Cara SOS Topup Maxis Hotlink (Pinjam Kredit & Share Credit)

Jika anda seorang pengguna prepaid, dan sudah tidak ada kredit langsung, jangan panik. Anda sebenarnya boleh gunakan cara SOS topup Maxis Hotlink.

Izinkan kami berkongsi seperti di bawah. Tapi sebelum itu, sila check balance Hotlink prepaid dahulu.

Sedikit mengenai SOS topup

SOS itu ialah satu kependekan yang merujuk kepada seseoran yang minta pertolongan.

Di Malaysia, terma SOS Top Up sebenarnya digunakan oleh Maxis Hotlink.

Namun, bagi kebanyakan pengguna lain seperti Celcom, Digi dan U Mobile, mereka tetap memanggilnya SOS Topup.

Tiada kredit

Pernahkah anda menghadapi situasi kekurangan atau lebih teruk lagi, langsung tiada kredit dalam telefon?

Kita sering hubungi orang ataupun menghantar SMS menggunakan kredit yang datang daripada kad SIM yang kita langgan, seperti Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya.

Tambahan pula, pada zaman sekarang, kredit menjadi sangat penting, terutamanya untuk melayari internet, sama ada untuk membuka browser, ataupun membuka media sosial seperti Whatsapp, Instagram dan Facebook.

Pinjam kredit semasa kecemasan

Kita seringkali hadapi situasi kekurangan kredit ni pada saat yang kita betul-betul perlukan kredit. Tetapi, apa yang anda perlu lakukan apabila anda kekurangan kredit? Lazimnya, apabila kurang kredit, anda sudah pasti perlu tambah nilai kredit anda.

Tetapi, mungkin ada situasi yang buatkan anda tidak mampu untuk pergi menambah nilai di mana-mana kedai.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan SOS Top Up Maxis, ataupun tambah nilai kecemasan yang disediakan dalam pakej nombor telefon anda.

Fungsi SOS Top Up

Sos Top Up yang juga perkhidmatan meminjam kredit daripada pengedar jenama kad SIM anda sendiri. Apabila anda menambah nilai sendiri kredit anda selepas itu, terdapat nilai yang akan ditarik pula daripada kredit anda untuk dibayar semula kepada pemberi SOS Top Up anda.

Anda kemudiannya boleh menggunakan khidmat SOS Top Up ini sekali lagi.

Jadi, bagaimana caranya?

Kita akan melihat cara untuk SOS Top Up seperti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang popular di Malaysia kini.

Kali ini, kami kongsikan dahulu cara pinjam kredit Maxis.

Apa itu Hotlink SOS?

  • Bantuan SOS topup Maxis ini adalah untuk orang yang sedang dalam kecemasan
  • Hotlink akan memberikan kredit serta-merta supaya anda boleh gunakan telefon anda semula
  • Hotlink SOS boleh digunakan bila-bila masa sahaja
  • Hotlink SOS juga boleh digunakan di mana-mana sahaja

Cara SOS Top Up Maxis guna UMB

Cara untuk buat SOS topup Maxis Hotlink adalah seperti berikut:

  1. Dail *100#. Tunggu sehingga paparan utama keluar.
  2. Kemudian, tekan nombor 01 untuk Seterusnya.
  3. Pada paparan seterusnya, tekan 4 untuk Tambah Nilai.
  4. Kemudian, tekan 5 pada paparan seterusnya untuk SOS Top Up.
  5. Anda akan dimaklumkan jumlah kredit yang akan dipinjamkan kepada anda berserta caj tambahan yang akan dikenakan pada tambah nilai anda yang seterusnya.
  6. Tekan 1 untuk Teruskan.
  7. Permintaan SOS Topup anda berjaya. Pastikan nilai semasa dalam kredit anda adalah kurang daripada RM2 untuk pastikan SOS Topup anda berjaya dikreditkan.

 

Nota: Untuk makluman, SOS Internet tidak lagi ditawarkan bermula 16 Januari 2019

 

Cara SOS Top Up Maxis guna Hotlink RED app

Cara untuk buat SOS topup Maxis adalah seperti berikut:

  1. Download dahulu Maxis Hotlink RED app di Google Play Store untuk Android; atau di AppStore untuk pengguna iOS.
  2. Install app tersebut
  3. Klik pada Utama untuk melihat baki anda yang terkini
  4. Klik Tambah Nilai untuk menambah kredit
  5. Pilih SOS Top Up
  6. Pastikan nilai semasa dalam kredit anda adalah kurang daripada RM2 untuk pastikan SOS Topup anda berjaya dikreditkan.
  7. Kini, anda sudah ada kredit untuk digunakan

 

Akhir kalam

Ternyata, setiap syarikat ini memang menawarkan cara yang mudah untuk meminjam kredit atau gunakan SOS Top Up. Gunakanlah servis ini sebaik mungkin di saat anda betul-betul memerlukannya.

Andai sudah dapat pinjam kredit, jemput juga baca cara lajukan Internet dan buat speedtest.

Semoga bermanfaat.

10 thoughts on “Cara SOS Topup Maxis Hotlink (Pinjam Kredit & Share Credit)”

Leave a Comment