Cara Bank In Duit (Maybank, BSN, RHB, CIMB, Bank Islam, Ambank dll)

Untuk kali ini, kami akan menerangkan kepada anda bagaimana cara bank in duit atau kaedah-kaedah untuk memasukkan duit ke dalam bank. Sama ada ke akaun sendiri ataupun memindahkannya ke dalam akaun pihak lain.

Masih ramai tak tahu?

Bunyinya macam perkara yang biasa, tetapi hakikatnya ada yang masih tidak mengetahui cara untuk bank in duit ke dalam bank. Pelik, tetapi benar.

Cara 1: Kaunter dan CDM

Secara umumnya ada dua kaedah untuk bank in duit. Yang pertama ialah dengan berurusan di kaunter bank dan yang kedua dengan menggunakan perkhidmatan dalam talian.

Okay, kami terangkan kaedah pertama. Kaedah yang dianggap sebagai ‘tradisional‘. Ketika masih kecil, pasti kita mempunyai kenangan menemani ibu atau bapa ke bank untuk menyimpan atau memasukkan duit ke akaun pihak lain.

Bank in di kaunter

Anda hadir ke cawangan bank terdekat, mengambil nombor giliran dan menunggu sehingga giliran dipanggil untuk berurusan di kaunter. Dengan era ledakan teknologi maklumat, kaedah ini semakin kurang digunakan.

Namun begitu, masih ada yang menggunakan kaedah ini terutamanya dalam kalangan mereka yang telah berusia dan tinggal di kawasan kampung. Selain itu, bank in duit menggunakan kaedah ini juga menjadi pilihan kepada penyimpan akaun Tabung Haji.

Berurusan dengan Bank Islam, pemilik akaun biasanya menyimpan duit secara ‘tunai’ ke dalam akaun Tabung Haji masing-masing. Boleh dikatakan sehingga hari ini, kaedah ini masih digunakan terutamanya untuk akaun kanak-kanak.

Bank in melalui ATM / CDM

Selain ke kaunter-kaunter, kaedah yang kini dianggap juga sebagai ‘tradisional’ untuk bank in duit ialah dengan menggunakan mesin CDM (mesin deposit tunai).

CDM memberi kemudahan untuk seseorang memasukkan atau memindahkan duit secara tunai menggunakan mesin. Kaedah ini masih banyak digunakan. Hampir di setiap cawangan bank mempunyai CDM.

Ada juga CDM yang bersekali dengan ATM, dimana mesin yang kita mahu keluarkan duit, juga boleh dimasukkan duit.

Rujuk panduan dan cara guna mesin CDM untuk transfer dan masukkan duit.

 

Cara 2: Online banking

Baiklah. Itu kaedah bank in duit secara tradisional atau offline. Kini kita beralih pula kaedah yang menjadi pilihan ramai, secara dalam talian atau online.

Ledakan teknologi benar-benar mengubah landskap kehidupan seharian masyarakat. Sehingga urusan perbankan juga boleh dilakukan secara online, hanya di hujung jari sahaja.

Dengan kecenderungan masyarakat hari ini membeli-belah secara dalam talian menerusi pelbagai platform, boleh dikatakan urusan bank in duit secara online merupakan pilihan ramai. Tunai hanya digunakan untuk situasi tertentu sahaja. Selebihnya digunakan secara online.

 

Cara bank in duit secara online banking

Jadi, bagaimana mahu bank in duit secara online? Ada banyak kaedah.

Jika sudah ada akaun online, bagaimana mahu bank in duit? Begini caranya.

Log in akaun masing-masing. Dan anda akan mendapati segala maklumat akaun anda.

Baki akaun, sejarah akaun (urusan perbankan pengeluaran, pembayaran atau pemindahan wang). Ini sudah tentu memudahkan urusan anda.

Daftar akaun online banking dahulu

Bagaimana mahu mendaftar akaun online ini? Boleh hubungi bank-bank yang digunakan anda atau minta bantuan di cawangan perbankan berdekatan.

Yang asasnya ialah mendaftar akaun perbankan online dengan perkhidmatan bank yang anda gunakan.

Cara bank in duit Maybank

Jika Maybank, daftarkan akaun Maybank2U.

 

Cara bank in duit CIMB

Jika CIMB daftar akaun CIMB Clicks.

 

Cara bank in duit BSN

Jika BSN (Bank Simpanan Nasional), daftarkan myBSN.

 

Cara bank in duit Public Bank

Kalau Public Bank, daftar PBe.

 

Cara bank in duit RHB

Kalau RHB, daftar RHB Online Banking.

 

Cara bank in duit Bank Islam

Kalau Bank Islam, daftar Bank Islam Online Banking.

 

Cara bank in duit Ambank

Kalau Ambank, daftar Ambank Online Banking.

 

Begitu juga dengan akaun-akaun bank lain. Majoriti bank hari ini mempunyai perkhidmatan online. Ledakan teknologi sememangnya mengubah landskap sektor perbankan.

Kami tidak dapat senaraikan satu persatu kerana ia tidaklah sesukar mana. Hanya perlu ikut sahaja arahan yang diberikan.

 

Fungsi online banking yang lain

Buat pembayaran bil

Baiklah, di sini mempunyai dua cara untuk bank in duit. Sama ada anda mahu membayar atau memindahkan duit.

Jika ingin membayar, anda ketik pada pilihan pay (bayar). Kebiasannya pilihan ini adalah untuk membayar bil utiliti seperti elektrik, air, astro, bil telefon bimbit dan sebagainya.

Masukkan nombor akaun untuk pembayaran dan ikut langkah seterusnya. Secara automatik anda telah bank in duit ke dalam akaun anda untuk pembayaran bil yang dikehendaki.

 

Buat pindahan wang

Untuk memindahkan wang atau bank in duit kepada pihak/individu lain. Kaedahnya hampir sama.

Selepas log in, anda pilih ‘transfer’ (pindah). Anda kemudian akan diminta menyatakan bank yang ingin dipilih. Tiada batasan untuk anda memindahkan ke mana-mana bank.

Misalnya anda menggunakan Maybank2U dan ingin bank in duit ke pemilik akaun bank lain, tiada masalah. Anda hanya perlu memilih jenis bank, contohnya CIMB, Public Bank, Bank Islam dan sebagainya. Kemudian masukkan nombor akaun penerima serta namanya.

 

Instant transfer

Anda boleh memilih untuk ‘instant transfer‘ iaitu pemindahan segera atau pemindahan biasa. Bezanya ialah untuk instant tranfer, duit yang dimasukkan akan terus berpindah, manakala pemindahan biasa mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari bekerja (sekiranya melibatkan akaun daripada dua bank berbeza).

Kebiasaannya Instant Transfer mengenakan caj tertentu tetapi tidak terlalu mahal seperti RM1 atau kurang. Namun kebelakangan ini kebanyakkan bank telah memberikan caj percuma untuk perkhidmatan Instant Transfer.

 

Request TAC

Selepas itu masukkan jumlah duit yang anda ingin bank in. Contohnya RM100. Dan klik okay. Kebiasaannya anda akan diminta untuk ‘request’ TAC (Transaction Authorisation Code) untuk tujuan keselamatan ketika membuat transaksi dan melindungu akaun bank anda daripada diakses pihak lain.

Nombor TAC akan dihantar melalui mesej ke telefon bimbit anda, masukkan dan kemudian proses bank in duit anda telah selesai.

 

Guna mobile app

Oh, sebelum terlupa, kaedah perbankan online ini boleh digunakan sama ada menggunakan komputer ataupun telefon bimbit dengan majoriti bank telah mempunyai aplikasi perbankan internet dalam telefon bimbit. Anda hanya perlu memuat turun sahaja mengikut jenis bank yang anda gunakan.

Kebanyakkan pengguna hari ini cenderung memilih menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit kerana lebih mudah. Bank in duit boleh dilakukan di mana-mana sahaja waima di luar negara sekali pun.

 

Mudah bukan?

Sebagai tambahan kepada cara bank in duit, kini terdapat satu aplikasi yang lebih mudah untuk para pengguna. Jika sebelum ini anda perlu mengingati atau menyimpan nombor akaun bank pihak/individu lain untuk urusan bank in duit, kini dengan aplikasi DuitNow, anda hanya perlu ingat nombor telefon sahaja.

 

Hebat bukan?

Aplikasi ini yang menggunakan telefon bimbit turut disokong 14 institusi perbankan di negara ini, bermaksud majoriti bank menawarkan perkhidmatan ini.

 

DuitNow

Bagaimana mahu mengaktifkan DuitNow? Muat turun aplikasi DuitNow ke dalam telefon bimbit anda. Kemudian daftar menggunakannya.

Yang penting ialah nombor telefon bimbit yang anda gunakan didaftarkan sekali dengan akaun perbankan yang anda gunakan.

Dengan cara itu, barulah bank in duit menggunakan DuitNow boleh dilakukan.

 

Akhir kalam

Walaupun ada orang kata, kasih sayang lebih penting dari duit, mahu tidak mahu, kita mesti pandai seimbangkan kedua-duanya sekali.

Bila kita bank in kepada orang tersayang, mudah-mudahan datang juga rasa sayang.

Jadi, dengan ledakan teknologi hari ini, proses untuk bank in duit yang dulunya agak ‘leceh‘ kerana perlu ke kaunter bank dan sebagainya telah menjadi lebih mudah.

Semuanya di hujung jari anda.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Cara Bank In Duit (Maybank, BSN, RHB, CIMB, Bank Islam, Ambank dll)”

  1. Mahu bertanya Jika sudah pindahkan duit dari bank islam ke cimb bank boleh ka cek summary nombor Akaun CIMB bank

    Reply
  2. Assalamualaikum..mcm mana nak mendapatkan maklumat penyata duit masuk & keluar masuk dlm HP?
    Bagaimana pula jika kita nk tahu org dh bankin keakaun kepada kita?

    Reply

Leave a Comment