Contoh Soalan PKSK Online 2020 (Tingkatan 1 & 4)


Sila ambil perhatian bahawa ini bukanlah contoh soalan sebenar. Contoh soalan PKSK ini cuma berdasarkan soalan dan jawapan UKSBP tahun-tahun sebelum ini.

Langkau artikel ini untuk dapatkan contoh soalan UKKM MRSM bagi yang buat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 dan 4.

Contoh soalan PKSK

Berikut ialah perkongsian dari ibu-bapa yang sudah selesai menghantar anak-anak mereka menjalani ujian PKSK. Walau bagaimanapun, ini hanyalah sekadar panduan semata-mata. Baca boleh, cuma jangan bergantung harapan 100% dengan tajuk yang diberikan.

Soalan soalan Artikulasi Penulisan PKSK (Karangan / Esei)

Ada ibu-bapa berkongsi yang soalan-soalannya agak senang. Dalam soalan berbentuk karangan ini, pelajar akan diberikan tiga tajuk dan boleh pilih salah satu.

Antara tajuk karangan artikulasi penulisan PKSK 2020 adalah seperti berikut:

  • Bagaimana cara untuk mencegah Covid-19 ?
  • Bagaimana cara untuk menyesuaikan diri dalam norma baharu Covid-19?
  • Bagaimanakah cara untuk pergi ke sesuatu tempat yang lain semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung?
  • Apakah aktiviti anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
  • Bagaimana cara anda belajar di rumah secara atas talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
  • Bagaimana untuk terus hidup sekiranya anda terdampar di sebuah pulau yang tiada penghuni?
  • Bagaimana didikan agama boleh mengurangkan masalah sosial
  • Bagaimana hubungan keluarga boleh mengurangkan masalah sosial
  • Bagimana pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan masalah sosial
  • Pengurusan diri di asrama

Ada juga tajuk yang lain yang menguji sudut kreatif anak-anak. Contoh soalan ujian PKSK yang lain, soalannya lebih kurang begini:

“Sekiranya anda menadapat cabutan bertuah sebanyak RM100,000, apakah yang anda menggunakan duit itu secara berhemah?”

Jangan bimbang. Jika anak-anak sudah berlatih membuat karangan untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini, pasti mudah untuk menjawab soalan ini.

 

Jumlah perkataan penulisan esei

Bagi kemasukan Tingkatan 1 2021, pelajar perlu membuat penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

Manakala bagi kemasukan Tingkata 4 2021, pelajar perlu menulis esei mengikut tajuk yang diberikan sekurang-kurangnya 250 patah perkataan.

Masa yang diberikan hanya 45 minit.

 

 

Tips untuk Artikulasi Penulisan

Ibu-bapa juga disarankan agar menasihatkan agar bersedia dengan mencari points yang penting untuk ditulis semasa ujian berlangsung.

Bagi ibu-bapa lain yang sudah selesai menduduki ujian ini, mohon kongsikan tajuk-tajuk lain di ruangan komen di bawah. Kami akan kemaskini contoh soalan PKSK di sini.

Sama-sama kita bantu yang lain. Dapat masuk SBP / SMKA atau tidak, itu adalah urusan Allah.

 

Maklumat tambahan PKSK

Tiada soalan dwi-bahasa kerana semua soalan adalah dalam Bahasa Melayu. Ada banyak soalan PKSK yang berbentuk keperibadian.

 

Soalan-soalan tahun sebelum ini

PKSK mempunyai 3 komponen penting iaitu:

  • Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) yang meliputi 20% dari keseluruhan markah ujian
  • Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) yang meliputi 70% dari keseluruhan markah ujian
  • Artikulasi Penulisan (yang telah dikongsikan di atas) menyumbang 10% dari kesemuanya
    • Walaupun cuma sekadar menyumbang 10% dari keseluruhan markah, penulisan esei masih lagi penting. Kegagalan pelajar menjawab dengan baik akan menyebabkan kehilangan markah yang agak tinggi.

Di bawah ini adalah contoh soalan UKSBP pada tahun 2017, 2018 dan 2018 yang dikongsikan oleh ibu-bapa di Facebook dalam bahagian Kecerdasan Insaniah dan juga Kecerdasan Intelek.

  1. Nama nama pengasas Facebook?
  2. Siapakah nama bapa pembangunan Malaysia?
  3. Antara berikut manakah kuih tradisional Sarawak?
  4. Jika kamu makan malam bersama keluarga kamu, apa kamu akan buat?
  5. Jika kamu dibuli di asrama, apa perlu kamu buat?
  6. Apakah tasik buatan manusia?
  7. Ladang apakah yang tidak diusahakan di Malaysia?
  8. Model Preve itu, Proton atau Perodua?
  9. Siapakah orang pertama yang mencipta kereta?
  10. Bilakah tahun penubuhan Malaysia?
  11. Ziyad atlet sukan apa?
  12. Apakah suku kaum terbesar di Sabah?
  13. Siapakah pemain squash wanita no 1 dunia?
  14. Apakah unit mengukur kekuatan gempa bumi?
  15. Apakah sinonim untuk perkataan amalan?
  16. Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji?
  17. Berapakah wilayah yang ada di Malaysia?
  18. Apakah yg perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan?
  19. Apakah senjata kebesaran diraja?
  20. Anda rosakkan kalkulator kawan, apakah tindakan anda?
  21. Labu sayong berasal dari negeri mana?
  22. Siapakah penjajah pertama Malaysia?
  23. Siapakah orang yang pertama mencipta lampu?
  24. Genting Highland terletak di mana?
  25. Apakah tarian terkenal di Johor?
  26. Siapakah yang mencipta bendera Malaysia?
  27. Siapakah orang yang mencipta telefon?
  28. Siapakah yang mencipta kapal terbang?
  29. Kalau rindu ibu bapa apa perlu dibuat?
  30. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda?
  31. Apakah nama ibu negara Malaysia?
  32. Sungai Gombak berhubung dengan sungai apa?
  33. Beryl jenama apa?
  34. Adat pepatih dr negeri mana
  35. Le tour de Langkawi sukan apa?
  36. Kalau tak sesuai tinggal di asrama, nak buat apa?
  37. Anda sudah siapkan 3 muka surat kerja Matematik, tiba-tiba adik umur 8 tahun koyak kan. Apakah tindakan anda?
  38. Kawan-kawan sekeliling tak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda?
  39. Kalau tersepak bola dan terkena tingkap, apa perlu dibuat?
  40. Kalau rumah kawan terbakar, nak buat apa?
  41. Kalau bising, ketua kelas dan murid perlu buat apa?
  42. Jika kawan yg dikenali melalui Facebook ajak berjumpa, apakah tindakan anda?
  43.  Siapa nama pemain bola sepak Sepanyol?
  44. Apa gelaran kepada jaguh pecut basikal Negara?
  45. Apa nama tasik yang terkenal di Terengganu?
  46. Muzik dan lagu untuk negeri contoh Dondang Sayang.
  47. Wau dari negeri apa?
  48. Pulau Pangkor terletak di mana?
  49. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di mana?
  50. Kalau bendera jatuh, apa nak buat?
  51. Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-8?

 

Peringatan & tips untuk jawab soalan ujian PKSK

Contoh soalan PKSK sudah dikongsikan di atas. Kini, izinkan kami berkongsi beberapa tips dan peringatan  semasa mengambil ujian ini.

  • Untuk soalan-soalan EQ, SQ dan SSQ, pilihlah jawapan yang paling positif.
  • Untuk soalan IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian, ambil tahu hal semasa negara, sukan, fakta umum, sejarah negara dan lain-lain lagi
  • Untuk soalan Matematik, kuasai peratus, operasi bergabung dan juga nisbah

 

Akhir kalam

Contoh soalan PKSK yang ada di sini adalah hasil perkongsian dari ibu-bapa yang cakna di Whatsapp, Telegram dan juga Facebook.

Jika anda juga salah seorang dari ibu-bapa yang sama-sama menghantar anak menduduki PKSK, jika tidak keberatan, sudi-sudikanlah berkongsi.

Semoga semua urusan untuk mengambil ujian PKSK ini dipermudahkan. Bagi yang belum check tawaran menduduki ujian, sila buat semakan UKKM untuk MARA dan juga semakan PKSK untuk SBP / SMKA.

Semoga hajat untuk memasuki SBP / SMKA 2021 nanti akan menjadi kenyataan.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • Artikulasi Penulisan

9 thoughts on “Contoh Soalan PKSK Online 2020 (Tingkatan 1 & 4)”

Leave a Comment