GKP 2.0 Bila Masuk? (Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin)


Adakah anda antara orang yang tak sabar-sabar dan selalu ingin tahu GKP 2.0 bila masuk? Asyik bertanya bila GKP 2.0 akan dibayar? Jangan bimbang, duit tetap masuk ke dalam akaun. Cuma perlu semakan GKP 2.0 samada lulus atau tidak terlebih dahulu.

Izinkan kami berkongsi maklumat seperti di bawah.

GKP 2.0 bila masuk?

Maklumat ini adalah berdasarkan Soalan Lazim mengenai Geran Khas Prihatin 2.0 yang dikeluarkan oleh pihak LHDN pada 23 September 2020 dalam Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KitaPrihatin).

Tarikh bayaran Geran Khas Prihatin 2.0

Bayaran duit bantuan bagi GKP 2.0 ini hanya sekali sahaja iaitu dijangka pada tarikh berikut:

Rabu, 25 November 2020

Cara bayaran GKP 2.0

Sama seperti kaedah bayaran BPN 2.0, pembayaran GKP 2.0 akan dikreditkan ke dalam akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan semasa permohonan GKP 2.0.

Perlu diingat, seperti yang dinyatakan dalam Soalan Lazim atau FAQ LHDN, akaun bank yang dinyatakan tadi adalah akaun bank persendirian, bukan akaun syarikat.

Antara syarat lain, akaun anda mestilah masih lagi aktif. Sila buat semakan status GKP 2.0 samada anda mendapat status Berjaya Kredit atau Gagal Kredit. Jangan sembang tentang bila GKP 2.0 akan dibayar kalau dapat Gagal Kredit. Lebih panjang prosesnya.

Jika Berjaya Kredit, ini bermakna duit bantuan Geran Khas Prihatin sudah berjaya dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

 

Berapa jumlah duit GKP 2.0 yang bakal dapat?

Seperti sedia maklum, GKP 2.0 ini adalah bantuan yang akan dterima sekali sahaja. Dalam bahasa lain, ini adalah bantuan one-off dari kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang layak.

Jumlah bantuan ini adalah RM3,000 sahaja.

 

GKP 2.0 belum masuk?

Sekiranya duit GKP 2.0 belum masuk, kami sarankan anda hubungi LHDN melalui Hasil Care Line.

  • Dalam Malaysia: 03-8911 1000
  • Dari Luar Negara: 603-8911 1100

Waktu perkhidmatan adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

 

 

Akhir kalam

Keputusan status permohonan GKP 2.0, iaitu samada lulus atau tidak hanya akan diketahui pada 15 November 2020.

Pembayaran pula dijangkan bermula pada 25 November 2020.

Ini bermakna, hanya ada lebih kurang 10 hari sahaja sela masa dari keputusan Geran Khas Prihatin 2.0 diumumkan nanti.

Bersabarlah. Semoga masa cepat berlalu dan wang yang dihajati segera masuk ke dalam akaun bank. Yang penting, jika anda sudah daftar GKP 2.0 sebelum ini, pastikan anda login GKP 2.0 dan check dahulu status sebelum pergi ke ATM. Bimbang kecewa nanti jika tidak ada duit dalam akaun bank.

Apa-apa pun, diharapkan agar perkongsian berkenaan GKP 2.0 bila akan masuk ini dapat melegakan hati anda.

Semoga bermanfaat.


1 thought on “GKP 2.0 Bila Masuk? (Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin)”

Leave a Comment