Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji (Berserta 10+ Alasan Terbaik)

Jika mahu cuti panjang, tetapi tidak ada idea untuk beritahu boss, boleh cuba ikuti contoh surat cuti tanpa gaji dari kami berserta beberapa alasan yang logik dan masuk akal.

 

Apakah sebab dan alasan terbaik untuk ambil cuti tanpa gaji?

Samada anda mahu ikut pasangan, jaga anak, berniaga atau jaga ibu bapa sakit: semua contoh ada seperti di bahagian bawah artikel ini.

Jika anak masih bersekolah dan tidak ada orang boleh jaga, boleh uruskan mereka juga dengan tulis surat tidak hadir ke sekolah.

 

Kenapa mahu cuti tanpa gaji?

Anda sebenarnya dah penat dan letih. Penat yang sebenarnya, bukan main-main. Sudah lama berlegar dalam kepala, mahu ambil cuti tanpa gaji.

Cuma anda masih lagi tak berani nak berhenti kerja.
Anda cuba buat alasan untuk cuti kerja tanpa gaji atas alasan-alasan yang difikirkan logi.

Cuma anda blank, tak tahu apa nak tulis dalam surat untuk mohon cuti tanpa gaji.

 

Musim Coronavirus COVID-19 2021

Ketika anda membaca artikel ini, pasti anda sekarang sedang bekerja dari rumah sehingga berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan nanti.

Jika anda mahu sambung lagi, boleh juga guna alasan COVID-19 untuk menjaga anak dan ibu-bapa yang sudah berusia.

Contoh surat cuti tanpa gaji

Berikut ialah contoh surat permohonan cuti tanpa gaji.

Dalam contoh

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI UNTUK <ALASAN CUTI>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan mengenai permohonan cuti tanpa gaji bermula  <Tarikh cuti – tarikh masuk semula>

  1. Untuk makluman pihak Tuan permohonan cuti tanpa gaji ini adalah kerana <Masukkan alasan pendek cuti tanpa gaji>
  2. Tambahan lagi, <panjangkan lagi kisah dan alasan kenapa mahu cuti>
  3. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini.
  4. Segala kerjasama Tuan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>

<Alamat Pekerja>

No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

Alasan cuti kerja tanpa gaji

Makan izinkan kami berkongsi sedikit sebanyak alasan yang boleh digunakan. Kalau anda kerja swasta, mungkin tak sama dengan yang kerja kerajaan. Semak dulu pekeliling, borang, syarat dan sediakan surat permohonan di pejabat masing-masing.

Kami cuma berikan idea sahaja. Anda perlu ubah ikut kesesuaian.

Cuti tanpa gaji sebab PKP & Coronavirus COVID-19

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ada majikan yang memaksa pekerja masuk kerja. Walaupun sudah diumumkan oleh kerajaan bahawa hanya sektor penting sahaja yang dibenarkan beroperasi, ada juga majikan yang degil.

Jika anda lebih selesa untuk duduk di rumah dan ambil cuti tanpa gaji, boleh sahaja gunakan alasan untuk duduk rumah dan jaga anak.

 

Cuti tanpa gaji sebab masalah kesihatan

Anda tak sihat. anda sakit.

Anda tak sedap hati kerana cuti lama, gaji masih jalan. Kawan-kawan sekerja juga sudah mula sosek-sosek. anda rasa bersalah.

Jadi, adalah lebih baik anda hantar surat cuti tanpa gaji. Jangan lupa minta doktor dokumen sokongan.
Jangan pula anda pura-pura jatuh tangga, dan minta MC dari doktor.

 

Cuti tanpa gaji sebab peribadi

Bila sudah masuk bab keluarga dan rumahtangga, ini lebih bersifat peribadi. anda kena terus-terang dengan boss anda.

Suami anda, atau isteri anda main kayu tiga. Curang. anda serabut. anda pening kepala. Hidup anda tak keruan. Kalau sudah sampai tahap datang pejabat dan mengganggu, anda memang patut bercuti. Tak perlu terus berhenti.

Kalau anda bercadang untuk memperbaiki hubungan ini, jumpa andanselor terlebih dahulu. Dapatkan nasihat dari pejabat agama Islam yang berdekatan.

Jika dinasihatkan cuti, cutilah. Jika itu dapat merapatkan kembali hubungan, itu lebih baik.

 

Cuti tanpa gaji sebab berniaga

Benar, sebahagian besar rezeki datangnya dari berniaga. Cuma tak cukup berani untuk terus hantar surat berhetni kerja sebab anda masih belum yakin income ini boleh sustain untuk tampung keluarga anda.

Jadi, lebih baik anda terus terang dengan boss.

Daripada anda sibuk menghadap Facebook dan Instagram dalam waktu kerja, lebih baik anda bercuti. Bimbang anda buat kerja luar semasa dalam waktu pejabat, ia jadi tak berkat.

 

Cuti tanpa gaji sebab mengandung

Anda jangan ingat ini main-main. Penangan mengandung, hanya tuan badan sahaja yang tahu. Badan lemah, otak serabut, fikiran dan emosi tak stabil. Silap-silap, boss pun kena maki.

Kalau dengan sebab mengandung, anda tak boleh tumpukan perhatian pada kerja, lebih baik anda ambil cuti tanpa gaji. Lagi bagus anda sambung sampai anak anda lahir. Itupun kalau boss bagi.

Pandai-pandailah, pujuk dia.

 

Cuti sebab menjaga anak

Kalau anda jenis sikit-sikit meleleh air mata sebab tinggalkan anak pada pengasuh atau nursery, lebih baik anda ambil cuti. Tak tenang anda di tempat kerja. Sikit-sikit anda Whatsapp orang sana, minta update status anak anda.

Daripada kerja anda terganggu, lebih baik anda ambil cuti tanpa gaji.

 

Cuti sebab sambung belajar

Anda tahu, anda perlu upgrade diri anda ke tahap yang lebih tinggi. Cuma, anda sayang jawatan anda sekarang.

Sesuai anda cuti, kalau anda boleh dapat balik (atau naik pangkat lebih tinggi) apabila anda sudah habiskan tempoh belajar.

Tak kira samada anda sambung Degree, Master hatta PhD sekalipun, anda kena faham yang jawatan anda sekarang mungkin akan diisi oleh orang lain. anda kena faham, kerja anda mungkin berbeza nanti.

Kalau anda tak kisah dan sudah fikir masak-masak, teruskan.

 

Cuti kerana mengikut pasangan

Jarang orang minta cuti tanpa gaji sebab ikut pasangan. Ini kerana, lebih baik anda berhenti kerja dan cari kerja di tempat lain.

Melainkan anda cuba untuk selesaikan dulu perkara-perkara peribadi dan keluarga di tempat baru. Selalunya, terjadi pada guru, polis, askar dan jururawat.

Apa-apa pun, cuba tanya pendapat boss dan bincang dengan pasangan.

 

Cuti kerana menjaga ayah / mak yang sakit

Tahniah! anda memang anak yang baik. Mudah-mudahan syurga untuk anda.

Mungkin ada kes, adik beradik anda semua tak mahu jaga. Alasannya, jauh. Dan anda rasa, anda perlu mengalah.

Kalau pasangan anda boleh bantu untuk teruskan kerja, dan hulur duit sedikit, itu sudah baik. Bincang elok-elok dengan pasangan masing-masing.

Anda jangan risau urusan dunia. Kalau anda terus jaga mak ayah anda sehingga hujung nyawa, besar ganjaran untuk anda. Kalau tidak di dunia, di akhirat pasti ada.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian contoh surat cuti tanpa gaji ini akan memudahkan urusan anda.

Perlu diingat, cuti tanpa gaji itu, bukan bermakna tak mahu kerja lagi. Tujuan asal adalah untuk anda berehat sebentar dari komitmen kerja.

Kalau anda rasa anda boleh survive, dan pasangan boleh bantu dari segi kewangan, berhentilah. Berhentilah kerja jika ia baik untuk anda, pasangan, anak-anak dan keluarga.

Yang terbaik, lakukan solat istikharah, minta petunjuk dari Allah. Kalau sudah bersedia untuk resign, boleh hantar surat berhenti kerja dengan alasan berhenti kerja yang boleh diterima oleh boss.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji (Berserta 10+ Alasan Terbaik)”

Leave a Comment