guna i-Akaun)


Macam mana cara untuk buat semakan KWSP online, yang membolehkan kita tengok baki dan penyata? Jika anda tidak biasa, boleh sahaja pergi ke kaunter EPF atau kiosk. Namun, bagi yang lebih selesa untuk beruusan atas talian, izinkan kami berkongsi.

Sedikit kemaskini April 2020

Bagi sesiapa yang terjejas dengan Coronavirus COVID-19, anda boleh buat permohonan dan semakan iLestari untuk keluarkan duit KWSP dari Akaun 2 sebanyak RM500 setiap bulan, selama 12 bulan.

Semakan KWSP online

Cara semak penyata KWSP online

Cara #1: Semak KWSP online di kwsp.gov.my

Dengan buat semakan secara online, anda boleh lihat status permohonan dan pengeluaran yang telah dibuat sebelum ini. Mudah sekali untuk melihat berapa baki Akaun 1 dan Akaun 2.

Sebelum ini, sebelum buat semakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja secara online, ada beberapa perkara perlu dilakukan.

Dapatkan kod pengaktifan KWSP (6 digit)

  1. Pergi ke mana-mana pejabat KWSP atau kiosk untuk KWSP yang terdekat.
  2. Buat permohonan untuk mendapatkan Kod Pengaktifan/USER ID.
  3. Status permohonan akan dimaklumkan melalui SMS.
  4. Akan mendapat USER ID
  5. Dengan USER ID tadi, anda perlu mendaftar di laman web rasmi KWSP dalam masa 30 hari selepas anda membuat permohonan ini.

 

Daftar i-Akaun KWSP

Berikut ialah cara pendaftaran iAkaun secara online.

  1. Layari laman web kwsp.gov.my, untuk ke laman web rasmi KWSP.
  2. Kemudian, pada paparan, tekan pada tab LOGIN, dan pilih butang i-AKAUN (MEMBER)
  3. Pada laman seterusnya, untuk paparan i-Akaun (Member), terdapat ruang untuk diisi. Pada ruangan USER ID, masukkan USER ID yang anda telah dapat semasa membuat permohonan di kaunter atau di kiosk KWSP.
  4. Kemudian, tekan butang Next.
  5. Seterusnya, masukkan password yang anda peroleh juga secara SMS dengan USER ID, pada ruangan PASSWORD.
  6. Tekan butang Login untuk buat semak KWSP online
  7. Pada laman seterusnya, baca terma & syarat yang tertera.
  8. Kemudian, tick pada kenyataan di bawah tanda anda bersetuju dengan terma & syarat.
  9. Tekan butang Next.
  10. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu diisi di bawah seksyen First Time Login.
  11. Pada ruangan User ID, masukkan USER ID baru yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. USER ID atau username anda ini mestilah antara 8-16 aksara dan mestilah alphanumeric (gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol). Anda boleh mengubah USER ID anda SEKALI sahaja, iaitu ketika dalam proses untuk mengaktifkan akaun anda.
  12. Pada ruangan New Password, masukkan password baru yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah antara 8-20 aksara dan mesti alphanumeric (gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol).
  13. Pada ruangan Confirm New Password, masukkan semula password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  14. Pada Online Image, pilih satu gambar yang anda ingin gunakan untuk identiti akaun anda.
  15. Pada ruangan Key in your Secret Phrase, masukkan satu perkataan yang anda ingin gunakan untuk pengesahan identitI akaun anda. Maksimum perkataan ini terhad kepada 10 aksara sahaja.
  16. Kemudian, tekan butang Next.
  17. Pendaftaran kali pertama anda berjaya.

 

Cara #2: Guna aplikasi i-Akaun

  1. Download aplikasi i-Akaun di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
  2. Install sehingga selesai
  3. Buka aplikasi i-Akaun ini untuk semak KWSP secara online
  4. Anda akan tiba di paparan untuk Login. Bagi anda yang telah mendapat kod pengaktifan (USER ID & password), anda boleh mula mendaftar akaun anda.
  5. Pada paparan login, lihat ke bawah skrin telefon pintar anda, dan tekan Daftar i-Akaun.
  6. Akan tertera apa yang perlu dilakukan untuk mengaktifkan akaun i-Akaun.
  7. Scroll ke bawah dan tekan butang AKTIFKAN I-AKAUN ANDA.
  8. Pilih view untuk anda buka ke laman yang seterusnya.
  9. Pengaktifan akaun anda untuk kali pertama tidak disediakan dalam aplikasi i-Akaun.
  10. Pengaktifan akaun untuk kali pertama hanya boleh dibuat di portal rasmi sahaja.
  11. Pada laman seterusnya, untuk paparan i-Akaun (Member), terdapat ruang untuk diisi. Pada ruangan USER ID, masukkan USER ID yang anda telah dapat semasa membuat permohonan di kaunter atau di kiosk KWSP.
  12. Kemudian, tekan butang Next.
  13. Seterusnya, masukkan password yang anda peroleh juga secara SMS dengan USER ID, pada ruangan PASSWORD.
  14. Tekan butang Login.
  15. Pada laman seterusnya, baca terma & syarat yang tertera.
  16. Kemudian, tick pada kenyataan di bawah tanda anda bersetuju dengan terma & syarat.
  17. Tekan butang Next.
  18. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu diisi di bawah seksyen First Time Login.
  19. Pada ruangan User ID, masukkan USER ID baru
  20. Pada ruangan New Password, masukkan password baru
  21. Pada ruangan Confirm New Password, masukkan semula password
  22. Pada Online Image, pilih satu gambar
  23. Pada ruangan Key in your Secret Phrase, masukkan satu perkataan
  24. Kemudian, tekan butang Next.
  25. Pendaftaran kali pertama anda berjaya. Login ke akaun anda dengan memasukkan USER ID dan PASSWORD yang baru.
  26. Setelah anda berjaya login, paparan penyata KWSP anda akan tertera, di mana baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 tertera di skrin.
  27. Semakan anda berjaya.

 

Akhir kalam

Cara semakan KWSP secara online

Diharapkan agar dengan perkongsian semakan KWSP online ini akan memudahkan lagi hidup anda.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • cara menyemak kwsp guna no ic
  • cek penyata guna mesin kwsp
  • ilestari first time log in
  • periksa baki kwsp tampa pergi ke pejabat hya guna online
  • semak kwsp melalui ic
  • semak penyata kwsp di rhb

16 thoughts on “Semakan KWSP Online (Check Penyata & Baki Guna i-Akaun)”

  1. salam,nk tnye..sye dah pegi kios utk register dlm mesej dia hantar password je user id xde.dah puas try log in guna no ic/no ahli tapi tak boleh jugak.mintak pandangan.tq

    Reply
  2. Acc husband saya kenape tabula keluwa kwsp husband saya no acc tologna semakan bantuan saya ada 3 anak 0163651983

    Reply
  3. Kwsp saya belom masok yang bulan 6. Yang bulan 5 saya dah dpt kan tpi…. Yang bulan 6 saya belom dpt lgi

    Reply

Leave a Comment