Anak Yang Bijak Mewarisi Kepintaran Dari Ibu, Bukan Ayah

Kata saintis, anak yang bijak itu mewarisi kecerdasan mereka dari ibunya, dan bukan bapa mereka. Gen untuk kepintaran ada pada kromosom X dan gen ini mungkin akan dinyahaktifkan jika mereka datang dari bapa.

Apa itu kromosom X? Teruskan membaca.

Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk mengapi-apikan siapa yang lebih baik. Kami faham bahawa akan ada yang kata jangan menidakkan peranan bapa.

Lihat, kami hanya berkongsi dari kajian sahaja. Bukan untuk berat sebelah.

Buat para bapa, jangan rasa triggered pula. Buat para ibu, jangan terlalu berbangga, senyum hingga ke telinga. Bertenang.

Anak yang bijak dari genetik ibu

Menurut kajian itu, genetik ibu menentukan betapa pandai anaknya.

Wanita lebih cenderung untuk menghantar gen kecerdasan kepada anak-anak mereka kerana ia di bawa pada kromosom X.

Wanita mempunyai dua kromosom X, sedangkan lelaki hanya mempunyai satu.

Ini bermakna kanak-kanak lebih cenderung untuk mewarisi kecerdasan daripada ibu, kerana gen kecerdasan terletak pada kromosom X.

Kalau dulu anda pernah ambil mata pelajaran Biologi di sekolah menengah, mungkin akan lebih mudah faham.

 

Anak yang bijak, bukan dari genetik bapa

Berbanding wanita, lelaki mempunyai satu kromosom X sahaja.

Sel-sel dengan gen bapa terkumpul di bahagian sistem limbik, iaitu yang terlibat dalam fungsi-fungsi seperti seks dan makanan. Bermakna ia bukan pada gen kecerdasan yang ada pada kromosom X.

 

Kajian makmal itu benar

Kajian makmal yang menggunakan tikus yang diubahsuai secara genetik mendapati bahawa tikus-tikus yang mempunyai gen ibu yang lebih, kepala dan otak tikus-tikus akan menjadi lebih besar, tetapi badan yang kecil.

Sebaliknya, tikus-tikus yang mempunyai gen bapa yang lebih, mempunyai otak kecil tetapi badan yang lebih besar.

Apa yang lebih menarik, penyelidik tidak menemui sebarang sel bapa dalam korteks serebrum, di mana fungsi kognitif yang paling penting berlaku seperti pemikiran, pemikiran, bahasa dan perancangan.

 

Temuramah dengan pakar

Menyedari bahawa tidak semua orang akan bersetuju untuk menyamakan manusia dengan tikus, penyelidik di Glasgow membuat kajian yang tidak melibatkan tikus.

Para penyelidik ini menemuramah 12,686 orang muda berusia antara 14 dan 22 tahun setiap tahun dari tahun 1994.

 

Anak lebih pandai jika menyusu badan

Jika anda rajin membaca dan menelaah pautan daripada penyelidik dari Glasgow di atas, anda akan mendapati bahawa faktor kecerdasan itu datang daripada otak geliga si ibu yang menyusukan anak dengan susu badan.

Sekiranya wanita yang bijak ini lebih cenderung menyusu bayi mereka dengan susu badan, ia hanya memberi petanda bahawa anak-anak mereka akan mewarisi IQ yang lebih tinggi.

Cuma anak-anak itu pandai bukan sebab faktor susu itu, tetapi kelebihan mendapat IQ tinggi itu kebanyakannya dikaitkan dengan otak ibu yang cerdas.

Sangat menarik untuk dibaca.

 

Hasil temuramah dengan pakar

Kembali semula kepada temuramah tadi.

Walaupun mengambil kira beberapa faktor, dari pendidikan kepada status bangsa dan sosio-ekonomi mereka, pasukan penyelidik dari Glasgow ini masih mendapati bahawa anak yang bijak datang tetap datang dari ibu.

 

Kepandaian yang diwarisi

Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan juga menjelaskan bahawa genetik bukanlah satu-satunya penentu kecerdasan. Hanya 40 hingga 60 peratus kecerdasan sahaja yang diwarisi.

Yang lain-lain, proses membesarkan anak yang bijak bergantung kepada persekitaran anak-anak itu sendiri.

Ibu bapa kena pandai memainkan peranan dalam menyediakan persekitaran yang kondusif dan selesa.

 

Bonding ibu dan anak

Ibu juga didapati memainkan peranan yang sangat penting dalam faktor yang menyumbang kepada kecerdasan anak, yang berkait rapat dengan persekitaran. Anak yang bijak terhasil dari bonding yang rapat dan mesra.

Beberapa kajian mencadangkan bahawa bonding antara ibu dan anak itu lebih penting.

Penyelidik di University of Washington mendapati bahawa bonding antara seorang ibu dan anak adalah sangat penting untuk pertumbuhan beberapa bahagian otak.

Setelah menganalisis sekumpulan ibu dengan kajian berkaitan mereka bersama anak-anak mereka selama tujuh tahun, para penyelidik mendapati kanak-kanak yang disokong secara emosi dan mempunyai keperluan intelektual yang dipenuhi, mempunyai hippocampus 10 peratus lebih besar berbanding kanak-kanak yang tidak dilayan dengan baik.

Hippocampus adalah kawasan otak yang berkaitan dengan ingatan, pembelajaran dan respons tekanan.

Yang penting, bonding ibu dengan anak itu sudah tentu lebih daripada bonding ayah dengan anak. Sebab itu, apabila sambut hari lahir anak, itu juga adalah sambutan untuk si ibu kerana melahirkan anak.

 

Doa anak soleh dan bijak

Membesarkan anak adalah satu tanggungjawab yang besar. Kita semua berharap agar anak-anak kita membesar menjadi anak yang soleh. Doa anak soleh dan bijak untuk diri kita setelah menghembuskan nafas terakhir sangat-sangat didambakan.

Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.

 

Akhir kalam

Mungkin artikel ini akan dikongsi oleh si ibu kepada si bapa; yang bergurau mengatakan anak mereka itu pandai sebab dia.

Hakikatnya, kajian adalah kajian. Belum tentu kebenarannya, kerana Allah yang lebih tahu tentang kehidupan kita dan anak-anak kita.

Persiapkan anak-anak kita semua dengan ilmu dunia dan akhirat. Ajarkan anak-anak kita membaca dan menghafal Al-Quran. Anak yang bijak bukan sekadar mahir dengan ilmu keduniaan semata-mata. Anak yang bijak itu anak yang mahir dan faham tentang ilmu akhirat juga.

Sentiasa berdoa agar dikurniakan anak bijak belajar dan mendengar kata, sejak dari dalam kandungan lagi.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Anak Yang Bijak Mewarisi Kepintaran Dari Ibu, Bukan Ayah”

Leave a Comment