Cara Buka Akaun KWSP (Daftar Kali Pertama)

Bagi anda yang tertanya-tanya cara buka akaun KWSP, kami akan kongsikan langkah-langkahnya seperti di bawah. Panduan ini terpakai untuk pekerja baru yang baru ingin mendaftar buat pertama kali.

Izinkan kami berkongsi.

Cara buka akaun KWSP buat pertama kali

Berikut ialah langkah-langkah untuk mendaftar akaun KWSP buat pekerja yang baru pertama kali ingin mendaftar. Sila ambil perhatian bahawa cara bukan akaun KWSP ini mesti dibuat di kiosk. Tidak ada cara untuk membuka akaun secara online.

Pengguna baru

Untuk pengguna baru yang masih belum mendaftar sebagai pengguna KWSP, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan KWSP secara atas talian ataupun online. Sebelum anda mulakan proses pendaftaran akaun KWSP, anda perlu melakukan beberapa perkara terlebih dahulu.

  1. Untuk pengguna baru yang masih belum pernah mendaftar bersama KWSP, anda tidak perlu ke ibu pejabat rasmi KWSP untuk mendaftar akaun KWSP anda.
  2. Anda hanya perlu ke kiosk KWSP yang berdekatan dengan anda untuk memulakan langkah pendaftaran anda.
  3. Anda boleh klik link ini https://www.kwsp.gov.my/portal/en/reach-us/kiosks-location
  4. Setelah anda menjumpai kiosk KWSP yang berdekatan, anda perlu ke lokasi tersebut untuk mula mendaftar bersama KWSP. Jangan risau proses pendaftaran hanya mengambil masa yang singkat sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk cara menggunakan kiosk KWSP.
  5. Setelah tiba di lokasi anda, anda perlu ke salah satu kios yang disediakan untuk memulakan pendaftaran anda.
  6. Kiosk yang disediakan merupakan mesin yang beroperasi secara automatik dan menggunakan teknologi “touch screen”. Jadi, di kiosk tersebut tidak ada pegawai yang akan menjaga kiosk.
  7. Jika anda ada sebarang pertanyaan dan masih keliru, anda perlu meminta bantuan daripada pekerja pekerja KWSP yang berdekatan dengan anda untuk meneruskan proses pendaftaran akaun KWSP.
  8. Kemudian, anda perlu klik Login pada skrin homepage KWSP menggunakan jari anda kerana ia menggunakan sistem “touch screen”.
  9. Anda perlu memilih language atau bahasa yang anda ingin gunakan sepanjang proses pendaftaran.
  10. Pada bahagian login, akan ada satu butang yang tertera “Login For The First Time” dan anda klik butang tersebut.
  11. Seterusnya, mesin kiosk akan mengarahkan anda untuk memasukkan kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan dan anda perlu memasukkan kad pengenalan anda pada ruangan tersebut.
  12. Selepas memasukkan Kad Pengenalan, anda akan diarahkan untuk meletakkan jari anda pada ruangan pengesahan cap jari.
  13. Anda perlu menekan jari anda agar mesin tersebut dapat mengesahkan cap jari anda.
  14. Jika ada sebarang masalah dengan pengesahan cap jari anda perlu meminta bantuan ataupun anda tukar ke mesin kiosk yang lain, kerana terdapat banyak mesin kiosk yang disediakan.
  15. Disebabkan anda adalah pengguna baru, akan ada beberapa soalan yang akan ditanya seperti masukkan maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan anda dan nombor pin KWSP anda yang anda harus cipta atau reka sendiri untuk kegunaan online anda pada masa akan datang.
  16. Anda hanya isi semua maklumat yang diminta untuk melengkapkan proses pendaftaran akaun KWSP anda.
  17. Selepas selesai langkah tersebut, mesin kiosk tersebut akan print out kenyataan akaun KWSP anda dan anda perlu menyimpan kenyataan tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang.
  18. Kemudian setelah selesai urusan anda bersama kiosk KWSP, anda kini telah disahkan dan anda kini boleh menggunakan maklumat yang anda daftarkan secara online untuk kegunaan peribadi anda.
  19. Anda kini sudah boleh rujuk cara daftar i-Akaun untuk mendaftar akaun KWSP online yang membolehkan anda menyemak caruman dan baki terkini.

Untuk validasi dan maklumat lanjut tentang akaun KWSP anda, anda boleh ke laman web rasmi KWSP iaitu https://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara buka akaun KWSP ini dapat memudahkan lagi urusan anda. Sebagai seorang pekerja baru, jika sudah memulakan pekerjaan, pastikan bekerja dengan tekun dan lakukanlah kerja anda dengan ikhlas. Jangan sesekali curi tulang. Biarlah rezeki itu berkat.

Selepas selesai buka akaun KWSP, teruskan dengan membuka i-Akaun pula. Ada beberapa alternatif, antaranya anda boleh baca:

  • Cara daftar i-Akaun KWSP secara online
  • Cara daftar i-Akaun melalui email
  • Cara daftar i-Akaun melalui kiosk

Tak kisah mana-mana sekalipun, pastikan anda buat. Ini bakal memudahkan urusan anda di masa hadapan.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Cara Buka Akaun KWSP (Daftar Kali Pertama)”

Leave a Comment