Contoh Soalan UKSBP 2021 (Ujian Kemasukan SBP Tingkatan 1)

Sila ambil maklum bahawa contoh soalan UKSBP ini adalah yang lama. UKSBP telah ditukar nama menjadi PKSK. Sila dapatkan contoh soalan PKSK untuk Tingkatan 1 dan 4, dan bukannya UKSBP lagi.

Buat persediaan

Jangan datang ujian tanpa persediaan. Lebih baik dapatkan contoh-contoh soalan ujian kemasukan SBP yang terdahulu.

Sebelum mendapatkan contoh soalan di sini, sila pastikan anda baca panduan tentang Ujian Kemasukan SBP terlebih dahulu.

Mohon izin maklumkan, contoh soalan Ujian Kemasukan SBP ini adalah untuk Tingkatan 1 sahaja.

Seperkara lagi, keputusan ujian UKSBP ini tidak akan ada dalam SAPS Ibu Bapa online. Jika ada rezeki, pelajar terus akan dapat panggilan ke SBP, tanpa mengetahui keputusan UKSBP.

Langkau artikel ini untuk baca berkenaan permohonan PKSK dan juga semakan PKSK bagi tahun 2020 yang akan dijalankan secara online.

Jangkamasa ujian

Jangkamasa soalan UKSBP ini adalah 90 minit. Murid akan menjawab 50 soalan objektif yang meliputi 5 domain dalam masa yang ditetapkan.

 

Contoh soalan Ujian Kemasukan SBP 2020

Tidak ada siapa yang tahu contoh soalan UKSBP untuk kemasukan tahun 2020.

Namun, apa yang kami boleh kongsi ialah soalan pada tahun-tahun terdahulu.

Ini adalah beberapa contoh soalan pada tahun 2018.

Jadi, untuk tahun-tahun mendatang seperti 2018, 2019, 2020 dan seterusnya, ambil konteks soalan ini dah ubah kepada yang berkaitan.

  1. Antara berikut, yang mana satukah banjaran?
  2. Pilihanraya berapa tahun sekali?
  3. Kalau kawan baik curi barang, apa perlu buat? Beritahu cikgu, tegur atau minta balik?

 

Contoh soalan UKSBP tahun-tahun sebelum

Soalan-soalan yang akan diuji dalam UKSBP bertujuan untuk melihat keupayaan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup di asrama.

Ini adalah contoh soalan UKSBP pada tahun 2017. Jadi, untuk tahun-tahun mendatang seperti 2018, 2019, 2020 dan seterusnya, ambil konteks soalan UKSBP sebebelum ini dah ubah kepada yang berkaitan.

  1. Nama nama pengasas Facebook?
  2. Siapakah nama bapa pembangunan Malaysia?
  3. Antara berikut manakah kuih tradisional Sarawak?
  4. Jika kamu makan malam bersama keluarga kamu, apa kamu akan buat?
  5. Jika kamu dibuli di asrama, apa perlu kamu buat?
  6. Apakah tasik buatan manusia?
  7. Ladang apakah yang tidak diusahakan di Malaysia?
  8. Model Preve itu, Proton atau Perodua?
  9. Siapakah orang pertama yang mencipta kereta?
  10. Bilakah tahun penubuhan Malaysia?
  11. Ziyad atlet sukan apa?
  12. Apakah suku kaum terbesar di Sabah?
  13. Siapakah pemain squash wanita no 1 dunia?
  14. Apakah unit mengukur kekuatan gempa bumi?
  15. Apakah sinonim untuk perkataan amalan?
  16. Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji?
  17. Berapakah wilayah yang ada di Malaysia?
  18. Apakah yg perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan?
  19. Apakah senjata kebesaran diraja?
  20. Anda rosakkan kalkulator kawan, apakah tindakan anda?
  21. Labu sayong berasal dari negeri mana?
  22. Siapakah penjajah pertama Malaysia?
  23. Siapakah orang yang pertama mencipta lampu?
  24. Genting Highlands terletak di mana?
  25. Apakah tarian terkenal di Johor?
  26. Siapakah yang mencipta bendera Malaysia?
  27. Siapakah orang yang mencipta telefon?
  28. Siapakah yang mencipta kapal terbang?
  29. Kalau rindu ibu bapa apa perlu dibuat?
  30. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda?
  31. Apakah nama ibu negara Malaysia?
  32. Sungai Gombak berhubung dengan sungai apa?
  33. Beryl jenama apa?
  34. Adat pepatih dr negeri mana
  35. Le tour de Langkawi sukan apa?
  36. Kalau tak sesuai tinggal di asrama, nak buat apa?
  37. Anda sudah siapkan 3 muka surat kerja Matematik, tiba-tiba adik umur 8 tahun koyak kan. Apakah tindakan anda?
  38. Kawan-kawan sekeliling tak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda?
  39. Kalau tersepak bola dan terkena tingkap, apa perlu dibuat?
  40. Kalau rumah kawan terbakar, nak buat apa?
  41. Kalau bising, ketua kelas dan murid perlu buat apa?
  42. Jika kawan yg dikenali melalui Facebook ajak berjumpa, apakah tindakan anda?
  43.  Siapa nama pemain bola sepak Sepanyol?
  44. Apa gelaran kepada jaguh pecut basikal Negara?
  45. Apa nama tasik yang terkenal di Terengganu?
  46. Muzik dan lagu untuk negeri contoh Dondang Sayang.
  47. Wau dari negeri apa?
  48. Pulau Pangkor terletak di mana?
  49. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di mana?
  50. Kalau bendera jatuh, apa nak buat?

Ini sahaja antara contoh soalan Ujian Kemasukan SBP yang kami ada. Anda boleh Google untuk mendapatkan contoh dari laman web lain.

 

Kategori soalan UKSBP

Di bawah ini bukan contoh soalan UKSP. Hanya cakupan soalan yang dikemukakan untuk UKSBP Tingkatan 1.

Bagi soalan UKSBP, ada 5 domain yang meliputi:

  • Kecerdasan emosi (EQ)
  • Kecerdasan intelek (IQ)
  • Kecerdasan rohani (SQ)
  • Kecerdasan insaniah (SSQ)
  • Pengetahuan am

Setiap disiplin akan mengandugi 10 soalan secara rawak.

Antara soalan di bawah kategori tersebut ialah:

  • Kecerdasan emosi (EQ)
    • Pengurusan kendiri
    • Motivasi dan empati
    • Kemahiran sosial seperti mempengaruhi, berunding, kepimpinan, pengurusan konflis dan bekerjasama
  • Kecerdasan intelek (IQ)
    • Bahasa: Kemahiran berbahasa, perkataan dan aplikasi kritikal
    • Nombor: Numerik, persepsi dan penyelesaian masalah
    • Muzik
    • Kinestatik
    • Verbal
    • Visual dan ruang
    • Naturalis
  • Kecerdasan rohani (SQ)
    • Moral dan agama Islam
    • Nilai baik seperti Siddiq iaitu benar, amanah iaitu dipercayai, tabligh iaitu menyampaikan dan fatonah iaitu cerdas
    • Ketekalan dalam menerima nilai atau asertif
    • Etika kerohanian iaitu berkenaan dengan hukum
    • Ketahanan diri
  • Kecerdasan insaniah (SSQ)
    • Kemahiran berkomunikasi
    • Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
    • Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
    • Kemahiran kerja berpasukan
    • Kemahiran keusahawanan dan sukarelawan
    • Etika dan moral profesional
    • Kemahiran kepimpinan
  • Pengetahuan am
    • Budaya dan adat di Malaysia
    • Orang terkenal, bangunan terkenal dan lokasi menarik yang terkenal
    • Pengetahuan geografi
    • Pengetahuan sukan di Malaysia
    • Produk Malaysia
    • Teknologi
    • Sivik dan kenegaraan

 

Set soalan UKSBP

Berikut ialah istem pengoperasian UKSBP Tingkatan 1 2019.

Harus diingat bahawa soalan dipilih secara rawak.

Ini bermakna, soalan dengan orang sebelah tidak akan sama. Setiap jawapan akan memberi markah yang berbeza.

 

Jawapan soalan UKSBP

Seperti perkongsian gambarajah set soalan di atas, jawapan untuk soalan UKSBP yang penting hanyalah pada Pengetahuan Am sahaja. Jika betul, dapat 1 markah. Jika salah, tidak dapat apa-apa markah.

Di bahagian EQ, SQ dan SSQ, jawapan adalah bergantung kepada nilai dan pegangan hidup yang ibu-bapa sendiri ajarkan pada anak. Ini adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri, hidup bersama keluarga.

Jika apa yang diajarkan itu lebih ke arah yang positif, makan positiflah jawapan anak. Ini kerana, jawapan UKSBP bagi EQ, SQ dan SSQ semuanya betul.

Calon hanya perlu jawab yag paling tepat sahaja.

Bagi soalan UKSBP yang diberi, jawapan paling tepat akan mendapat 4 markah. Jawapan yang tepat pula mendapat 3 markah.

Jawapan kurang tepat mendapat 2 markah. Yang paling kurang tepat, akan dapat 1 markah.

Mohon izin maklumkan di sini, kami tidak menyediakan apa-apa jawapan UKSBP. Kecuali Pengetahuan Am yang mungkin anak-anak tidak tahu kesemuanya, jawapan lain itu sudah ada dalam hati anak-anak.

 

Tips untuk soalan UKSBP

Contoh soalan UKSBP sahaja tidak cukup. Kami sertakan sekali dengan tips untuk menjawab soalan yang diberikan.

  • Untuk soalan-soalan EQ dan SQ, pilihlah jawapan yang paling positif.
  • Untuk soalan Pengetahuan Am, ambil tahu hal semasa negara, sukan, fakta umum, sejarah negara dan lain-lain lagi
  • Untuk soalan Matematik, kuasai peratus, operasi bergabung, nisbah

 

Semakan UKSBP 2020

Jangan risau, lambat lagi.

Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan ibu-bapa semua, jika ingin menyemak keputusan pusat Ujian Kemasukan SBP 2020, ia akan dimaklumkan setelah keputusan UPSR dikeluarkan.

Sila semak laman web www.moe.gov.my dan portal Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

 

Akhir kalam

Contoh soalan UKSBP sudah ada. Mungkin tidak lengkap, tetapi bolehlah dijadikan sedikit panduan.

Semoga apa yang diinginkan oleh ibu-bapa dan anak-anak dipermudahkan. Bagi yang mahukan anak-anak masuk dalam aliran agama dan hafal Al-Quran, boleh cuba SBP Ulul Albab. Lihat senarai penuh di Wikipedia untuk maklumat lanjut.

Percayalah, anak yang bijak hasil didikan ibu bapa semua, pasti akan boleh menyesuaikan diri dan diharapkan dapat menjawab soalan UKSBP dengan baik. Itu pun dengan berkat doa ibu bapa semua. Soalan UKSBP dan masuk asrama penuh, bukanlah segala-galanya.

Semoga bermanfaat.

13 thoughts on “Contoh Soalan UKSBP 2021 (Ujian Kemasukan SBP Tingkatan 1)”

  1. Terima kasih atas kata kata semangat yg diberi .Semoga rakan rakan saya dan saya sendiri yg menduduki ujian UKSBP akan berjaya dunia akhirat…….amin???

    Reply
  2. Assalamualaikum……saya adalah salah seorang calon UKSBP .Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian dan kata kata semangat yang diberi.Saya mendoakan semoga swmua rakan rakan saya akan berjaya dunia akhirat…….amin…????

    Reply
  3. Terima kasih atas perkongsian dan kata kata yang memberi semangat kepada saya dan saya akan mendoakan kepada semua rakan berjaya di dunia dan akhirat…………..assalamualaikum.

    Reply
  4. Terima kasih untuk share contoh soalan ni kalau takde sesape share memang tak lepas la soalan ni. Saya doakan sesiapa yang baca comment ni berjaya di dunia dan di akhirat amin,,,,

    Reply

Leave a Comment