Semakan GKP 2.0 (Permohonan Diterima & Status Bantuan Lulus)

Sekiranya anda masih lagi buat permohonan GKP 2.0, sila siapkan segera. Perkongsian ini adalah untuk buat semakan GKP 2.0 iaitu samada permohonan diterima oleh LHDN dan juga samada permohonan ini mendapat status Lulus atau Tidak Lulus.

Semakan GKP 2.0 Permohonan Diterima

Untuk makluman, jika anda belum apply, sila daftar Geran Khas Prihatin 2.0 dan buat permohonan GKP 2.0 dahulu. Selesaikan semuanya sehingga boleh login portal GKP 2.0.

Di bawah ini ialah cara untuk check samada permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) yang kita buat secara online diterima atau tidak.

  1. Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Klik butang Semak untuk meneruskan buat semakan GKP 2.0
  5. Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
    •  Nama
    • Nombor MyKad
    •  Status Permohonan
  6. Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda iaitu:
    • Permohonan Diterima
    • Dalam Proses
    • Lulus
    • Tidak Lulus
  7. Jika Permohonan Diterima, ini bermaksud permohonan baharu anda yang sudah siap diisi sudah berjaya dihantar. Anda juga tidak perlu membuat permohonan semula. Sila tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan.
  8. Jika Dalam Proses, ini bermakna permohonan anda yang telah diterima sedang dalam proses verifikasi atau semakan dari agensi yang terlibat. Semasa dalam status Dalam Proses, anda tidak boleh buat kemaskini. Semakan GKP juga tidak perlu.

 

Cara semak status GKP (Lulus atau Tidak)

Di bawah ini ialah cara untuk buat semakan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) secara online.

  1. Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Klik butang Semak
  5. Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
    •  Nama
    • Nombor MyKad
    •  Status Permohonan
  6. Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda iaitu:
    • Permohonan Diterima
    • Dalam Proses
    • Lulus
    • Tidak Lulus
  7. Sekiranya status Lulus:
    • Ini bermakna anda layak menerima bantuan. Duit bantuan GKP 2.0 akan dimasukkan ke dalam akaun yang anda daftarkan dalam borang permohonan. Walau bagaimanapun, tarikh bayaran duit GKP 2.0 anda dimaklumkan kemudian.
  8. Sekiranya status Tidak Lulus:
    • Ini bermakna anda tidak layak untuk terima bantuan GKP Hasil sebanyak RM3,000. Setakat ini, belum ada maklumat lagi samada boleh buat rayuan GKP 2.0 atau tidak. Kami akan maklumkan kemudian.

 

Akhir kalam

Sekiranya anda sudah buat semakan GKP 2.0 secara online dan mendapat status permohonan diterima, jangan terlalu gembira.

Permohonan diterima itu cuma bermaksud Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima permohonan GPK 2.0 kita.

Yang lebih penting ialah status Lulus. Hanya jika mendapat status Lulus, kita akan layak menerima pembayaran GKP 2.0 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank.

Sila semak bila GKP 2.0 akan dibayar supaya anda boleh siap-siap dan bersedia untuk pergi ke bank.

Semoga bermanfaat.

26 thoughts on “Semakan GKP 2.0 (Permohonan Diterima & Status Bantuan Lulus)”

  1. Kenapa permohonan GKP 2.0 saya tidak lulus.. Padahal saya ni pemandu teksi dan pendapatan terjejas teruk.. Harap pihak tuan dapat semak semula permohonan saya..

    Reply
  2. Kenapa sy di ketegori 04 vip…
    Perniagaan sy terjejas
    Sewa bulanan kedai baki??
    Bagaimana sy boleh selesaikan masalah ini?

    Reply
  3. kenapa permohonan sayatidak lulus… alasan tidak menjalan kan perniagaan sepanjang tahun 2020.. sedangkan modal telah tiada untuk meneruskan perniagaan kenana perniagaansaya terjejes teruk

    Reply
  4. Kenapa permohonan saya tidak lulus..alasan kod 04 tidak wujud agensi..saya perlukan bantuan gkp 2.0.sedangkan saya ada syarikat sendiri..Tolong bagi penjelasan

    Reply
  5. Kenapa permohonan GKP 2.0 saya tidak lulus……. padahal saya ni pemandu teksi dan pendapatan terjejas teruk……Harap pihak tuan dapat semak semula permohonan saya…..

    Reply
  6. SAYA DALAM PROSES RAYUAN DAN CUBA BUKA AKUAN TAPI TAK BOLEH KERANA LUPA KATA KUNCI KESELAMATAN.BOLEH ADMIN TOLONG UNTUK MENGATASI MASALAH INI

    Reply
  7. Salam. Sebenarnya saya telah silap faham masa mengisi borang semak GKP2.00
    Saya cuba baikki tapi tidak dapat buat. Saya pesara Kerajaan. Tolong lah. Tiada pendapatan lain melainlan wang pesara sahaja.

    Reply
  8. Permohonan gkp 2.0 yang akan bayar 5hb 2 2021 ni saya tidak lulus sebab saya daftar lewat selepas 31hb 8.. adakah saya blh buat permohonan balik .sebab saya tahu pon dalam bulan 4hb 10 5hb 10 saya terus pergi sambung lesen SSM saya..

    Reply
  9. Permohonan GKP 2.0 saya tidak lulus dan buat rayuan pun tidak lulus. Apakah ada rayuan lagi “???
    Saya kurang faham. Dan masa singkat waktu buat rayuan .bagai manakah saya memohon gkp untuk meringankan baban semastinya Kita rasakan keadaan sekarang. Ini ,

    Reply
  10. Kenapa saya tidak lulus sedengkan lesen saya 2020, masaala saya gagal kod 4, saya buat rayuan pun gagal juga lesen saya aktif bulan 6 tahun 2020. Apa sebab saya gagal mohon penjelasan LHDN

    Reply
  11. My GKP2.0 status Permojonan is LUlUS but Gagal Kredit because invalid beneficiaiary. I did not update my personal bank account in time, so what can I do now? Thank you!

    Reply
  12. Permohonan gkp 1.0 dh lulus tapi salah masuk no akaun….bila dh edit semula smpi skrg masih tk dpt2 lagi duitnya…mcmane ya

    Reply
  13. Salam Sejahtera, saya Jeffri Bin Zen , pemegang kad pengenalan 680210135117 telah lulus GPK 2.0 sebanyak RM 500.00 walaubagaimanapun nombor akaun bank saya telah bertukar ke akaun baru iaitu ke Bank CIMB No. 7074913666 atas nama saya sendiri, Jeffri Bin Zen.
    Mohon pihak tuan masukkan wang GPK 2.0 sebanyak RM 500.00 ke akaun baru saya memandangkan akaun lama sudah ditutupkan .
    Saya boleh dihubungi di talian 013-8017800 atau melalui email saya [email protected]
    Terima kasih

    Reply
  14. Status permohonan Sya selalu tiada dlm agensi..kod 04 sudah 2 kali Sya mbuat pemohonan gkp ni..kenapa ya..sedangkan prniagaan Sya sgat terjejas..dan memerlukan bantuan gkp ni..tolong pertimbangkan rayuan Sya ini

    Reply

Leave a Comment