Adakah anda antara orang yang tak sabar-sabar dan selalu ingin tahu GKP 2.0 bila masuk? Asyik bertanya bila GKP 2.0 akan dibayar? Jangan bimbang, duit tetap masuk ke dalam akaun. Cuma perlu semakan GKP 2.0 samada lulus atau tidak terlebih dahulu.
Izinkan kami berkongsi maklumat seperti di bawah.
GKP 2.0 bila masuk?
Maklumat ini adalah berdasarkan Soalan Lazim mengenai Geran Khas Prihatin 2.0 yang dikeluarkan oleh pihak LHDN pada 23 September 2020 dalam Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KitaPrihatin).
Tarikh bayaran Geran Khas Prihatin 2.0
Bayaran duit bantuan bagi GKP 2.0 ini hanya sekali sahaja iaitu dijangka pada tarikh berikut:
Rabu, 25 November 2020
Cara bayaran GKP 2.0
Sama seperti kaedah bayaran BPN 2.0, pembayaran GKP 2.0 akan dikreditkan ke dalam akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan semasa permohonan GKP 2.0.
Perlu diingat, seperti yang dinyatakan dalam Soalan Lazim atau FAQ LHDN, akaun bank yang dinyatakan tadi adalah akaun bank persendirian, bukan akaun syarikat.
Antara syarat lain, akaun anda mestilah masih lagi aktif. Sila buat semakan status GKP 2.0 samada anda mendapat status Berjaya Kredit atau Gagal Kredit. Jangan sembang tentang bila GKP 2.0 akan dibayar kalau dapat Gagal Kredit. Lebih panjang prosesnya.
Jika Berjaya Kredit, ini bermakna duit bantuan Geran Khas Prihatin sudah berjaya dimasukkan ke dalam akaun bank anda.
Berapa jumlah duit GKP 2.0 yang bakal dapat?
Seperti sedia maklum, GKP 2.0 ini adalah bantuan yang akan dterima sekali sahaja. Dalam bahasa lain, ini adalah bantuan one-off dari kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang layak.
Jumlah bantuan ini adalah RM3,000 sahaja.
GKP 2.0 belum masuk?
Sekiranya duit GKP 2.0 belum masuk, kami sarankan anda hubungi LHDN melalui Hasil Care Line.
- Dalam Malaysia: 03-8911 1000
- Dari Luar Negara: 603-8911 1100
Waktu perkhidmatan adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Akhir kalam
Keputusan status permohonan GKP 2.0, iaitu samada lulus atau tidak hanya akan diketahui pada 15 November 2020.
Pembayaran pula dijangkan bermula pada 25 November 2020.
Ini bermakna, hanya ada lebih kurang 10 hari sahaja sela masa dari keputusan Geran Khas Prihatin 2.0 diumumkan nanti.
Bersabarlah. Semoga masa cepat berlalu dan wang yang dihajati segera masuk ke dalam akaun bank. Yang penting, jika anda sudah daftar GKP 2.0 sebelum ini, pastikan anda login GKP 2.0 dan check dahulu status sebelum pergi ke ATM. Bimbang kecewa nanti jika tidak ada duit dalam akaun bank.
Apa-apa pun, diharapkan agar perkongsian berkenaan GKP 2.0 bila akan masuk ini dapat melegakan hati anda.
Untuk tahun 2021, bagi yang belum lagi memohon, boleh mula daftar, login GKP 3.0 dan permohonan GKP 3.0.
Semoga bermanfaat.
status permohanan GKP 2.0 masih dalam permohanan diterima. mengapa tolong jelas
BAGAIMANA NK BUAT JIKA GAGAL KREDIT
Bagaimana jika status gkp lulus tapi gagal kredit?macam mana nk dpt lulus kredit tu?
please reply…kenapa lhdn tidak keluarkan butang kemas kini untuk gkp yang lulus tapi cuma gagal kredit…ataupun kenapa lhdn tidak ambil perhatian tentang masalah bayaran gkp yang gagal kredit..mohon penjelasan dan jawapan atau tindakan untuk menyelesaikan masalah ini. pemohon boleh je beri akaun persendirian yang baru yang aktif tetapi lhdn tidak mempedulikan bayaran gkp yang gagal kredit. masalah ini bukan susah pun..bank yang buat pembayaran tetapi kenapa lhdn tidak mahu memudahkan sepertimana penerima BPn yang gagal kredit boleh terus ke BSN untuk buat beberapa pengesahan dan boleh terus clearkan bayaran tersebut. please bantulah selesaikan masalah ini. pkpb buat keadaan terkesan dan tertekan kerana kekeringan kewangan.!
Gagal Kredit dan saya telah kemaskini nombor akaun persendirian tetapi masih belum menerima bantuan. Kalau ada orang atasi masalah sama, tolong komen.
sama
Saya pun menghadapi gagal kredit..telah pun kemaskini,setiap hari saya semak,masih sama 30/11 gagalkredit.Saya telah pun menelepon lhdn,talian sibut sangat sangat
sampai tertidur atas phone,”talian sedang digunakan”Saya pergi ke cawangan lhdn,staff cakap bukan bidang kuasa cawangan.
Adakah saya dikehendaki pergi terus ke Ibu Pejabat LHDN,Kuala Lumpur untuk pertanyaan.??
nk tny dh masuk ke yg gagal kredit, smpai skang xdapat huhu
Masih belum dapat setelah saya kemaskini maklumat dekat 2 bulan? Tambahan lagi pkp
Saya pun Gagal Kredit & dah kemaskini…
bila duit nak masuk yea kpd semua yg sama status macam Saya?
Permohanan saya lulus tetapi gagal kredit juga. Akaun no sudah dikemaskinikan bulan Desember 2020 tetapii sampai sekarang duit belum kredit lagi. Saya banyak kali menelefon LHDN untuk bantuan tetapi sampai sekarang tidak orang menjawap panggilan saya. Harap mendapat bantuan dari pihak yang berkenaan.
SAYA JUGA TIDAK LULUS GKP 2 & 3 DGN ALASAN DUIT GKP GAGAL DIKREDITKN. RASANYA TAKDA MASAALAHPUN SEKIRANYA SAYA TUKAR DGN NO. AKAUN SAYA YG AKTIFM. BILA HUBUNGI PEJABAT LHDN KATANYA TALIAN SEBUK. BUAT TEMUJANJI SEMUA TARIKH HINGGA HUJUNG BULAN 7 SEMUA DAH PENUH.
SAYA RASA UNTUK TERUS KE PEJABAT LHDN UNTUK MAKLUMKN PERKARA INI.
Amirul bin azmam 950515115579