Permohonan PKSK 2020 (Ujian Online SBP, SMKA, KV, MTD, SMT)


Bagi mana-mana ibu-bapa yang berhajat untuk mamsukkan anak ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), anda kini sudah boleh buat permohonan PKSK.

Apa maksud PKSK?

PKSK ialah singkatan bagi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus. Sekolah khusus di sini temasuk:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Langkau artikel ini untuk terus baca semakan lokasi pusat ujian PKSK.

 

PKSK atau UKSBP?

Sebelum ini, ujian ini dipanggil Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Tahun ini, ia telah ditukar ke Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus. Ia terbuka untuk kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2021.

Maksudnya, ini adalah pelajar yang sepatutnya menduduki UPSR tahun 2020 dan PT3 tahun 2020; namun dikecualikan akibat Covid-19.

Cara buat permohonan PKSK

Untuk masuk ke sekolah khusus yang dimaklumkan di atas, ujian ini adalah salah satu syarat kemasukan. Ujian PKSK ini akan dijalankan pada 12-23 Oktober 2020 sahaja.

Bagi sesiapa yang terlepas, tidak akan ada ulangan.

Berikut ialah langkah-langkah untuk mengambil ujian PKSK:

  1. Layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di sini: https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm
  2. (Akan dikemaskini apabila dibuka nanti)

 

Ada contoh soalan dan jawapan PKSK?

Memandangkan ini adalah kali pertama dijalankan, tidak diketahui apakah antara contoh soalannya. Namun, anda boleh merujuk kepada soalan dan jawapan UKSBP tahun-tahun sebelum ini.

Ini adalah contoh soalan UKSBP pada tahun 2017. Bukan untuk permohonan PKSK. Jadi, untuk tahun-tahun mendatang seperti 2018, 2019, 2020 dan seterusnya, ambil konteks soalan UKSBP sebebelum ini dah ubah kepada yang berkaitan.

  1. Nama nama pengasas Facebook?
  2. Siapakah nama bapa pembangunan Malaysia?
  3. Antara berikut manakah kuih tradisional Sarawak?
  4. Jika kamu makan malam bersama keluarga kamu, apa kamu akan buat?
  5. Jika kamu dibuli di asrama, apa perlu kamu buat?
  6. Apakah tasik buatan manusia?
  7. Ladang apakah yang tidak diusahakan di Malaysia?
  8. Model Preve itu, Proton atau Perodua?
  9. Siapakah orang pertama yang mencipta kereta?
  10. Bilakah tahun penubuhan Malaysia?
  11. Ziyad atlet sukan apa?
  12. Apakah suku kaum terbesar di Sabah?
  13. Siapakah pemain squash wanita no 1 dunia?
  14. Apakah unit mengukur kekuatan gempa bumi?
  15. Apakah sinonim untuk perkataan amalan?
  16. Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji?
  17. Berapakah wilayah yang ada di Malaysia?
  18. Apakah yg perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan?
  19. Apakah senjata kebesaran diraja?
  20. Anda rosakkan kalkulator kawan, apakah tindakan anda?
  21. Labu sayong berasal dari negeri mana?
  22. Siapakah penjajah pertama Malaysia?
  23. Siapakah orang yang pertama mencipta lampu?
  24. Genting Highland terletak di mana?
  25. Apakah tarian terkenal di Johor?
  26. Siapakah yang mencipta bendera Malaysia?
  27. Siapakah orang yang mencipta telefon?
  28. Siapakah yang mencipta kapal terbang?
  29. Kalau rindu ibu bapa apa perlu dibuat?
  30. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda?
  31. Apakah nama ibu negara Malaysia?
  32. Sungai Gombak berhubung dengan sungai apa?
  33. Beryl jenama apa?
  34. Adat pepatih dr negeri mana
  35. Le tour de Langkawi sukan apa?
  36. Kalau tak sesuai tinggal di asrama, nak buat apa?
  37. Anda sudah siapkan 3 muka surat kerja Matematik, tiba-tiba adik umur 8 tahun koyak kan. Apakah tindakan anda?
  38. Kawan-kawan sekeliling tak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda?
  39. Kalau tersepak bola dan terkena tingkap, apa perlu dibuat?
  40. Kalau rumah kawan terbakar, nak buat apa?
  41. Kalau bising, ketua kelas dan murid perlu buat apa?
  42. Jika kawan yg dikenali melalui Facebook ajak berjumpa, apakah tindakan anda?
  43.  Siapa nama pemain bola sepak Sepanyol?
  44. Apa gelaran kepada jaguh pecut basikal Negara?
  45. Apa nama tasik yang terkenal di Terengganu?
  46. Muzik dan lagu untuk negeri contoh Dondang Sayang.
  47. Wau dari negeri apa?
  48. Pulau Pangkor terletak di mana?
  49. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di mana?
  50. Kalau bendera jatuh, apa nak buat?

Ini sahaja antara contoh soalan Ujian Kemasukan SBP yang kami ada. Anda boleh Google untuk mendapatkan contoh dari laman web lain.

 

Akhir kalam

Setakat ini sahaja perkongsian untuk permohonan PKSK.

Diharapkan agar urusan anda untuk memasuki sekolah pilihan dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment