Maksud Status BPN Dalam Proses (Semakan Permohonan Baru & Rayuan)

Adakah anda antara individu yang baru sahaja buat semakan BPN dan terkejut kerana mendapat status BPN Dalam Proses?

Jangan risau, kami akan cuba kongsikan apa maksudnya.

Sebaliknya, baca jika status permohonan anda adalah Tidak Layak, jemput baca apa maksud status BPN Tidak Layak.

 

Status BPN Dalam Proses

 

Kenapa status BPN Dalam Proses?

Merujuk kepada hantaran MyGCC pada 21 April 2020 di Facebook, sekiranya status permohonan baru bertukar status dari Permohonan Diterima kepada Dalam Proses, ini bermakna permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN.

Seterusnya, anda boleh buat semakan untuk mengetahui keputusan samada anda Lulus atau Gagal.

Menurut MyGCC lagi, anda perlu bertenang dan tunggu keputusan yang akan dikeluarkan pada Mei 2020.

 

Status BPN Dalam Proses berapa lama?

Bagus soalan ini.

Namun, tidak diberitahu bilakah tarikh keputusan akan diumumkan. Tidak juga dinyatakan, berapa lama proses semakan kelayakan ini akan diambil oleh LHDN.

Jadi, kami sarankan anda teruskan buat semakan untuk mengetahui status terkini.

Sekiranya anda sudah buat semakan BPN Permohonan Baru dan Rayuan

 

Jika Dalam Proses, boleh buat rayuan?

 

Berikut ialah kemaskini dari MyGCC di Facebook. Tidak dinyatakan pula bahawa Dalam Proses boleh buat rayuan.

Mengikut pemahaman kami, jika status masih lagi Dalam Proses, anda mesti menunggu keputusan Lulus atau Tidak Lulus terlebih dahulu.

Sebagain informasi tambahan, bagi sesiapa yang telah buat Permohonan Baru BPN dan mendapat status Tidak Lulus 

  • Anda tidak boleh buat rayuan
  • Keputusan adalah kekal dan muktamad

Bagi sesiapa yang telah buat Rayuan Baru BPN yang Tidak Lulus

  • Anda juga tidak boleh buat rayuan
  • Keputusan ini adalah kekal dan muktamad

Buat masa ini, rayuan ke atas permohonan BPN sebelum ini yang berstatus Tidak Lulus belum lagi diputuskan oleh kerajaan.

 

Akhir kalam

 

Diharapkan agar perkongsian status Dalam Proses ini dapat melegakan kegusaran anda.

Kami harap anda bertenang dan bersabar menunggu keputusan kelulusan.

Jika ada rezeki, tak ke mana.

Semoga bermanfaat.

30 thoughts on “Maksud Status BPN Dalam Proses (Semakan Permohonan Baru & Rayuan)”

  1. Mcm sya ..lhdn tidak update gaji terkini.2019 bln 10 suami berhenti keja .bln 12 dpt kja bru.bila cmpur gaji isteri..kurang dr 4 ribu tp bpn hnya dpt 1000 shj.

    Reply
  2. Sy punya dlm proses lgik…Takut xlulus sbb bsh xlayak trma…Sbb pemohon suda berumahtangga…Ada hamba Allah yg slh gunakn ic sy buat ic sy berkhwin ngn ank dy sejak zaman bn lgik iaitu brim…bantuan kerajaan apa2 sy xpernah dpt…So cuba nasib mohon bpn…Xtau la layak ke tidak

    Reply
  3. masih tunggu jawapan..sampai bile ye..bukan dah upgrade ke bpn sistem..perlu berapa lama tunggu..x kan sampai pkp tamat..kenapa kwsp boleh umumkan bayaran secepat nye..kami nak jawapan pasti.kol pun lhdn susah sangat..bekerja la dengan tanggungjawab pada rakyat yang susah ni

    Reply
  4. sepatutnya dahulukan pembayaran untk permohonan baru pada fasa kedua ni.kerana mngkin ada yg,sudah kehbisan punca keewangan..dah la pd.fasa prtama dok menunggu mcm.pungguk rindukan bulan,untk mnunggu bln.mei tiba..bila tibanya bln.mei,mcm ni pulak jdinya..mnjadi penerima terakhir..mana lagi nk.cari sumber ni..nk sampai pd tarikh 15-16 mei ni….sedih…

    Reply
  5. Assalamualaikum. Saya telah memohon utk BPN pada bulan Mac2020 Sebagai status bujang (Balu) Setelah Arwah Suami meninggal dunia pada 18/2/2020 yg lalu. Saya belum menerima apa apa messages lagi berkenaan dengan permohonan saya, samada lulus ataupun sebaliknya. Harap dapat memberi maklum balas melalui email saya.

    Terima kasih atas kerjasama yg diberikan.

    Wsalam

    Reply
  6. Lulus @ gagal….jem jgak…adakah dgn adanya ssm…bermakna org tu ada lebih pendaptan….tunggu sebulan utk ‘proses diterima’…lg 14 hari lg utk ‘dlm proses’…kalo gagal…x dak rezeki la plak….hampir setahun tiada kerja…survive utk lepaskan utiliti dh mkan…ermm…habuan

    Reply
  7. dh buat dr bulan 4 lagi… aku ni stat dr bn sampai skrg ape bantuan pn x layak… harap kerajaan pn ni dapat lah merasa.. tengah sesak jg ni

    Reply
  8. Sy punya dlm status permohonan “tidak lulus” dan status rayuan “dlm proses rayuan Alasan ‘kod Keterangan 49”
    .lhdn baru update pada 30 April 2020. dlm thn 2019 bln 10 saya berhenti keja sampai bln 12. bila cmpur gaji isteri..kurang dr 8 ribu.apa permohonan yg saya boleh buat tel lhdn pun tak dpt contact harap dpt keterangan yg jelas.

    Reply
  9. Sy punya status DALAM PROGRESS selama 2 bulan tiada ada apa jawab. Saya masih tunggu sebab kesusahan.ada satu masala maybank account number telah dibekukan .saya harap tuan/puan tolong lah buat Demikian.sekian terima kasih

    Reply
  10. Suami kalau ada OT baru melebihi had yg ditetapkan oleh LHDN, tapi semasa MCO langsung tak ada OT, tapi alasan yang diberi ialah gaji pasangan melebihi had. Harapkan dapat duit BPN ni boleh menolong beli barang dapur dan bayar bil utiliti. Saya cuba call LHDN tapi tak dapat bercakap dengan sesiapa pun. Harap dapat maklum balas dari LHDN. Terima Kasih

    Reply
  11. Saya masih lagi Dalam Proses tak tau lah dapat ke tak dpt hanya saya sja yang berkerja gaji dah lah bwh 2k selama pkp pun tak ada kerja dah la macam tu kwsp pun dah memohon tpi duit tak masuk lgi tak tau lah nak tunggu jawapan sampai bila semua tu.

    Reply
  12. Saya punye duplikasi suami isteri penerima bpn sedangkan suami sy check tiada dlm rekord yg fasa 1 dpt fasa 2 tidak layak alasan suami penerima bpn jgk tp check record suami sy tiada dlm record x fhm le

    Reply
  13. Fasa 1 saya lulus.. Fasa 2 tdak layak kerana duplikasi permohonan. Bila check suami tiada rekod. Ape yg harus saya lakukan? ?

    Reply
  14. makcik, tengah pening.Kerja sambilan income kurang dari rm1000. Suami dah meninggal lama, anak sorang baru habis belajar dan tak dapat kerja lagi. brim dapat sekali dulu, bsh tak dapat. bpn ni, dalam kategori permohonan baru, baru je lulus, rm1000. Bukan rm1600?? Bukan tak bersyukur tapi sedih..Ni nak bayar hutang masa pkp pun tak cukup. Berpuasa lagilah nampaknya walaupun selepas Ramadan..Allahuakbar..

    Reply
  15. Adk lelaki sya dh brulang x cbe mohon tapi smua di reject dgn alasan jawapan yg di tya salah jwap……bujang pndapatan 4500 tk menentu sebagai buruh ….dh 2 bln tk brkeje blh tlg jelaskan

    Reply
  16. Nak tanya BPN untuk bujang bukan rm800 ke??yang gaji rm2000 kebawah…tapi kenapa saya dapat rm500 untuk pemohonan baru ni??

    Reply
  17. Dari awal bulan 4 suami saya apply hari2 kami check mula2 permohonan diterima lepas tu permohonan dalam proses semalam check tidak lulus sedangkan gaji kami seisi rumah tak sampai rm5000 pon…ingatkan boleh lulus tapi bila check tak lulus…nak buat rayuan pon dah tak boleh….

    Reply
  18. Syarikat bapa sy sudah tdk beroperasi lagi lesen pun dah lama exp mohon bpn tdk layak juga kesian dia dah takda kerja dan pndapatan skrg sy pun apply tdk dpt sdgkan ada terima reply msg tgu 15/6 lama tu sdgkan rayuan sampai 31/5 mmmh confuse

    Reply
  19. Saya dikata nya tidak layak.
    Sebab: Tidak layak kerana pemohon/pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi, pemohon/pasangan boleh memohon Geran Khas Prihatin melalui https://gkp.hasil.gov.my/ jika berkelayakan.

    Syarikat saya baru ditubuh bulan Disember, 2019. Tiada aktiviti langsung kerana baru hendak sewa pejabat tapi sudah PKP. Walaupun saya berpension dari Kerajaan, saya terima bayaran pertama BPN. Bayaran kali kedua saya tidak layak. Sekarang saya harap pada wang pension sahaja dan syarikat tidak beroperasi.

    Reply

Leave a Comment